Monthly Archives: July 2009

Produk

Wimax dah ada!

sesambil jejalan pergi shopping aku terpandang banner ‘wimax available at kuching call bla-bla…for subcribe.

Pada pemhaman aku line wimax dah ada dekat kuching ni. Sampai dekat shopping center aku tengok ada promoter buka meja untuk mempromosikan Wimax. Aku cuba dekati tengok muka cantik ke tak promoter dan bertanya kawasan saya ada ke tak line wimax ni? Mereka buka peta coverage dan saya tengok sendiri tiada liputan di tempat tinggal saya.

Tapi…biasalah mereka suruh isi form tanpa bayar apa-apa untuk teknition mereka pergi tengok. Aku kata tak payahlah sebab aku set tak mau pakai lagi.

Pandangan kali pertama awek Wimax ni aku dah tak berapa suka modemnya sebesar mangkuk berbentuk sfera jenama motorola. Pada saya ia memang besar.

Dari segi harga yang di tawarkan:

rm138/month utk line, rm25? kalau tak silap untuk modem.
kelajuan 1mbps downlink dan 384 uplink.
Setiap bulan kena bayar rm138 + rm25 sebulan.
Pasal ada kontrak ke tidak, saya tidak tanyapun.
16gb permonth usage bandwith berbanding celcom broadband 5gb/month.

Pada aku ia agak mahal bil bulanan tu. Ia masih baru di pasaran. Celcom sedang promosi gila-gila celcom broadband sekarang ni mungkin sedang merasakan bahang persaingan dengan Wimax kot!

Untuk matlumat lanjut layari laman web redtone

Ini promosi tidak berbayar. Saje je nak berkecek.

wokeh! wa jalan duluk’.

Uncategorized

Apalah google ni..!

cakap ikut lenggok anak aku… apalah abah ni…..! amboi sedapnya mulutnyer.

ada cerita baru tak? aku nak dengar.

tarak? ok aku nak bercerita tentang pakcik google akan memperkenalkan satu produk baru yang akan meletup aku kira. Mungkin bakal mengugatkan industri player yang telah gah namanya dalam bidang tersebut. Pakcik Bill Gates.

Pertengahan 2010 ini google dijangka akan memperkenalkan produk baru mereka iaitu Operating System dengan nama google chrome OS. Produk ini akan menggunakan Open source sebagai platform. Selangkah lagi maju ke hadapan dunia open source.

Kalau anda bohsan dengan serangan virus dan membelanjakan duit setiap tahun untuk membeli antivirus berlesen, inilah masa untuk anda bertukar platfrom dari windows OS kepada Open source OS. Seperti yang ramai tahu open source agak kebal dari virus dan boleh didapati percuma di luar sana.

Jadi….. kita tunggu pakcik google umumkan nanti dan kita pakat-pakat sokong (pakai).

Kepada peminat Ubuntu pun boleh cuba compare yer!

Uncategorized

Lapor diri esok

hehe…

esok aku akan lapor diri di sekolah yang sama. Lapor diri kali kedua la ni..

Surat JPN dah ada tapi surat BPSM belum sampai lagi ke tangan aku. Apapun aku akan lapor diri jugak esok walaupun tanpa surat BPSM.

Esok secara rasminya aku bergelar Guru Sandaran Terlatih (GST). Tiada lagi Status Guru Dalam Latihan (GDL). Horey….

Jom kita naik Bot!

Uncategorized

Tawaran BPSM

Tidak lama lagi aku akan menghadapi Peperiksaan KISSM 6 julai nanti.

Surat dari BPSM dah diterima dengan tawaran DC41 gaji bermula dengan P1T5. Almhamdulilllah.

La ni tengah tunggu satu surat lagi daripada JPN Negeri untuk penempatan. Walaupun kami dah tahu di mana ditempatkan tetapi kami perlukan surat rasmi dari JPN Negeri untuk diberi kepada Sekolah ketika lapor diri nanti.

Insyaallah 8 Julai 2009 aku melapor diri di sekolah. harap aku masih dapat sekolah yang sama.

SK Tanjong Bako.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...