Monthly Archives: March 2013

Kehidupan

Cari Ilmu

apa khabar para pelawat sekalian. harap anda sihat sejahtera.

amat mudah ilmu dapat di cari sekarang ini. pelbagai medium boleh di akses dengan pantas.

bagi yang sukakan live streaming, banyak juga sekarang admin web kongsikan secara live ceramah,tazkirah,cerita politik dan macam2 ragam.

bagi yang sukakan youtube, di sana juga terdapat banyak sangat ilmu dari para ustaz tersohor seperti ustaz azhar idrus, ustaz kazim alias, ustaz don dan ramai lagi. luangkan masa anda untuk melekat pada chanel kuliah di sana. Dengar banyak lagu yang melalaikan hati akan makin keras kerana makanan rohani tidak boleh dihidangkan dengan ilmu lain selain ilmu agama.

kebanyakan orang sekarang mempunyai akaun facebook. di sana juga banyak dikongsikan ilmu agama. carilah di sana. jangan hanya menulis di status….

boring eh…. taktahu nak buat apa eh… dan banyak lagi status mempaparkan tuan punya FB membiarkan rohani dalam diri kelaparan yang menakutkan. Kadang bukan tak tahu tapi asakan syaitan itu lebih menguasai diri yang sedia lemah.

di tv juga tidak kurang hebatnya bagi orang yang nak mencari ilmu. dengan munculnya siaran tv berbentuk agama seperti tv al hijrah banyak menjemput ustaz-ustaz hebat dari ilmu asas hinggalah ilmu yang tinggi seperti slot cinta ilmu yang menghuraikan kitab Hikam dimana kitab itu tidak boleh dibaca sendirian. mesti berguru supaya tidak sesat.

so…… apa lagi alasan kita untuk tidak mencari ilmu????? semua medium ada di hujung jari.

JANGAN PERBESARKAN SIFAT MALAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...