Tag Archives: rumah sewa super

Uncategorized

Anda tentukan!

Selepas selesai membaca dua buah buku berkaitan dengan hartanah, ada beberapa benda baru yang aku tak tahu dan ada juga aku pernah dengar dari cerita kawan-kawan.

Anda telah graduate dan bekerja sepadan dengan gaji orang keluar U, ada seorang isteri dan dua orang anak. Anda memikirkan gaji anda 2K sebulan dan isteripun 2K.

Anda telah tahu beberapa syarikat takaful telah menyediakan pelan takaful untuk pendidikan anak-anak  di  masa akan datang.  Plan itu bersifat serampang dua mata . Ia sebagai perlindungan dan simpanan. Jika anak dapat 5A dalam upsr, syarikat takaful akan memberi hadiah berbentuk duit. Anda mungkin seorang yang leka tentang perbelanjaan apa kata aku buat potongan takaful untuk dua anak aku sebanyak rm200 sebulan. Jika tidak potong atau bayar secara manual, akan ada terlepas nak bayar. Lagipun kalau tak ambil takaful duit gaji aku akan habis jugak. Ye tak ye jugak kan….? Kita pun buatlah potongan biro angkasa rm200 sebulan. Idea ini memang baik jika ilmu kita belum lagi luas.

Hint: Jika kita mempunyai banyak komitmen bulanan, potongan rm200 sebulan adalah besar untuk masa sehingga 20tahun!

Sebenarnya banyak cara/ tools yang boleh merealisasikan harapan kita untuk pendidikan anak-anak di masa hadapan. Dengan kemampuan kewangan suami isteri 4K sebulan, kita mampu menggunakan teknik ini untuk mengoptimumkan konsep leveraj dan menggunakan duit orang lain untuk mencapai tujuan kita. Saya percaya bangsa peniaga di negara kita sudah lama menggunakan cara ini untuk masa depan pendidikan anak-anak mereka.

Berbekalkan 10% duit deposit untuk membeli rumah, kita ambil contoh pinjaman bank kena bayar rm400 sebulan dan kita dah kaji lokasi rumah yang kita beli itu dapat diberi sewa sebanyak rm600 sebulan. Bermakna kita dapat lebihan rm200(positif cashflow) sebulan. Jadi nampak tak disini kita telah menjadikan instrumen rumah untuk tujuan pendidikan anak 20tahun akan datang. Setiap bulan sudah ada pasif income rm200 sebulan. Kita ambil tempoh dalam 10 tahun insyallah bilangan rumah sewa makin bertambah yang mana memberi positif cashflow kepada kita setiap bulan.

Jadi dengan rumah sewa itu kita dapat menampung anak kita untuk pendidikan tinggi. Terpulanglah untuk terus mengutip sewa atau jual yang mana nilai rumah itu semakin meningkat saban tahun.

itu sahaja untuk perkongsian pada kali ini. sebarang komen amat dihargai.

sumber gambar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...