Monthly Archives: May 2012

Kehidupan

Hiburan mendidik jiwa

Islam tidak melarang hiburan asalkan tidak lari dari tujuannya. Jika hiburan menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah, ia sudah jauh menyimpang. Mutakhir ini aku tengok ada juga penyanyi yang berzikir menggunakan petikan gitar. Setahu aku dengan ilmu bab ini yang tidak diupgrade sejak dari tahun 1996 hingga sekarang, sebagaimana para ustaz di sekolah dulu mengatakan alat muzik yang bertali seperti gitar tidak boleh digunakan dengan alasan ia akan menyebabkan kita hanyut dalam menikmati alunan/petikan gitar itu. Wallu a’lam.

Berbalik pada tajuk, hiburan mendidik jiwa yang menjadi Tagline radio IKIM malaysia. Dari dulu sejak mula bersiaran, aku tak suka sangat dengar radio ini kerana pengisiannya hanya bersembang dan memutarkan lagu dimana kadang2 lagu yang dimainkan sama saja dengan radio popular lain. Ada rentak pop. Itu dulu zaman 99-2002 gitu. Sekarang, aku ucapkan SYABAS! kepada radio IKIM kerana banyak siaran dan bahan yang berbentuk ilmiah seperti slot dr. muhaya, ustaz zaharudin, dr. mohamad al bakri dan lain-lain.

Semalam (28.5.2012) semasa aku memandu ke Saberkas, aku mendengar slot Y.Bhg. Ustaz Pahrol Mohd. Juoi membicarakan tentang takdir. Amat menarik untuk diulang dengar tika kita dilanda musibah, ujian dari Allah.

Banyak antara kata-katanya yang menyebabkan aku bergenang airmata sebab betapa betul kata-kata itu.

 

Jom sama-sama kita audit tahap penerimaan kita terhadap takdir.

Audio yang boleh di download di web IKIM di sini.

Download Now

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...