Category Archives: Produk

Produk

Menguruskan Badan Secara HOLISTIK!

Apabila seseorang menghadapi masalah berat badan, perkara pertama yang selalu dilakukan ialah..

1- Deit!

2- Bersenam

3- Mendapatkan dan menggunapakai produk pelansingan

4- Mendapatkan rawatan di pusat-pusat pelansingan.

Semua teknik ini tidak salah, malah ada sesetengah darinya memang diakui berkesan dan dapat membantu anda menguruskan badan. Namun begitu, satu persoalan yang timbul, sampai bilakah anda perlu melakukan perkara ini? Adakah anda perlu menahan diri untuk makan makanan yang enak selamanya? Adakah anda perlu mengambil makanan kesihatan itu sehingga ke akhir hayat anda? Adakah setiap bulan anda perlu ke pusat pelangsingan untuk mendapatkan rawatan sehingga tua? Semua itu melibatkan kos perbelanjaan yang sangat tinggi… maklumlah, kaedah ubat-ubatan serta perawatan ini, selalunya, hanya memberikan kesan yang sementara sahaja. Apabila anda berhenti mengambilnya, tubuh anda akan mula membesar semula.

APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA?

Untuk menyelesaikan masalah “kurus sementara” ini atau “yo-yo effect” atau dikenali juga dengan nama”kembang-kempis” ini, satu kaedah rawatan secara “alami / semulajadi / natural” perlulah diguna pakai. Dimana, menerusi kaedah ini, KESANNYA ADALAH BERPANJANGAN, dan apa yang lebih penting! Ianya TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG KOS!.… saya namakan kaedah rawatan ini sebagai RAWATAN HOLISTIK!

Ianya adalah menggunakan sepenuhnya KUASA MINDA!

Dapatkan produk di sini 

Produk

Mercedes C200K

comel weh kereta ni….. tepuk poket tanya duit!

Ada hati nak pakai kereta ni? Memang ada!

Jom kita menikmati panorama mercedes c200k kompresor….

Agak-agak berapa harga kereta ni?? Tinggalkan komen ye….

Fully spec dan ada sunroof.

depanbelakangblakang 2sisilampu

Siapa kata cantik angkat tangan!!!

Produk

Strategi Pelancaran Semula Produk/Servis Sebagai Pemangkin Jualan

Oleh: Zamri Nanyan

Selepas beberapa ketika, produk anda mungkin akan mengalami tahap tepu di mana anda mungkin boleh melihat bahawa produk anda telahpun
dipasarkan di mana-mana sahaja di Internet, atau pun di sebaliknya, di
mana produk anda tidak dapat dijual langsung kerana terdapat persaingan yang hebat.

Dalam erti kata lain, produk anda telahpun melalui zaman kegemilangannya dan sekarang ianya menuju ke zaman kejatuhan. Perkara ini tidak mustahil walaupun produk anda merupakan produk yang berkualiti tinggi dan mempunyai permintaan yang tinggi suatu masa dahulu.

Hendak dibuang daripada pasaran, terasa sayang. Hendak diteruskan jualan, jualan pula tidak memberansangkan. Rakan JV atau affiliate anda yang dahulunya gah mempromosikan produk anda ini sekarang tidak lagi mempromosikannya.

Jadi, anda tentu perlukan cara baru untuk membangkitkan semula minat
orang ramai terhadap produk anda.

Disebabkan telah hampir habis strategi pemasaran dilakukan oleh anda
semasa mempromosikan produk anda tersebut, maka ianya logikal untuk
anda mencuba cara yang lain.

Di dalam contoh ini, salah satu cara yang berkesan ialah dengan melancarkan semula produk anda tersebut.

“Pelancaran Semula” produk bukanlah perkara yang asing lagi di dalam
strategi pemasaran. Di antara cara yang dilakukan oleh peniaga ialah
dengan melakukan satu atau perkara yang berikut:

1. menukar label atau penampilan produk

Jika produk anda ialah sebuah ebook, mungkin anda akan menukarkan ebook cover, banner atau keseluruhan laman web jualan. Menukarkan produk digital ke produk fizikal juga adalah salah satu daripadanya.

2. menulis semula surat jualan

Walaupun produk yang dijual adalah sama tetapi cara penyampaian di dalam surat jualan dilakukan dengan cara berlainan untuk menarik minat pasaran yang berlainan ataupun mensasarkan lagi pasaran yang sedia ada.

3. merombak kembali struktur komisyen

Sekiranya anda mempunyai komisyen jualan affiliate, pada masa inilah
penstrukturan semula komisyen boleh dilakukan. Mungkin sebelum ini
komisyen sebanyak 30% daripada hasil jualan tidak menarik minat ramai
pemasar atau rakan niaga anda, tetapi jika anda naikkan kominsyen
sehingga 60%, besar kemungkinan ianya akan membangkitkan semula
semangat mereka untuk mempromosikan produk anda.

4. menambah isi kandungan produk

Kebanyakan pembeli akan berasa lebih gembira sekiranya isi kandungan
produk yang anda jual bertambah lebih banyak daripada produk sebelumnya. Jika ebook yang anda jual dahulu cuma 100 mukasurat dan sekarang anda menjualnya dengan tambahan 75 mukasurat, mereka akan berasa bahawa anda telah menambah nilai produk tersebut walaupun apa yang anda lakukan mungkin cuma menambah beberapa bahagian yang perlukan penghuraian yang lebih terperinci daripada dahulu.

