Tag Archives: Tema hari guru 2009

Uncategorized

Tema Hari Guru 2009

Aku bangga menjadi Guru. Tiada kata yang boleh diucapkan betapa bersyukur aku melihat anak didik aku yang naif, dari tidak dapat membaca, tercorot dalam kelas telah meningkat dapat membaca, menulis dengan kemas! Itu hanya sekelumit usaha dari aku untuk membina generasi akan datang. Generasi yang akan mendidik anak aku nanti.

Tema Hari Guru pada tahun ini:

Guru Pembina Negara Bangsa

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Klik untuk download Lagu Tema Hari Guru 2009!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...