Tag Archives: Dr. HM Tuah

Hantu Buku

Buku baru (jom mengetop)

alhamdulillah sudah selesai aku membaca buku hasil buah tangan Dr.HM Tuah Iskandar.

Bahasa yang digunakan pada kali agak kurang sedikit menggunakan bahasa percakapan dan saya selesa dengan pengurangannya. Bagi saya jika terlalu banyak penggunaan bahasa percakapan, orang yang tak biasa dengan motivasi gaya Dr. Tuah ni, akan cepat boring. Saya pernah pinjamkan buku pada kawan bertajuk Nak jadi Jadi. Kawan saya baca sekejap je pastu terus pulangkan buku tu pada saya. Saya dah agak tak akan lama dia baca buku tu. Mungkin ia tak biasa dengan gaya penulisan macam tu.

Banyak intipati macamana nak jadikan diri termotivasi sepanjang masa di ceritakan dalam buku ini dan mudah untuk di amalkan seperti apa yang perlu dibuat ketika bangun pagi, cara mandi, penampilan diri dan sebagainya.

Ada juga diceritakan perkaitan warna dengan kehidupan dan teknik mengenali diri melalui bulan kelahiran kita. tidak wajib betul harus salah tetapi ia sebagai panduan sekurang2nya kita tahu kelebihan dan kekurangan kita. Perlebihkan sikit kelebihan itu anda akan jadi cemerlang insyallah.

Jom jadi cemerlang!

Uncategorized

Bacalah…. Dengan nama Tuhanmu.

Membaca jambatan ilmu. Aku membaca apa sahaja. Sekarang aku membaca topik motivasi. Sebuah buku dibeli di MPH Spring. Tulisan dr. HM Tuah. Aku terpandang di rak. Tajuk buku tu Buat Sampai Jadi. Oh! Teruja aku lantas aku mengambil dan Harganya RM10 sahaja. Buku setebal 317 muka surat! Tahniah Dr. HM Tuah kerana berani meletakkan harga semurah itu.

Sinopsis buku Buat Sampai Jadi.

pendekatan yang agak rilek yang sarat dengan ilmu dan pengajaran yang merupakan kisah benar yang terjadi disekeliling saya(Dr. Tuah). Binalah motivasi anda untuk menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Anda hendaklah melakukan sesuatu itu sampai jadi dengan disiplin dalam pemikiran yang positif. Biar orang lain melihat diri anda hebat dan luar biasa bagus.

Buku ini memberikan anda motivasi supaya bermuhasabah diri agar sentiasa tenang, sabar dan yakin kepada diri sendiri kerana itu adalah sikap orang mukmin yang baik. Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.

Berfikirlah agar anda memperolehi kecemerlangan dan jadilah diri anda sendiri.

Buku Buat Sampai Jadi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...