5. menilai semula harga produk

Memberikan lebih banyak kandungan produk anda dengan mengekalkan
harga sekarang (atau menurunkan harga) dapat juga menarik minat bakal pembeli terdahulu yang ingin mendapatkan produk anda tetapi masih ragu-ragu tentang harga dan kandungan produk anda. Dengan mengatasi masalah ini, anda mungkin memenangi semula hati bakal pembeli terdahulu.

Dari sini, anda boleh lihat bahawa pelbagai cara boleh dilakukan untuk
memulakan semula proses pelancaran semula produk anda yang sedia ada sekarang.

Proses pelancaran yang biasanya anda lakukan sebelum ini bolehlah
diaplikasikan semula seolah-olah produk yang anda akan lancarkan semula ini adalah produk baru.

Di antaranya ialah mengadakan peraduan jualan terbanyak bagi agen jualan anda, mencari rakan niaga yang baru, membeli iklan di laman web tertentu, melakukan joint-venture dan proses pra-pelancaran dan sebagainya.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet.

Lawati laman web beliau di sini
untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Produk

Super Pantas Web Browser

Minggu lepas Aku naik hangin dengan data ssqs. Setiap kali aku key in data ada sahaja error mysql database mereka. Gejala ini biasanya disebabkan oleh trafik yang tinggi di server pada satu-satu masa dan ada juga kemungkinan yang lain. Data ini mungkin ada kaitan fenomena index KRA, KPI, 1malaysia yang dicanangkan saban hari. Tujuan data kemungkinan untuk mengukur prestasi ICT di sekolah berapa bintang kamar boleh dapat. Schoolnet bagi sekolah kecik ni usah cakaplah jarang-jarang sekolah boleh pakai. Slow…..ciput.

Apa yang aku hangin sangat kerana aku sudah berusaha key in data tu bayangkan 5jam mengadap internet, satu sahaja dapat key in dengan jayanya. Siapa yang tak Hangin haa…..!!! error line 20 msql memanjang je. Aku call BTP mengadu kenapa lembap sangat dengan storan data di web ssqs tu? Lepas aku pot pet pot pet pada operator BTP, Diaorang kata boleh tak suruh PKG tolong key in kan? Aik…. PKG pun suruh kami di sekolah key in. Apa plak nanti pandang pada kami di sekolah?

Akhirnya aku meng google browser yang laju untuk di install. Jumpa macam-macam browser enigma, adobe air, maxthon, opera, realnetwork dan K-Meleon. Banyak lagi web browser di luar sana. Aku test setiap satu tetapi bagi aku K-Meleon paling laju dan stabil. pantos dan mantop gitu. Siap juga data ssqs sekolah aku dengan bantuan Celcom Broadband sendiri mpun dan K-Meleon. Tu pun memakan masa dua minggu untuk menyiapkan 40 data survey.

Produk

Wimax dah ada!

sesambil jejalan pergi shopping aku terpandang banner ‘wimax available at kuching call bla-bla…for subcribe.

Pada pemhaman aku line wimax dah ada dekat kuching ni. Sampai dekat shopping center aku tengok ada promoter buka meja untuk mempromosikan Wimax. Aku cuba dekati tengok muka cantik ke tak promoter dan bertanya kawasan saya ada ke tak line wimax ni? Mereka buka peta coverage dan saya tengok sendiri tiada liputan di tempat tinggal saya.

Tapi…biasalah mereka suruh isi form tanpa bayar apa-apa untuk teknition mereka pergi tengok. Aku kata tak payahlah sebab aku set tak mau pakai lagi.

Pandangan kali pertama awek Wimax ni aku dah tak berapa suka modemnya sebesar mangkuk berbentuk sfera jenama motorola. Pada saya ia memang besar.

Dari segi harga yang di tawarkan:

rm138/month utk line, rm25? kalau tak silap untuk modem.
kelajuan 1mbps downlink dan 384 uplink.
Setiap bulan kena bayar rm138 + rm25 sebulan.
Pasal ada kontrak ke tidak, saya tidak tanyapun.
16gb permonth usage bandwith berbanding celcom broadband 5gb/month.

Pada aku ia agak mahal bil bulanan tu. Ia masih baru di pasaran. Celcom sedang promosi gila-gila celcom broadband sekarang ni mungkin sedang merasakan bahang persaingan dengan Wimax kot!

Untuk matlumat lanjut layari laman web redtone

Ini promosi tidak berbayar. Saje je nak berkecek.

wokeh! wa jalan duluk’.

Produk

Happy Time!

Anda pernah guna prepaid Happy?

Apa yang aku dapat katakan, ia memang menjimatkan sama ada call ataupun sms.

Ini kelebihannya.

Call happy to happy RM0.99sen untuk panggilan maximum 45 minit.
Call Happy to other network (Maxis, Celcom, U mobile) RM0.99 sen untuk panggilan maksimum 15 minit.
Jika lebih dari 15 minit, setiap minit di kira RM0.33 sen seminit.
Jika panggilan di buat kurang dari 3 minit (untuk semua network) akan dipotong kurang dari RM0.99 sen. Aku pernah buat call dari Happy ke Celcom selama 1minit 29 saat hanya RM0.44 sen.

SMS pula untuk semua network hanya RM0.10 sen/sms

Kesimpulannya untuk yang suka buat panggilan, happy adalah pilihannya. Jika suka ber ‘sms’, happy juga adalah pilihannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...