Monthly Archives: April 2012

Uncategorized

Pc Fair 2012 kuching 6-8 april.

Kali kedua tahun ini ia telah diadakan di Borneo konvensyen center di kuching.

Kali pertama menjejak kaki ke sana terasa tempat itu sangat sesuai, selesa dan dewan yang luas. Tempat parking pun banyak. Tahniah diucapkan kepada penganjur kali ini. Kalau buat di Permata dulu seingat aku sekali sahaja aku pergi dan tempat itu agak lemas dengan sempit dewan dan tempat parking yang terhad.

Apa yang menarik kali ini?

Bagi aku yang terbiasa dengan pc/laptop/sparepart ni rasanya tidak ada sangat benda baru. Ia lebih kepada free gift yang banyak. Dari segi harga barang-barang, ada yang murah dan ada yang harga biasa-biasa tengok di wisma saberkas.

Hari tu aku 2 kali pergi untuk beli pc desktop. Memula survey harga dulu sebelah pagi. Sebelah petang pergi dekat wisma Saberkas tengok spec yang sama dengan booth pc fair. ada sesetengah barang lebih murah di wisma saberkas tetapi stok tidak ada. Stok banyak di pc fair. jadi aku dengan costumer mengambil keputusan membeli di wisma saberkas sahaja di beberapa kedai kerana part yang dikehendaki tidak ada kedai itu. jadi terpaksa beli beberapa part di kedai lain.

 

Sebelum membeli kami dah tanya di pc fair jika beli pc desktop ada gift tak? mereka tidak ada free gift untuk pc. hanya netbook, notebook sahaja ada free sampai 20 item. baucer pakson pun ada!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...