Monthly Archives: February 2010

Uncategorized

Apa yang perlu diketahui oleh Forex Trader

Semakin ramai manusia malaysia menerjun kodok ke dalam forex trader dek kerana terkesan dengan keuntungan lumayan dalam masa yang singkat.

Saya ada banyak juga real case study berjumpa secara besemuka dengan forex trader yang juga kawan- kawan saya. Kenapa trading forex? Kerana tak perlu keluar rumah, trading depan pc/laptop je dan untung besar! Dia mula bersemangat bercakap tentang keuntungan. Bayankan dalam masa 6 bulan 1k prinsipal, boleh dapat 4K! Saya tidak pelik sebenarnya dan trader boleh dapat sebanyak tu.

Selang beberapa bulan dalam bulan keenam saya jumpa dia balik. Bukan saya datang nak sembang pasal forex tapi nak ziarah. Dia bercerita aku malam tadi tak dapat nak tidur la yie… Kenapa pulak? Saya tidur sampai subuh boleh jaer.. hehe. Aku ‘loss’ [rugi dalam forex] malam tadi semua habis dalam 1 minit termasuk modal! Berapa nilai 1 lot masuk? Aku masuk 1 lot 30usd. Mak ai….. ini bukan lagi terjun kodok. ini kamikaze!

Moral of the story…. forex tidaklah senang. Amat sedikit yang berjaya dapat profit yang berterusan tapi banyak yang Loss! rugi la tu.

Saya tidaklah nak bercerita panjang tentang forex ni tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah forex itu tentang hukumnya, kesan kepada ekonomi dan negara.

saya tidak akan menyamakan forex dlam mana-mana kotegoripun tetapi saya menyeru kepada forex player terutama melalui internet, Buka minda anda… baca artikel terbaru ustaz zaharudin mengenai forex. Jangan kritik saya ye…. Saya hanya menyampai apa yang baik dan boleh diikuti. Terpulang kepada anda nak pakai atau tidak..

Baca artikel di sini…

Uncategorized

Kamikah yang bersalah? [baca guru]

Saya sangat sedih melihat bayi yang telah mati dihurungi semut yang di tinggalkan oleh manusia bersifat binatang. Hanya tahu pandai buat dan tak tahu bertanggungjawab. Hati apakah manusia jenis ini????

Saya teringat anak saya dirumah sebaik sahaja melihat gambar di utusan melayu hari ini dan tak sanggup menatap lama-lama gambar arwah bayi itu dalam keadaan sedemikian rupa. aduhai….mengucap panjang saya.

Saya kembali bermuhasabah adakah saya melaksanakan tanggungjawab mendidik di sekolah? Setiap hari jika saya mengajar waktu awal pagi saya bertanya anak murid siapa sembahyang subuh hari ini?? Amat malang tiada seorangpun sembahyang subuh. Saya persoalkan apa guna saya mengajar kamu teori dan amali solat sejak dari kamu tahun 1 sehingga sekarang tahun 5?? Pedulikan ahli keluarga kamu yang tak solat. Sekarang saya dah ajar kamu solat. Bukan tanggungjawab kamu nak ajar orang lain. Kamu dulu belajar bertanggungjawab laksanakan perintah Allah!

Di sekolah saya bertanggungjawab mengajar kamu dan tolong solat di rumah!

Uncategorized

Terpulang kepada individu

zaman matlumat ini kita terdedah kepada kepelbagaian pendapat dan pandangan.

Adakala ia bersifat peribadi, kadangkala ia bersifat peribadi tidak mewakili lambang yang dianuti.

Tuan/puan yang dihormati, setiap masalah ada penyelesaian. Setiap pendapat tidak semua boleh dipakai oleh semua individu. Pemahaman yang mendalam kepada masalah amat perlu jika kita hendak menggunakan sesuatu teknik yang tertentu.

Sebagai contoh strategi perancangan kewangan atau matlamat kewangan setiap orang adalah unik dan tidak sama keperluan dan kehendaknya. Tidaklah cukup dengan hanya membaca beberapa buah buku yang mencadangkan perancangan kewangan dan terus laksanakan apa yang telah diajar dalam buku.

Orang kata ‘cash is King’. Adalah tidak bijak kita menabung tetapi dalam masa yang sama kita menggunakan kad kredit tanpa pemantuan dan kemampuan membayar balik. Tidak bijak juga kita ada hutang Ptptn tetapi dah mula buat pelaburan.

Untuk makluman peminjam Ptptn jika membayar rm50 sebulan, tidak cukup! Interest setiap bulan adalah sekitar rm48. (ini berdasarkan kepada 3% servis atas baki berkurang) dengan jumlah hutang 29k.

Bak kata pakdi, simpan dulu bila cukup target, mulalah melabur.

Asas perancangan kewangan ialah SIMPANAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...