Tag Archives: niat puasa ramadhan

Kehidupan

Berpuasakah Kita?

salam ramadhan pada semua pelawat sekalian.

Alhamdulillah bertemu kita di bulan ramadhan. Bulan yang penuh berkat dan bulan yang penuh dengan peristiwa besar dalam sejarah perkembangan agama islam.

Entry ini saya akan laporkan antara inipati hasil dari mendengar kuliah mingguan semalam.

Niat puasa hendaklah berulang-ulang dan sebelum subuh untuk puasa ramadhan. Niat Puasa sunat sebelum zuhur. Solat 5 waktu sehari semalam sudah tentu ada niat setiap kali dan ia perlu disebut berulang-ulang. Tidak boleh ‘sahaja aku sembahyang zohor sebulan pada bulan ramadhan kerana Allah Taala.’ Niat begini tidak sah. Sama juga kebiasaan yang diamalkan kita niat puasa untuk sebulan pada bulan ramadhan. Niat sebegini tidak sah bagi mazhab shafie. Sah bagi yang mengikut mazhab Maliki.

Batal Puasa:

Puasa menjadi batal sekiranya air masuk kedalam liang yang terbuka. ( telinga, hidung, dubur dan qubul, mulut) Kelopak mata tidak termasuk di dalam istilah ini. Telinga yang dimasuki air tetapi apabila kita mengiringkan dan air itu boleh keluar, puasa masih sah. Tetapi apabila air masuk kedalam dan sampai terbaut telingapun tak keluar, maka puasa terbatal. Ia terbatal (air masuk telinga) sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Soal jawab:

Untuk penyakit kronik seperti sakit jantung, asma berterusan, gastrik berterusan dan apa2 penyakit yang kena makan ubat mengikut waktu yang ditetapkan. Kalau tidak ikut, boleh membawa kemudaratan atau kematian.

Jantung: Mereka tetap kena puasa. Ubat mesti makan mengikut jam yang ditetapkan walaupun dalam bulan puasa. Bila selesai makan ubat, dia kena sambung puasa sampai waktu berbuka. Sesetengah pesakit jantung, sebelum makan ubat, kena makan sesuatu untuk mengalas perut, maka kena makan sekadarnya. Kalau makan nasi sampai kenyang tu, bukan lagi sekadarnya dah. Ini trik yang membatalkan puasa. Begitu juga dengan penyakit kronik yang lain yang memerlukan pesakit memakan ubat mengikut jadual. Lepas makan ubat, puasa ramadhan wajib diteruskan.

Tetapi pesakit kronik ini kena membayar fidyah sama ada beras atau wang ringgit. Adakah mereka kena ganti puasa ramadhan? Mereka tidak perlu ganti sehinggalah disahkan oleh doktor dan Allah menyembuhkan sepenuhnya dari penyakit itu. Maka dikala itu, puasa ramadhan wajib diganti.

Bab Tarawikh.

Buat 8 atau 20 rakaat?

Zaman nabi solat tarawikh 8 rakaat. Zaman sahabat di buat 20 rakaat. Tarawikh boleh dibuat sebanyak manapun boleh. walaupun zaman nabi buat 8, tetapi nabi menyambungnya di rumah yang kita tidak tahu berapa jumlahnya. Dikatakan nabi tarawikh sampai menjelang subuh. Wallua’lam. Ustaz yang bagi kuliah tu bercerita pernah satu ketika dia pernah solat tarawikh 8 rakaat tetapi habis pukul 12. Walaupun imam itu tua dan memakai tongkat, tetapi boleh berdiri sebegitu lama ketika menjadi imam sampai makmum tidak tahan.

Bab witir – Witir bermaksud ganjil.

Tidak boleh sembahyang witir 2 rakaat di masjid dan sambung 1 rakaat lagi di rumah. Kena sudahkan witir itu di satu tempat. Kalau di masjid, sudahkan di masjid, Kalau di rumah, sudahkan di rumah.

Lailatul Qadar: dikatakan 10 malam yang terkakhir akan berlaku malam lailatul qadar.

Sesiapa yang tertinggal solat tarawikh, ia tidak boleh qada. contohnya malam ini nak buat 16 rakaat untuk qada semalam yang tertidur. Siapa yang tertinggal solat tarawikh satu malam pun, maka tidak ada peluang baginya mendapat malam lailatul qadar.

wallahu’alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...