Monthly Archives: May 2009

Uncategorized

Robotic

Uncategorized

Are you going to finish strong?

Uncategorized

Apakah aku Kena?

Minggu ini connection celcom broadband aku hanya GPRS. Walaupun sebelum connect, ada line UMTS. Apabila tekan ‘connect’ aku dapat GPRS.
Bulan ini aku belum lagi melebihi 5gb. Bulan ni baru 7hb. jadi apa relevannya 5gb/month? Aku dah setelkan bil bulan lepas sepatutnya berilah aku 5gb untuk bulan ni please…..

Produk

Happy Time!

Anda pernah guna prepaid Happy?

Apa yang aku dapat katakan, ia memang menjimatkan sama ada call ataupun sms.

Ini kelebihannya.

Call happy to happy RM0.99sen untuk panggilan maximum 45 minit.
Call Happy to other network (Maxis, Celcom, U mobile) RM0.99 sen untuk panggilan maksimum 15 minit.
Jika lebih dari 15 minit, setiap minit di kira RM0.33 sen seminit.
Jika panggilan di buat kurang dari 3 minit (untuk semua network) akan dipotong kurang dari RM0.99 sen. Aku pernah buat call dari Happy ke Celcom selama 1minit 29 saat hanya RM0.44 sen.

SMS pula untuk semua network hanya RM0.10 sen/sms

Kesimpulannya untuk yang suka buat panggilan, happy adalah pilihannya. Jika suka ber ‘sms’, happy juga adalah pilihannya.

Uncategorized

Tema Hari Guru 2009

Aku bangga menjadi Guru. Tiada kata yang boleh diucapkan betapa bersyukur aku melihat anak didik aku yang naif, dari tidak dapat membaca, tercorot dalam kelas telah meningkat dapat membaca, menulis dengan kemas! Itu hanya sekelumit usaha dari aku untuk membina generasi akan datang. Generasi yang akan mendidik anak aku nanti.

Tema Hari Guru pada tahun ini:

Guru Pembina Negara Bangsa

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Klik untuk download Lagu Tema Hari Guru 2009!

Uncategorized

Yakin apa yang kita buat

keyakinan amat penting dalam kita melakukan sesuatu kerja. Buat saja apabila kita percaya bahawa kita betul. Kita tidak dapat lari dari celaan dan pujian orang.

Saya terbaca dalam buku tulisan dr. tuah dalam banyak pujian yang di terima mengatakan dia sendiri dikeji, dicemuh. Bak kata orang rambut sama hitam. Hati lain-lain.

Bila kita dah yakin apa yang kita buat betul, kita bertindaklah ke atasnya.

Orang biasa hanya kekal biasa jika dia bertindak secara biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...