Monthly Archives: December 2010

Kehidupan

Cuti Terakhir 2010

Salam sejahtera semua. Apa anda rasa hari ini? Anda yang tentukan.

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2010. Kalau tengok tv, mereka buat liputan program yang dijalankan sepanjng tahun ini sebagai refleksi mereka.

Akhbar perdana juga menyelitkan peristiwa besar yang berlaku sepanjang tahun ini seperti pembunuhan jutawan kosmetik, isu PKFZ, buang bayi dan banyak lagi isu besar yang lain.  sekadar menyebut beberapa isu sahaja.

Ibu bapa juga sibuk menyediakan pelbagai kelengkapan untuk sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi. Jika anak ramai yang bersekolah, sudah tentu perbelanjaan membeli keperluan sekolah mereka juga besar. Tidak cukup dengan bantuan kewangan rm500 bagi pekerja sektor awam.

Salah satu isu besar juga ialah isu subsidi yang dibentangkan oleh pihak berkenaan. Kata mereka, jika subsidi masih dikekalkan, negara kita akan bankrap tahun 2019. Mungkin itu berdasarkan unjuran yang dibuat oleh pihak pegawai yang terlibat. Anehnya kita akan bankrap pada 2019 dan kita akan jadi negara maju pada tahun 2020. Betul-betul pelik bin ajaib! Jadi rentetan daripada itu subsidi dicadangkan akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Setakat ini tidak ada lagi mogok besar-besaran menentang isu kenaikan barang-barang seperti kenaikan minyak. Tetapi apa yang dikesali ialah cubalah bercakap benar. Pihak berkenaan berkata tidak ada lagi kenaikan minyak selepas kenaikan ini tetapi tidak sampai sebulan selepas mengeluarkan kenyataan sedemikian, alih-alih minyak dinaikkan lagi….. Apa kita nak buat? Terpaksa juga kita beli walaupun tak setuju kerana kereta pakai minyak petrol. Bukan pakai air liur.

Azam tahun baru sudah bermula untuk direalisasikan. Pengalaman yang lalu kita jadikan sempadan untuk membina hidup di tahun akan datang.

Menegak menurun dalam hidup itu adalah rahmat untuk kita.

Kehidupan

rezki datang dan pergi

Rezki hak milik mutlak Allah subhanahu wataala. Kita hanya diberi pinjam supaya diuruskan dengan sebaik mungkin.

Bila diberi rezki, dianjurkan kita bersedekah ke jalan Allah. Ada lebih beri lebih. Ada sedikit beri sedikit. Tidak betul setiap hari berdoa supaya kita menjadi kaya dan jutawan. Ubah sedikit paradigma doa supaya kita dapat memberi lebih banyak sedekah pada jalan Allah. Kalau minta kaya sahaja ditakuti dan dibimbangi kita akan terpesona dengan nikmat dunia sehingga terlupa melabur dalam nikmat akhirat yang kekal abadi. Kemana lagi kita jikalau tidak ke akhirat nanti. Sesuatu yang pasti berlaku.

Cerita dua tiga hari ni di kampong banyak berlaku kecurian di kejiranan. Rezki yang makin bertambah tiba-tiba hilang sekelip mata. Satu malam sahaja. Siapa sangka siapa menduga semua itu? Alangkah ruginya jika masa rezki yang bertambah tetapi kita menangguhkan pemberian sedekah masa itu. Bila sudah tiada rezki, tidak perlu kita ber’kalau’2 lagi kerana rezki itu sudah ditarik.

Tidak perlu lagi kita mengharapkan rezki yang ditarik akibat kecurian itu. Yang penting kita tumpukan apa yang akan terjadi akan datang dengan melakukan tindakan untuk menghindarkan harta kita dari dicuri sekian kalinya. itu yang lebih baik.

Insyallah ada hikmahnya nanti mungkin rezki yang akan datang ditambah dengan berlipat kali ganda.

Apa yang penting…… Alhamdulillah.

Kehidupan

Bertambah dan Berkurang

Banyak benda ia bertambah dan berkurang dalam diri kita.

Salah satunya Iman. Pasang surut itu adat iman kita didada.

Kita bukan maksum. Kita selalu buat dosa. Pagi macam ulamak. Petang macam Ulam mamak.

Pagi beriman. Petang Kafir.

Tiap hari kita kena pastikan yang kita beriman. Kena buat apa yang disuruh. Kena tinggal apa yang dilarang. Mudah cakap tapi bukan mudah untuk dilaksanakan. Tidak terkecuali aku sendiri.

Tiap hari kita bertambah tanggungjawab. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab. Kita kena bertangunggjawab supaya kita mendapat teman yang bertanggungjawab. itu resamnya.

Kita nak anak kita berjurus kerana dulu kita adakala tidak berjurus kepada mak bapak kita. Kita kena usahakan tambah ilmu untuk jadikan anak kita berjurus kerana kita takut anak kita buat macam kita buat pada mak bapak kita.

Minta ampun dan maaf ya Allah.

Maafkan hambamu ini…….

?????? ???? ??????.

Hantu Buku

Speed Reading

Telah lama aku tidak membelek ebook yang telah dibeli. Dalam tahun ini agak banyak juga ebook yang aku beli dari pelbagai kategori.

Sambil mengemaskini ruangan harddisk yang makin sempit dek kerana banyak bahan yang didownload dan disimpan dan juga simpanan ebook yang bergiga2 bytes masih dalam simpanan. Kebanyakan sudah dibaca paling tidak sekali.

kebanyakan yang tidak terbaca yang masih dalam simpanan ialah ebook free atau bonus yang aku kira tidak perlu dibaca buat masa sekarang. Jadi kepada penjual ebook tu kalau boleh kurangkanlah bahan-bahan free ni kerana tidak terbacakan oleh pembeli macam aku ni.

Ada satu ebook yang aku baca entah keberapa kali baca tetapi belum ada kesempatan untuk berlatih teknik yang diperkatakan dalam ebook tu. Ada sahaja halangan-halangan yang terjadi dikala hendak menekuni apa yang disarankan oleh ebook tu. penerangannya sudah cukup jelas cuma ia perlukan latihan. latihan. latihan.

Syabas saya ucapkan kepada penerbit ebook tu saudara auzan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...