Category Archives: Uncategorized

Uncategorized

Hari terakhir Praktikum

Ini hari terakhir aku menjalani praktikum di sekolah. Apa yang dapat aku katakan, seronok sebenarnya mengajar mengikut set RPH yang lengkap kerana kita sudah dapat gambaran apa yang kita akan ajar dalam kelas nanti. Banyak ilmu yang aku dapat dari guru pembimbing dan pensyarah pembimbing sepanjang tempoh praktikum ini. Insyallah aku akan menambahbaik dari semasa ke semasa ketika mengajar nanti. Aku tidak suka sesuatu yang statik atau stereotype. Pagi pergi kerja, petang pulang, tengok TV , malam layan anak pastu tidur. Aku tidak macam tu kerana aku suka sesuatu yang baru. Susunan tempat tidur dan tempat kerja juga harus berubah alatannya.

Kepada para pelawat yang mencari bahan untuk praktikum, anda boleh ambil set RPH kawan punya tetapi ubahlah sedikit kerana setiap murid tidak sama dengan set RPH yang dibina untuk murid sekolah lain bahkan ia tidak sesuai langsung untuk murid anda. Kadang2 tahap pembelajaran murid lebih rendah dari aras pembelajaran murid di sekolah anda. Adakalanya juga set RPH yang anda copy itu untuk murid yang berada di tahap pemulihan juga tidak sesuai kerana murid akan cepat faham dan pembelajaran dapat dihabiskan cepat jadi guru akan terlebih masa. Lepas itu mulalah guru tersebut mengajar aktiviti yang tidak ditulis dalam RPH. Kalau masa itu juga anda kena observe, alamatnya kuranglah markah anda di bahagian hasil pembelajaran dan masa.

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan untuk posting kali ini.

Uncategorized

Gemuruh – Faizal Tahir

Uncategorized

Database haru biru

baru-baru ini blog ini down beberapa hari kerana server down. Maklumlah free katakan biasalah. Database lama aku masih ada tetapi aku masih mencari-cari bagaimanakah cara yang betul supaya artikel lama aku boleh dilihat kembali di blog ini. Database lama aku masih ada.

Kalau ada pembaca blog ini sudi berkongsi cara yang sebetulnya…. sudi2 lah kongsi ilmu dengan aku.

Uncategorized

Jurnal Praktikum Minggu ke 11

Hari ini last sekolah pada minggu ini. Esok cuti Umum sempena Hari kebesaran agama kristian Good Fiday.

Antara tugas aku disekolah sepanjang minggu ini:

Sekolah :
Aku bertugas sebagai teknikal sekolah. Bilik guru sekolah aku akan menerima staff abru kemungkinan dua orang jadi bahagian kebajikan sekolah telha mengadakan gotong royong tidak formal dengan hanya menyumbang tenaga secara sukarela menyusun balik meja guru supaya dua meja lagi dapat di muatkan. Jadi komputer telah beralih dari tempat asalnya ke tempat yang baru. Setelah selesai menyusun meja, keesokkannya kelas aku bermula 10pagi jadi aku membuat ubahsuai sedikit wiring kabel network supaya sampai ke PC tetapi tidak sampai juga. Jadi aku terpaksa menunggu warranty Switch yang dipanah kilat tu sampai barulah aku fikirkan sambungan kabel network ke PC.

Murid:
Pada minggu ini ada beberapa murid membuat bising dan lambat bertindak terhadap arahan guru. Jadi aku menyusun balik kedudukan murid selang seli lelaki perempuan supaya mereka tidak bercakap sesama sendiri ketika sedang belajar. Namu secara keseluruhan aku dapat mengawal dengan baik disiplin murid dalam kelas.

Uncategorized

Jurnal Praktikum minggu ke 10

Antara tugas aku minggu ini.

Sekolah :

1- Menyelenggara beberapa PC dan Laptop sekolah untuk kegunaan para guru.

2- Membantu cikgu lain menyediakan dan memasang Projektor dan laptop untuk guru media memberi inhouse Training tentang eduwebtv.com iaitu sebuah portal yang dibangunkan oleh kementerian pendidikan malaysia yang mengandungi informasi dan video-video untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekali pandang ia ala-ala youtube.com cuma yang berbezanya ia tidak boleh komen dan upload video sendiri. Kena hubungi webmaster dulu jika hendak upload video yang sesuai. viedo di situ boleh di download.

Murid:

1- Pada minggu ini tidak ada murid yang membuat bising dan bercakap ketika aku mengajar. Sekali sekala mereka bercakap aku terus tegur. Aku pada minggu ini tidak tertumpu kepada teknik latih tubi. Aku ubah sedikit strategi pembelajaran kepada memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal murid seperti membuat aktiviti berkumpulan, kuiz dan sebagainya. Tidak tetumpu kepada slide powerpoint tetapi menggabungkan bahan-bahan BBM berbentuk fizikal.

Guru:

1- ketika mengajar aku meyelitkan unsur-unsur jenaka supaya murid tidak merasa bosan. Aku tidaklah pandai membuat jenaka tetapi pada minggu ini aku cuba membuat jenaka dan ternyata pembelajaran menjadi seronok dan murid aktif mencuba memberi jawapan ketika di soal walaupun jawapan lari dari kehendak soalan. Unsur ini harus ada dalam diri setiap orang yang bergelar guru apatah lagi mengajar di sekolah rendah. Dalam pembelajaran di maktab ialah unsur kecindan.

Laporan Ko-Kurikulum

Pada minggu ini PK KK menghendaki aku melatih murid-murid untuk hari sukan sekolah 19 april 2009 nanti. Sebagai ketua rumah, aku telah memulakan aktiviti ‘panaskan badan’. Aku meminta murid tahun 6 membuat warming up tetapi seorangpun tidak pandai jadi aku menunjukkan cara melakukan warming up supaya murid tahun 6 dapat melakukannya ketika di suruh nanti. Antara latihan yang dijalankan ialah melatih murid-murid larian baton, larian ke depan dan undur ke belakang dan mengajar murid membuat lontaran peluru. Di samping itu juga kami guru rumah kuning memilih beberapa murid untuk mengambil bahagian dalam pertandingan lontaran peluru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...