Domain Baru!

Salam sejahtera pembaca sekalian…. saya nak umumkan di sini bahawa saya telah menggunakan domain baru dan server baru yang berpangkalan di US. Domain ini akan aktif untuk beberapa ketika sebelum expired. Para pelawat blog ini akan di forwardkan secara automatik kepada domain baru saya iaitu MohdZamri.com Domain ini pada tahun 2004-2005 telah menjadi milik saya tetapi untuk beberapa ketika ia telah disejukbekukan dan berpindah tangan. Saya kecewa sikit pada masa tu kerana tak sempat renew domain ni. Untuk beberapa tahun saya menunggu dengan harapan domain ini dilepaskan tanpa saya membida semula. Akhirnya dua hari lepas saya bercadang untuk membeli domain baru menggunakan extension .my untuk penjenamaan semula blog ni. saya cuba mencari domain .com dahulu dan saya carikan dulu domain mohdzamri.com dan keputusan carian menunjukkan domain mohdzamri.com telah dilepaskan dan sedia untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja. Saya dengan cepat terus mendaftarkan domain mohdzamri.com untuk saya milikinya kembali….. Dan…. hari ni saya mengumumkan domain baru blog ini ialah MohdZamri.com sempena nama penuh saya Mohd Zamri. Blog domain baru ini juga telah selesai berpindah ke server US base dan diharapkan selepas ini prestasinya bertambah baik dan tidak selalu down…. Insyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Leave a Reply to haris Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *