Monthly Archives: July 2010

Kehidupan

Nukilan Kerengga

~ Amaran : HANYA UNTUK YANG BERLAPANG DADA! ~

Tidaklah aku menghina makhluk Allah ini

Tidaklah pula aku tahu kenapa ia di jadikan

Sifatnya suka mengigit

Sifat menggigit ini ada pada manusia

Manusia yang tidak senang dengan kesenangan orang lain

Manusia ini lagi tidak senang apabila sang juara berusaha untuk berubah

Bagi mereka… ‘hiduplah sesenang mereka!’

Tabahlah wahai sang juara. Larilah sekuat hatimu. berdikitlah langkahmu dengan konsistensi.

Berundur bukan bermakna mengalah. Berundur bermakna membina strategi.

Impianmu sudah jelas! Tergambar jelas dan terlukis di kertas.

Ayuh! Di ufuk timur, sinar impian sedang menanti……..

Teknologi

Kini…sudah boleh!

Sudah berhari-hari aku fikir dan cari ada tak software yang free dan yang boleh mendapatkan balik data dalam hard disk yang telah didelete atau hilang dan sebagainya.

Aku search tanya pakcik google kalau-kalau ada software yang aku kehendaki. Sebelum ini agak susah dan teknikal sikit cara nak dapatkan data yang hilang seperti membuka harddisk dan menukar sparepart.

Kini tidak lagi dengan adanya software seperti Recover  My Files keluaran GetData yang hanya perlu install sahaja software ini dan penggunaannya tersangat mudah. Tidak terlalu kompleks.

Software ini boleh di dapati secara online dan ada versi Free tapi tidak boleh save. Kena beli baru boleh pakai.

Ada juga pirated di luar sana tapi saya tidak akan kongsikan disini linknya. Pandai pandailah anda cari sendiri yer!

Kehidupan

Kadar OPR naik 25 point.

Untuk kali ketiga tahun ini kadar OPR telah dinaikkan…

Monetary Policy Statement

At the Monetary Policy Committee (MPC) meeting today, Bank Negara Malaysia decided to raise the Overnight Policy Rate (OPR) by 25 basis points to 2.75 percent. The floor and ceiling rates of the corridor for the OPR are correspondingly raised to 2.50 percent and 3.00 percent respectively. – Bank Negara Malaysia

Maybank antara yang terawal menaikkan BLR dari 6.05% p.a  kepada 6.30% p.a berkuatkuasa 13 julai 2010.

rujuk link di sini

Kehidupan

Nasihat Free!

Dalam era teknologi matlumat terlalu banyak nasihat yang free yang tidak kurang bagusnya dan berkesan.

Tapi…… adakah ia berkesan untuk seseorang itu melakukan tindakan ke atas nasihat yang mereka dapat secara Free tu? Jangan tanya aku. Tanya diri sendiri. Suka hati sendiri lah nak menyedapkan betapa kita sudah buat. Nak tambah ke, Nak kurang ke… terpulang.

Ada orang suka sembang seolah-olah dia tahu semua perkara. Alihlah topik apa sekalipun memang dia tahu. Sampaikan orang gelar dia ‘ si anu serba tahu’. Ulasannya meyakinkan. Susah nak mengaku kalah.

Akhirnya orang lain diam dan mengiyakan apa yang dia cakap. Angguk jelah. Senyum jelah. Bukan tanda kita setuju dengan pandangan yang dilontarkan tapi mudah-mudahan dia ‘lega’ dengan cara begitu. Puas terpancar di matanya.

Anda mahu nasihat free? memang banyak. carilah kat mana-mana topik pilihan anda akan jumpa. Tapi percayalah buang masa sahaja cari  benda yang anda perlu tapi ia free.

Titik terakhirnya ialah idea tu berhabuk dalam harddisk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...