Monthly Archives: October 2009

Uncategorized

Mode ubahsuai

Tiada kerja nak buat dan tak tahu nak ubahsuai themes asal untuk tambah ‘page’ di atas membuatkan aku berubah kepada themes yang mudah untuk costumize mengikut selera aku.

Mudah ke? Tak tahu lagi mudah ke tidak. Aku belum selongkar themes ni. Dalam perhatian aku dan mendatangkan ketidakpuasan hati aku ialah background latar yang warna kelabu yang menjadikan blog ni muram.

Lagi satu ialah fontnya aku ank ubah sikit kepada saiz yang besar sikit.

Uncategorized

Latihan dalam perkhidmatan

Pertama kali dalam sejarah aku beri latihan pada orang secara formal dan aku sebagai jurulatih kepada cikgu-cikgu di sekolah tempat aku bertugas. Aku agak gugup sebenarnya tetapi aku ingatkan pada minda aku supaya ‘buat je lah’. Aku takmau fikir dulu apa yang bakal terjadi apabila aku berada di depan. Apa yang aku nak, bercakap je di depan untuk bagi latihan dan berikanlah ilmu yang aku ada untuk manfaat orang lain. Alhamdulillah aku mampu berucap dengan baik walaupun ada kekurangan sana sini.

Banyak perubahan yang berlaku pada diri aku akhir-akhir ini dan aku sangat bersyukur pada Allah kerana sedikit demi sedikit apa yang aku minta dalam solat sudah banyak diberikan. Ada secara direct dan ada juga melalui perantaraan orang lain.

Apa yang pasti aku boleh cakap ialah aku banyak membuat pelaburan pada diri sendiri dengan menghadiri seminar, membuku e-buku, buku dan lain2. Seminar yang terakhir untuk sehari aku telah membayar rm500 untuk sehari kursus dan di situ aku dapat banyak ilmu.

Apa yang penting di sini ialah… jadilah diri sendiri. Bukan jadi seperti idola kita.

Hantu Buku

Berani Gagal

Semalam aku meronda-ronda bawa anak bini di Spring Mall Kuching untuk riadah dan membeli barang untuk bini. Dah lama tengok bini asyik dengan beg tangan lama yang belum upgrade. Bukan kedekut tetapi tak mampu sebelum ini nak hadiahkan bini beg baru. Ha… itu cerita untuk bini tersayang.

Kedua ialah akupun nak hadiah juga….. Aku beli untuk pelaburan diri sendiri buku Berani Gagal tulisan Billi Lim. Aku cari buku lain sebenarnya tapi buku tu ada dalam rekod tetapi takde di rak. Kene susu’ (dialek klate) kot. Sampai tiga orang staff MPH cari buku tu tak jumpa juga. Kepeutusannya aku beli online je lah buku tu hari ni.

Bercerita tentang buku Berani Gagal ni telah membuka dimensi baru penghayatan tentang kejayaan seseorang yang ternama sekarang. Billi Lim mengambil motivasi dari sudut kegagalan demi kegagalan yang bermula dengan diri penulis sendiri. Tak terkecuali dengan cerita kegagalan Tun Daim Zainudin yang telah aku baca biografinya dulu sebelum berjaya dan terus berjaya. Kebanyakan penulis lain bercerita banyak tentang kejayaan seseorang tapi amat sedikit bercerita tentang cerita di sebalik kejayaan seseorang. Thomes Edison juga pernah aku baca biografinya juga di selitkan cerita tentang kegagalan dalam perjalanan mencipta mentol yang kita guna sekarang.

Dan…. dalam buku Berani Gagal juga diselitkan minda separa sedar yang power dan law of Attraction. Bagaimana menggunakan kuasa minda ketika kita mengalami kegagalan dan mengawalnya supaya kita bangkit semula dengan gagahnya.

Nak cerita lebih lanjut lagi???? Beli la sendiri ye…. Tak rugi melabur untuk diri sendiri.

Uncategorized

Ebook Rahsiaemas.com di buka

cepat dapatkannya sekarang! sebelum ditutup kembali.

dapatkannya di sini….

reviewnya disini….

Produk

Mercedes C200K

comel weh kereta ni….. tepuk poket tanya duit!

Ada hati nak pakai kereta ni? Memang ada!

Jom kita menikmati panorama mercedes c200k kompresor….

Agak-agak berapa harga kereta ni?? Tinggalkan komen ye….

Fully spec dan ada sunroof.

depanbelakangblakang 2sisilampu

Siapa kata cantik angkat tangan!!!

Uncategorized

Ulang Tayang

Artikel ni khusus untuk blogger atau pembaca yang terlebih matlumat..

1- Berhenti membeli buku baru atau e-buku

2- Lakukan apa yang anda suka

3- Belek dan selak balik buku dan e-buku anda yang lama-lama tersimpan di rak dan di hard disk.

4- Buang sahaja buku yang tak relevan dengan teknik semasa.

5- Buang sahaja e-buku yang percuma supaya matlumat tidak bertindih.

6- Mulakan membaca teknik lama yang masih relevan dan buat apa yang di cadangkan.

7- ULANG langkah berikut sehingga sebati menjilat jari.

Hantu Buku

Buku Berikutnya Please….

Insyallah buku berikutnya akan ku miliki…. berkaitan dengan pelaburan yang menguntungkan!

Percaya pada rezki yang Allah bagi.

—————————————————

Musim raya dah habis. Sekarang musim bekerja. Jangan lesu untuk bermula kerja. Tiada istilah hari isnin belum masuk gear. Hari Selasa baru panaskan badan. Hari Rabu baru masuk gear satu. Hari Khamis tak sempat masuk gear dua dah ingat Cuti hujung minggu pulak….

hehe….lu pikirlah sendiri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...