Jalan-jalan cari Buku

Minggu lepas aku window shopping dekat The Spring.

Round-round sebenarnya aku ni nak pergi kedai buku MPH dekat sana. Situ sahaja ada cawangan MPH di kuching ni. Berjam-jam juga aku di sana bila jalan solo ni.

Aku singgah di sana ketika balik dari menghantar laptop costumer aku di Highpoint acer service center. Laptop tidak dapat di siapkan hari tu juga kerana tidak ada sparepart. Kena order dulu keyboardnya. Harga rm190 termasuk service. Aku bertanya juga bolehkah jika nak trade in? Tidak boleh katanya kerani tu. Dulu memang ada trade in tapi sudah diberhentikan tiga bulan yang lepas. Tetapi bukan semua laptop diterima. Hanya untuk model yang tidak dikeluarkan lagi sparepart untuknya sahaja diterima untuk trade in.

Berbalik kepada persinggahan aku di The Spring aku mahu mencari buku yang ingin dibeli. Dua tajuk yang aku cari tetapi tiada stok. Kalau order tiga minggu hingga dua bulan baru dapat. Dua tajuk buku tu aku sudah baca di google book tetapi hanya beberapa bab sahaja di publish. Kalau nak baca lanjut, kena beli…le.

Aku pergi ke rak buku terbitan PTS,alaf 21… aku tidak terlepas meneliti buku terbaru tulisan Dr. HM Tuah. Yes! ada tajuk baru iaitu Nak jadi, Jadi! Aku tengok harganya cuma rm13.00. wa…. murahnya lantas aku membaca sinopsis dan tajuk bab. memang menarik! Lantas aku terus membeli buku tu.

Para pembaca nak beli buku ni?

Klik disini untuk membaca sinopsis.

dan di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply to haris Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *