Monthly Archives: February 2011

Kehidupan

Beli atau Tidak?

aku nak kongsi beberapa perkara hari ini tentang dunia Internet yang mana dikatakan ramai boleh buat duit secara online. Begitu mudah diceritakan oleh Internet Marketer bahawa mereka boleh dapat duit beribu-ribu bahkan berpuluh ribu sebulan. Aku tidak menafikan bahawa tidak mustahil mereka boleh dapat sebanyak mana duit pun.

Lantaran daripada itu muncullah berbagai-bagai produk hiliran yang menyokong perkembangan dunia internet marketing seperti servis penyediaan perkhidmatan pendaftaran domain, hosting, reka web blog, ebook dan sebagainya. Pernahkah anda fikir internet marketing kah atau produk hiliran yang menyokong niche internet marketing yang memberi keuntungan yang besar? Anda boleh tanya penyedia perkhidmatan webhosting dan domain untuk mengesahkan yang mana lebih untung.

Internet Marketing di malaysia telah bermula beberapa tahun yang dahulu yang mana generasi IM yang awal sudah mula membina perniagaan offline yang mana aku berpendapat ia lebih mudah dan konsisten pendapatan mereka dari membina perniagaan online terutama produk digital seperti ebook. Jadi terpulang pada ilmu anda dimanakah anda hendak bermula berniaga sama ada perniagaan offline atau online (produk digital).

Jika anda hendak bermula dengan perniagaan online dalam niche tertentu, sebelum anda hendak membelinya, anda kena tanya diri anda beberapa kali sanggupkah anda melakukan kerja-kerja marketing, sanggupkah anda mengeluarkan kos sampingan untuk memulakan langkah dalam biz online? Adakah anda mendapat sokongan moral yang tinggi dari pihak keluarga ataupun teman hidup anda? Adakah anda buat kerana duit? Adakah anda jenis kurang sabar? Semua itu anda kena tanya diri sendiri dahulu anda sanggup melakukan apa yang mestiĀ  anda lakukan sekiranya anda ingin mendapat duit yang lumayan dari biz online.

Sebelum anda beli ebook, fikirkan dulu perkara-perkara di atas kerana jika anda beli ebook tetapi ia hanya disimpan dalam hard disk anda, ia tidak dapat memberi manfaat/pulangan duit kepada anda. Sebaliknya anda kehilangan duit dari poket anda.

Fikir-fikirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...