Berbicara tentang kehidupan hari-hari kita tidak terlepas memikirkan tentang penggunaan wang.
Dulu….masa bergaji rm800 sebulan, hidup sehari-hari merasa cukup. Alangkah baiknya aku dapat gaji rm1500 sebulan! Banyak benda akan dibeli. rm800 pun dulu kita merasa bahagia dan tidak pernah putus makanan. Badanpun sihat.
Sekarang… bergaji hampir 2.5k sebulan, hidup hari-hari merasa cukup. Tetapi nafsu terasa besar. Disusuli pula dengan teori -teori kewangan yang baru dipelajari hidup terasa mampu pakai Mercedes!
Tetapi dengan ilmu kewangan yang dipelajari menidakkan dan mengekang hawa nafsu besar untuk memiliki barang-barang mewah. Jika tersilap langkah barangan mewah itu akan melemaskan aku setiap bulan. Alhamdulillah nafsu aku masih terkawal.
So…. ilmu baru tentang pelaburan dan kewangan insyallah akan aku pelajari dari semasa ke semasa. Ia tidak pernah habis.
Dan… sebagaimana tajuk di atas, aku dah bermula dengan portfolio pelaburan aku bukan satu tapi… 2 jenis poftfolio pelaburan.
Insyallah semoga Allah memudahkan urusan aku kelak.
Assalamualaikum para penjengok blog ini.
Seminggu sudah sesi persekolahan bermula tapi alhamdulillah pada hari pertama kami semua dapat masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa. Sekolah saya sudah dinaiktaraf dan telah menerima 2 staf bukan akademik dan 4 orang guru baru samada baru pindah dan baru posting. Boleh dikirakan kami dah overstaf. Sebelum ini sekolah kami hanya ada Guru Besar sahaja. Pembantu2nya hanya dilantik secara dalaman sahaja seperti PK 1,PK HEM dan PK KK. Sekarang pembantu2 guru besar sudah dipenuhi dengan PK lantikan hakiki oleh pihak pejabat pelajaran. Terpaksalah kami bersesak2 di bilik guru yang sempit dan sebuah bilik untuk kegunaan pelajar terpaksa dikorbankan untuk ditempatkan meja guru2 yang baru….Namun! Kami tetap ,menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Alhamdulillah!
Jauh aku berceloteh tak masuk lagi tajuk asal berkenaan dengan buku. Aku sekarang alhamdulillah rasa tak selesa kalau tidak membaca dalam sehari. Palibg tidak pun aku baca blog2 orang dalam bidang tertentu seperti perncangan kewangan dan pelaburan. Untuk minggu ini sahaja ada 4 tajuk ebook yang aku beli yang bernilai rm40 setiap satu. Dulu memang aku rasa rugi beli buku mahal2 tapi sekarang tak rugi aku beli kerana ilmu yang diajar tu memudahkan kerja kita dari berjam2 mencari info berkaitan di internet. Jadi jika kita beli ebook yang kita nak, ia menjimatkan masa kita untuk belajar sesuatu secara cepat.
Kalau dulu memanglah apelah beli buku banyak2 sedangkan internet dah ada dihujung jari? Anda ingat orang nak berkongsi semua yang mereka tahu di internet? Kebanyakannya ramai yang tidak sudi berkongsi lebih apa yang mereka tahu. Kalaupun ada, info tu akan bersepah2 di pelbagai web,blog, forum dan lain2.
Antara tajuk ebook aku beli:
Mahir excel – rahman basri
Pasif Income – pie2020
tippenjimatan – razif yusof
tip bidding rumah lelong – Herman noer aka nanas tanjong.
dan pelbagai ebook free lain.
Anda bayangkan pokok-pokok buahan seperti langsat,rambutan,durian,jering,terap,tampoi(ngeke) macam pokok balak! Terkezut aku apabila diminta untuk panjat… Aku tabik mengaku tak boleh panjat pokok langsat macam balak tu!
Aku hanya mampu panjat pokok terap je….itu pun pokok sebesar hampir sepemeluk!
Sebelum itu aku ‘eksen’ je dan setuju pelawaan tuan punya kebun untuk ikut dia ke kebun.
Ada satu yang menarik aku ialah sejenis buah durian kulit kuning dan hijau. Buahnya kecil dan isinya warna oren! Anda pernah tengok? Anda tahu apa rasanya? Masa makan di kebun, rasa macam aiskrim,berkrim dan melekit isinya padat. Bila melekat ditangan isinya warna oren masih ada sisa ditangan! Apabila dibawa balik, aku tak mau lagi makan kerana baunya sahaja membuat aku jemu sangat2 dan pening kepala! Istri aku meggeleng kepala sambil mengangkat dua bahunya tanda jemu yang amat. Orang kelate panggil ‘ngetak bulu’… Ada masa aku upload nanti gambarnya..
Ada juga nanti buah yang tidak terdapat di semenanjung aku akan upload di blog ini. Insyallah.
Azam tahun ni? Sambung azam tahun lepas yang belum tercapai…
Apa yang penting tahun ini aku nak perbaharui azam tahun lepas.
Aksen…..buat jer.
Recent Comments