Sebelum bercerita dengan lebih lanjut saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam tua muda miskin kaya.
Pengalaman hidup kita membuatkan kita lebih matang. Ada sedikit kerugian jika kita membesar di tempat yang sama, bersekolah rendah ditempat yang sama, masuk universiti di negeri yang sama….dan berkahwin dengan negeri yang sama dan bekerja di negeri yang sama! Pengalaman berada atau diperantauan adalah amat berharga sekali untuk dinikmati bukan untuk disedihkan, bukan untuk dikesalkan. Bahkan ia adalah anugerah Allah kepada kita supaya kita melata dibuminya mencari rezeki dan mengutip pengalaman sebanyak mungkin. Usahlah merungut kerana kita ditentukan bekerja dinegeri orang. Insyallah lambat laun kita akan dapat bekerja di negeri kemahuan kita sendiri akan datang.
bercerita tentang beraya di bumi kenyalang agak berbeza sedikit kerana beraya disini disambut dengan meriah sekali. Di sini orang tempatan beraya dengan memakai baju melayu lengkap sehingga hari raya ketujuh. Apabila waktu malam, lampu neon dipasang diluar rumah yang bewarna-warni. Malam bulan syawal akan nampak meriah kerana apabila kita nak pergi beraya, kita kena lihat dulu adakah lampu neon sudah menyala atau belum? Jika sudah menyala tu maksudnya tuan rumah sudah sedia menyambut tetamu.
Menu wajib yang selalunya ada dimeja ialah kek lapis sarawak yang bermacam rasa dan warna. Boleh dikatakan disini nak jumpa air teh o tu…. agak susah kerana air minuman biasanya dihidangkan air bergas. coke ke, pepsi ke, F&N ke dan macam-macam air bergas. Kadang-kadang tak tahan saya minum air gas ni yang memang manis dan tidak baik untuk kesihatan. Kalau sehari 5 buah, 5 kali le jawapnya minum air gas.
——-