Monthly Archives: June 2009

Uncategorized

Sistem Saraan Malaysia (KISSM)

aku sekarang tengah mengiktui kursus Induksi sistem saraan Malaysia selama dua minggu lebih. Ia berkisar tentang dasar-dasar kerajaan dan profesion kita sebagai penjawat awam.
Buat masa sekarang mungkin kursus ini ada beberapa perkara yang tidak diperlukan. Setelah menjadi pentadbir nanti, ini semua amat diperlukan.

Uncategorized

5 Hari BerKursus

Sebagai bakal penjawat awam, aku harus mengikuti kursus BTN selama 5 hari.

Terlalu banyak ilmu pengetahuan tentang sejarah negara malaysia. Sebelum ini kita sudah belajar sejarah ketika di bangku sekolah tetapi apabila sudah lama, sudah pasti kita tidak mengingatinya lagi.

Pernah dalam rancangan RTM rakyat malaysia di tanya Apakah rukun negara? Sangat sedih kerana ramai yang tidak tahu.

Sebagai warganegara yang bertangungjawab, bacalah tentang sejarah negara kita. Apabila berlaku sesuatu isu, kita akan tahu dimana dan pihak mana yang telah silap faham terutama tuntutan yang bercanggah dengan perlembagaan negara.

Uncategorized

Ubat kuat

dalam minggu ni gigi aku sakit je. aku bubuh macam2 ubat. ubat gigi, kumur garam, makan fisherman friend, tak baik2 juga.

Aku teringat ‘ubat kuat’ yang tak pakai2 tu aku tenyeh kat gigi berlubang tu. Buleh tahan la… kebas habis… gusi pun kebas. kurang ckit sakitnya.

Aku pergi farmasi beli pil pain killer…. memang power dalam 30minit hilang terus sakit. besoknya kecut bengkaknya.

Awas! ubat ni adalah terkawal! Kena tulis nama alamat dan IC baru boleh beli… tak kisahler. aku nak wat penahan sakit sebelum aku cabut gigi nih. Habis je final exam ni aku terus cabut esok.

Uncategorized

Interaksi Terakhir

Cikgu lain cuti tapi aku berhempas pulas dalam cuti ini untuk aku mendapat diploma perguruan malaysia.
jika tiada aral melintang, tamatlah sudah belajar formal aku untuk kali ini.

banyak ilmu pendidikan yang aku dapat di IPGM Kampus Batu Lintang ini untuk aku gunakan di sekolah nanti.

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah yang mengajar kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...