assalamualaikum.
Bangun pagi ambil wudu’ dan bersedia untuk solat subuh. Ini perkara yang pertama kita kena buat sebagai hamba kepada pencipta.
Kedua kita memuji Allah dalam zikir subnallah, alhamdulillah Allahu Akbar dan berdoa jika kita tak nak dilabelkan bongkak dengan pencipta. Ikhlas dalam doa dan tidak jemu meminta kerana kita tidak tahu apa yang telah ditulis di loh mahfuz.
Selesai zikir digalakkan membaca ma’thurat kerana banyak faedah didalamnya. Saya bercerita pun tak guna bagaimana nikmat sekira kita mengamalkannya kerana hanya yang membacanya sahaja tahu nikmat itu.
Sebelum lipat sejadah baca al-quran barang sehelai dua kerana insya allah al-quran akan membantu kita di akhirat kelak. Kalau kita baca dengan betul dan bertajwid, ada kajian mengatakan bacaan panjang dan pendek itu ada unsur terapi pernafasan kerana bacaan bertajwid betepatan dengan panjang pendek helaan nafas kita. jika tak sampai bacaan, sebagai contoh suara kita semput nak habiskan dengung enam harakat, itu tanda suara kita mengalami masaalah. Kan bagus kalau kita tahu sehingga itu?
OK? Semoga kita bertambah bagus dan cemerlang hari ini!