Category Archives: Kata-Kata Hikmat

Kata-Kata Hikmat

Apa yang kita nak jadi?

Setiap orang ada cita-cita. Dari sebesar cita-cita hingga sekecil cita-cita. Jangan jadi orang kalau hidup tiada cita-cita.

Ada buku bercerita pentingnya cita-cita ditanamkan dulu sebelum berusaha untuk mencapai cita-cita itu. Ibarat anda bawa kereta. Anda bawa kereta kerana anda ada tujuan nak ke satu-satu tempat. Jika anda hanya pandang/ingat tempat yang dituju tu jauh sangat, anda akan rasa letih. Bila la nak sampai ni…… dah 8jam bawa kereta tak sampai lagi. kalau tak nak bagi letih, borak2 atas kereta, ingat lepas ni kampong apa, lepas kampong ni kampong seterusnya. maksudnya disini apabila kita melihat sedikit demi sedikit dari kilometer ke kilometer, kita rasa ia cepat sampai dan rasa lebih bertenaga.

Begitu juga dalam mengejar cita-cita. Apatah lagi kalau cita-cita itu nak di capai 10 tahun lagi. Mesti ada semangat turun naik, tertonggeng jeng koil dek kerana betapa hebatnya cabaran.

Jadi jika cita-cita kita menakluk rangkaian perusahaan yang luas, kita tidak boleh bersendirian. Kita kena ada networking. Support menyapport. Timbal balik. Joint Venture dan sebagainya.

Mulai sekarang, cari ilmu sebanyak mungkin kerana cita-cita memerlukan disiplin ilmu yang tersendiri. Dengan ada ilmu, kita dapat mengelak dari tersadung kaki ditempat yang sama seperti yang telah dilalui oleh orang yang mempunyai cita-cita yang sama dengan kita.

Bila cita-cita itu jitu dan bertulis di kertas, bersedialah untuk menghadapi cabaran itu.

Jangan jadi orang kalau takut dengan cabaran. Selagi ada hidup, disitulah ada cabarannya.

Kata-Kata Hikmat

Ekstrem dari sudut berbeza

Definsi Esktrem menurut Azizi Ali.

‘Adalah jauh daripada apa yang biasa atau konvensional’ atau ‘darjah yang melampau; tidak sederhana. Ekstrem tidak semestinya negatif.

Pembaca sekalian,

Nabi Muhammad bertindak dengan Ekstrem dengan keesaan Allah sedangkan seluruh masyarakat masa tu menyembah patung.

Nabi Isa juga adalah ekstrem dengan memaafkan orang lain ketika dirinya di ikat pada Tiang Salib.

Tiger Wood belajar main golf ketika berumur 3 tahun – Sekarang menjadi pemain golf nombor wahid.

Kata-kata hikmat:
Ciri-ciri seimbang hanya untuk orang yang sederhana. Amat mudah untuk kekal sederhana. Anda hanya perlu menghabiskan masa tentang hal-hal biasa dengan orang biasa – Jim Rohn

klik untuk buku ‘Jutawan Ekstrem’ tulisan Azizi Ali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...