Membina aset

aku nak cerita sikit tentang membina aset.

Ada orang kata rumah adalah liabiliti kerana mengeringkan poket kita setiap bulan.

Ada orang kata rumah itu adalah aset kerana ia adalah milik kita. Nama rumah tu pun nama kita.

Ada orang kata rumah besar pun tak guna sebab semua tu bukan boleh bawa lubang kubur pun.

Ada orang kata takpolah macamanapun rumah tu beli dari mana atau buat sendiri pun nak duduk hanya tunggu mati jer.

Apapun asal bahagia.

Apa aku anggap rumah itu? Setelah bertungkus lumus membaca tentang rumah dan setelah dibuat kira-kira dan berbincang dengan orang rumah dan akauntan yang dilantik… aku mengambil keputusan untuk membeli rumah. Ia bukan sekadar menumpang tidur sementara menunggu mati. Ia bukan sekadar keindahan dunia yang kata orang ‘tidak boleh bawa kubur pun’ tetapi ia lebih daripada itu. Sekarang masanya untuk aku mempraktikkan apa yang aku baca dan belajar tentang hartanah. Sekarang sudah mampu bertindak dari segi kemampuan ilmu, kemampuan kewangan.

Situasi aku sekarang aku percaya rumah aku beli tu adalah aset untuk masa 3 tahun dari sekarang. Ia tentang bagaimana menggunakan kemampuan kewangan yang terhad ini untuk membina aset.

Rumah adalah satu tool untuk aku membina aset. ada benda lain lagi yang boleh kita bina aset melaluinya.

APAPUN…..apa ayng anda fikirkan, ANDA MEMANG BETUL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *