Category Archives: Kehidupan

Kehidupan

Nasihat Free!

Dalam era teknologi matlumat terlalu banyak nasihat yang free yang tidak kurang bagusnya dan berkesan.

Tapi…… adakah ia berkesan untuk seseorang itu melakukan tindakan ke atas nasihat yang mereka dapat secara Free tu? Jangan tanya aku. Tanya diri sendiri. Suka hati sendiri lah nak menyedapkan betapa kita sudah buat. Nak tambah ke, Nak kurang ke… terpulang.

Ada orang suka sembang seolah-olah dia tahu semua perkara. Alihlah topik apa sekalipun memang dia tahu. Sampaikan orang gelar dia ‘ si anu serba tahu’. Ulasannya meyakinkan. Susah nak mengaku kalah.

Akhirnya orang lain diam dan mengiyakan apa yang dia cakap. Angguk jelah. Senyum jelah. Bukan tanda kita setuju dengan pandangan yang dilontarkan tapi mudah-mudahan dia ‘lega’ dengan cara begitu. Puas terpancar di matanya.

Anda mahu nasihat free? memang banyak. carilah kat mana-mana topik pilihan anda akan jumpa. Tapi percayalah buang masa sahaja cari  benda yang anda perlu tapi ia free.

Titik terakhirnya ialah idea tu berhabuk dalam harddisk.

Kehidupan

Alahai… Anak muridku.

apa khabar anda hari ini? semua OK luar biasa bagus dan hebat sekali! Mantop gitu.

Sudah seminggu sekolah dibuka apa khabar anak murid sekalian?! Baik cikgu…..  Separuh kelas je sahut pertanyaan cikgu. Ape ni pagi2 dah lemah semangat! Saya tanya lagi sekali apa khabar kamu semua? Baik Cikgu!

Haaaaaaa ini baru betul!

Semangat murid dah berkobar nak belajar hari ini. Apatah lagi cikgu sudah sedia untuk mengajar. Ok hari ni kita baca al-quran muka surat 319. Hari ni saya nak murid yang boleh baca sikit-sikit dulu baca dan yang lain ikut.

Kelas jadi senyap tiba2…. Ha….kenapa dengan kamu?? Sebelum cuti kamu dah dapat baca al-quran tapi kenapa hari ini tak dapat baca? Apa yang saya minta kamu buat masa cuti hari tu? Baca quran cikgu. Habis? Kamu baca tak? Geleng2 kepala je. Patutlah 3 minggu cuti dengan al-quran pun cuti jugak.

Saborjelah walaupun dalam hati meruap nak marah.

begitulah situasi disekolah saya sebagai guru merasakan semacam sia-sia je aku mengajar jika budak tak pandai baca al-quran.

Namun saya serahkan pada Allah kerana hanya dia sahaja yang berhak menentukan. Saya hanya berusaha.

Kehidupan

Risiko didalam kemampuan

selamat pagi rakan netter sekalian. apa khabar anda hari ini. Biasa-biasa saja? Mana boleh biasa-biasa saja. Kena luar biasa Ok bagus dan hebat sekali! Angkat ibu jari kanan tanda ‘best’. ala-ala para penggiat MLM gitu.

Apabila kita berbicara tentang idea dan peluang perniagaan yang boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita dengan rakan-rakan yang pelbagai latarbelakang, akan ada timbul perkataan ‘modal besar’, tak berani, takut itu, takut ini, isteri nak beranak tak lama lagi, tokde nak buat dan bermacam-macam lagi. Apa yang anda fikirkan anda adalah betul. Apa alasannya anda adalah betul.

Tak kurang juga ada yang ligat berfikir erm… bagusnya idea ni! Kita boleh nampak gerak balas kawan-kawan yang berminat. Akan terkeluar soalan berbentuk ‘bagaimana’ nak buat, kos dan sebagainya.

Jawapan bergantung kepada soalan. Jika soalan tentang risiko, aku akan jawab tentang risiko. Jika soalan tentang potensi, aku akan jawab tentang potensi.

Jika kita bercerita tentang risiko, suatu idea tu akan nampak sukar dan kebiasaannya tak jadi buat. Macam kita pergi ke kedai la yang banyak pilihan baju yang cantik2 akhirnya tak jadi beli.

Setiap bidang yang kita nak ceburi hendaklah kita ada ilmu barulah risiko itu dapat ditangani dan didalam kemampuan kita. berkawan dengan orang yang mempunyai minat yang sama, bina network dengan bidang yang sama, insyallah kita akan berjaya.

Kehidupan

Kalau dah bukan rezki..

Entry kali ini aku nak bercerita tentang apa yang berlaku pada minggu lepas…

Hari sabtu kami sekolah ganti dan ada pelajar UUM datang buat program motivasi untuk tahun 5 dan 6. Nak dijadikan ceritanya… kami juga tengah kalut untuk buat persediaan sukan tahunan dan saya juga sibuk dengan urusan meng indexkan harta sekolah.

Tengah sibuk mencari cutter…tiba-tiba dengan orang minta tolong…. ‘laptop saya!’… laptop saya. saya terpinga-pinga apa yang berlaku??? Cikgu lain tengah tengok ‘benda’ yang terjatuh dalam air masin tu…

Saya bertanya tengok apa tu? Cepat2! laptop cikgu xxx gugur dalam air!! Air agak dalam dan keruh tidak nampak lagi laptop cikgu xxx yang tenggelam itu. cikgu-cikgu lain memanggil2 budak untuk tolong ambilkan barang2 cikgu xx yang terjatuh tu. Bukan sahaja laptop gugur… walet, handphone, remote kereta, begnya gugur sekali di dalam air masin!

Bila aje laptop di bawa naik atas… bateri masih melekat di situ.. terus saya buka bateri. Bateri tu jadi panas dan berbuih2 keluar asid alkali kot.

Sayapun jadi mcgyver la baraikansemua komponen laptop tu dan gunakan hair dryer untuk keringkan air.

Tuan punya laptop sangkakan dapatlah guna laptop tu 3 tahun lagi tapi 2 tahun sahaja baru beli.

Kalau dah bukan rezki…. nasi dalam mulutpun boleh keluar balik.. Sabar ye cikgu xxx!

Entry ini akan bersambung selepas laptop tu diuji nanti. Boleh hidup ke tidak?????

Nantikan sambungannya!

Kehidupan

Permata hati

entry kali ini aku nak bercerita tentang anak. Setiap yang berkahwin sudah pasti inginkan anak. Amat pelik jika berkahwin tetapi tidak mahu anak. Aku pernah jumpa dan pernah dengar ada orang yang bercakap macam itu. Terpulanglah pada pendapat mereka.

Anak aku yang kedua ni lahir dalam serba senang dari segi selesa, kewangan dan lahir dalam keadaan normal. Bukan ikut tingkap macam kakaknya dulu. Anak kedua ini aku belikan Set Salindah. Alhamdulillah isteri aku makan dengan teratur. Tak sia-sia aku beli ratus2 harganya.

Masa lahir kulitnya nampak gelap tetapi sekarang ia lebih putih dari kakaknya. Kakaknya dulu masa lahir punyerlah putih tapi bila besar ni nak lebih kurang kulit aku je sawo matang! heheh

Anak kedua ni lahir dengan berat 3.0kg. Tetapi bukan itu yang aku nak bercerita pada entry ini. Aku nak bercerita tentang kebolehan anak kedua ini yang aku lihat.

Dalam masa 2 bulan dah dapat angkat kepala. masuk 3 bulan dah dapat meniarap. masuk bulan kelima, aku dah letak dalam walker dan badannya keras, kepala boleh tegak, tidak meliuk lentuk. Bila masuk dalam walker, kakinye ligat menolak-nolak ke sana dan kemari. Hari ini bila meniarap, dia belajar mengensot sampai dengan cepat. Aku cukup suka dengan situasi ini dan dia membesar dengan sihat.

Pernah aku terfikir adakah pemakanan Salindah itu membantu tumbesaran yang cepat seperti yang anak aku alami sekarang? Mungkin juga ia adalah kesan dari Salindah. Tetapi banyak testimoni kawan-kawan terdekat mengalami situasi yang sama pada anak mereka yang baru lahir. Pada aku, bukanlah itu tujuan sebenar tetapi beli set salindah kerana mahu isteri aku bersalin secara normal tanpa keluar ikut tingkap!

Kehidupan

PERASA – pandangan peserta kursus

alhamdulillah agak lama blog ini tidak terupdate dengan bahan-bahan baru. entry kali ini aku nak bercerita apa yang aku buat semasa cuti kali ini.

Cuti ini aku telah menghadiri kursus yang telah dianjurkan oleh pihak SPI yang bekerjasama dengan biro perkhidmatan pendidikan majlis islam sarawak. Kursus ini di adakan di pusat latihan sarawak, JAKIM.

kursus kali ini berlainan sekali dengan kursus sebelum ini kerana ia menumpukan kepada kesedaran, tanggungjawab, terhadap bidang yang diamanahkan kepada kami selaku guru. Ia menitikberatkan kepada aspek kecerdasan emosi EQ seseorang. Bijak di atas kertas tidak semestinya cerdas di alam pekerjaan yang sebenar. Paksu banyak menekankan akan peri pentingnya kecerdsan emosi berbanding kecerdasan intelek. Rupa-rupanya ada banyak aspek yang boleh diuji sama ada seseorang itu mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi atau tidak. Ada 13 aspek yang telah diberitahu dan ada beberapa aspek didedahkan dalam kursus 2 hari tu.

Satu aspek yang aku rasa memang sengaja diulang2 seperti mengkritik a.k.a mengutuk peserta dengan kata-kata yang agak kasar dan ia benar berlaku dalam kehidupan peserta. Ia tidak lain dan tidak bukan hanya bertujuan untuk menyedarkan peserta supaya menjadi lebih baik. Jika sebelum ini masuk kelas sekadar chalk and talk sahaja, pelbagaikan teknik pengajaran berbantu BBM seperti bahan ICT, bahan kreatif dan lain-lain.

Di luar sana orang tidak berani mengkritik secara berdepan tetapi dalam kursus inilah peluang paksu mengutuk habis-habisan peserta.

Secara keseluruhan kursus ini sangat menarik kerana beberapa unsur yang diterapkan seperti pelbagai aktiviti senaman fleksibeliti, jadi gila-gila untuk membentuk sifat kreatif, membina kerja berpasukan, memberi buah epal sebagai balasan jika membuka mulut untuk bercakap memberi pandangan dan jawapan.

Selain itu juga diselitkan juga aktiviti silap mata sebagai selingan untuk memeriahkan suasana.

Apa yang penting siapa yang tidak hadiri kursus ini saya berpendapat ia sangat rugi kerana belum tentu akan ada kursus sebegini selepas ini.

Boleh dikatakan pecah perut dan berair mata akibat ketawa sepanjang berlangsungnya kursus.

Tahniah tuan haji shahabudin a.k.a paksu!

Jangan biarkan dunia ini bersin yer! Memang luar dunia punyer!

Biodata Paksu

PEMBIMBING

Pembimbing kursus ialah Tuan Haji Shahabuddin Ashari yang juga dikenali sebagai Pak Su, yang memiliki kelulusan MSc Councelling dan REBT Management.

Pak Su adalah mantan pensyarah pakar kaunseling di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum membuka syarikat konsultan sendiri.

Beliau merupakan seorang kaunselor berdaftar dengan nombor daftar 0086.

Haji Shahabuddin merupakan Pengasas Kursus Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) yang sudah digunakan di banyak tempat di seluruh negara.

Beliau juga merupakan pembina Modul PRS sekolah-sekolah Malaysia dan menjadi jurulatih TOT Nilai Murni Kementerian Kesihatan Malaysia

Beliau berpengalaman sejak 1987 dalam mengendalikan Kursus PERASA, Kursus Pembinaan Pasukan dan Kursus Motivasi serta Kaunseling.

Kehidupan

Kunci rezeki – Menyambung silaturrahim

Mungkin pembaca sudah tahu bahawa antara punca rezki kita bertambah luas ialah dengan menyambung silaturrahim.

Dalam hadis sohih imam bukhari meriwayatkan maksudnya:

Siapa yang suka untuk dilapangkan rezkinya dan dipanjangkan usianya hendaklah ia menyambung silaturrahim.

Ini bermakna sesiapa yang menjaga silaturrahim maka dia dapat dua perkara kelapangan rezki dan panjang umur. Ini promosi dan tawaran terbuka sepanjang masa oleh Allah.

Terdapat banyak hadis yang diriwayatkan oleh imam besar akan peri pentingnya pengaruh silaturrahim dalam berkembang harta benda dan menjahkan kemiskinan sehingga ahli maksiatpun jika mereka menjaga silaturrahim, harta mereka semakin berkembang dan jauh dari kefakiran.

Bagaimana untuk merialisasikan saranan silaturrahim?

Imam Ibnu Abi Jamrah berkata, Silaturrahim itu boleh dengan harta, dengan memberi keinginan mereka, dengan menolak keburukan dari mereka, denga wajah yang berseri-seri serta dengan doa.

Hanya dengan mempamerkan muka yang berseri-seri kepada kaum keluarga kita sudah dianggap menyambung silaturrahim. Dan yang paling mudah ialah kita berdoa supaya kaum keluarga kita sejahtera di dunia dan di akhirat. Insyallah.

Kehidupan

Berapa rekod perbelanjaan anda?

semalam aku ajak zaujah berbincang tentang beberapa perkara. Salah satunya tentang tahap kesihatan kewangan kami berdua.

Aku keluarkan kertas A4 dan sebatang pen. Aku tulis tanggungan yang tidak termasuk makan minum dan petrol.

Zaujah aku juga menulis potongan yang sedang dan akan datang untuk dipotong tidak termasuk makan minum.

Gedebuk gedebab potongan itu ini gaji aku berbaki rm690.

Gedebuk gedebab potongan zaujah aku berbaki rm1400.

Jadi dimana 2.5% untuk derma/sedekah?

Nah! baru kita nampak bagaimana tahap kewangan kita ketika ini.

Jadinya kami tetapkan kereta kami ini tidak akan ditukar untuk 4 tahun lagi, kami nak menyimpan rm700 sebulan.

Aku ajak berbincang dengan zaujah tentang pelaburan offline kami yang memerlukan modal. Insyallah kami akan siapkan juga sehingga ia beroperasi.

Kami juga akan membeli sebuah rumah teres di sini untuk kediaman kami sekeluarga bajet dalam rm700/month instalment.

Itulah sedikit sebanyak cerita kehidupan aku. Anda ada cerita kehidupan untuk dikongsi? Tinggalkan komen di bawah.

Kehidupan

Pengalaman…sungguh!

Anda bayangkan pokok-pokok buahan seperti langsat,rambutan,durian,jering,terap,tampoi(ngeke) macam pokok balak! Terkezut aku apabila diminta untuk panjat… Aku tabik mengaku tak boleh panjat pokok langsat macam balak tu!

Aku hanya mampu panjat pokok terap je….itu pun pokok sebesar hampir sepemeluk!

Sebelum itu aku ‘eksen’ je dan setuju pelawaan tuan punya kebun untuk ikut dia ke kebun.

Ada satu yang menarik aku ialah sejenis buah durian kulit kuning dan hijau. Buahnya kecil dan isinya warna oren! Anda pernah tengok? Anda tahu apa rasanya? Masa makan di kebun, rasa macam aiskrim,berkrim dan melekit isinya padat. Bila melekat ditangan isinya warna oren masih ada sisa ditangan! Apabila dibawa balik, aku tak mau lagi makan kerana baunya sahaja membuat aku jemu sangat2 dan pening kepala! Istri aku meggeleng kepala sambil mengangkat dua bahunya tanda jemu yang amat. Orang kelate panggil ‘ngetak bulu’… Ada masa aku upload nanti gambarnya..

Ada juga nanti buah yang tidak terdapat di semenanjung aku akan upload di blog ini. Insyallah.

Kehidupan

Lahirnya zuriat kedua

Alhamdulillah isteri aku selamat bersalin anak kedua pada 18/11/2009 di hospital umum kuching. Semua berjalan dengan lancar. Tiada apa-apa yang tidak memuaskan hati aku seperti cerita-cerita yang tidak enak di dengar yang diceritakan oleh kawan tentang tahap profesionalisma warga hospital umum sarawak. Bagi aku mereka bekerja dengan cemerlang hari itu.

Terima Kasih aku ucapkan kepada semua staff yang terlibat menyambut kelahiran anak aku.

Semasa aku menunggu dari 5-11.30 pagi aku sebarkan fikiran positif di setiap ruang di tempat aku berada. Alhamdulillah persekitaran memberi impak positif dan aku mendapat layanan yang mesra,jelas dan tanpa tekanan. Itulah yang aku dapat kongsikan ilmu berkaitan dengan sains minda. Ia memang sangat berkuasa.

Cuma… kepada doktor pelatih, kawallah emosi anda tu. Jangan mengeluh panjang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...