Mungkin pembaca sudah tahu bahawa antara punca rezki kita bertambah luas ialah dengan menyambung silaturrahim.
Dalam hadis sohih imam bukhari meriwayatkan maksudnya:
Siapa yang suka untuk dilapangkan rezkinya dan dipanjangkan usianya hendaklah ia menyambung silaturrahim.
Ini bermakna sesiapa yang menjaga silaturrahim maka dia dapat dua perkara kelapangan rezki dan panjang umur. Ini promosi dan tawaran terbuka sepanjang masa oleh Allah.
Terdapat banyak hadis yang diriwayatkan oleh imam besar akan peri pentingnya pengaruh silaturrahim dalam berkembang harta benda dan menjahkan kemiskinan sehingga ahli maksiatpun jika mereka menjaga silaturrahim, harta mereka semakin berkembang dan jauh dari kefakiran.
Bagaimana untuk merialisasikan saranan silaturrahim?
Imam Ibnu Abi Jamrah berkata, Silaturrahim itu boleh dengan harta, dengan memberi keinginan mereka, dengan menolak keburukan dari mereka, denga wajah yang berseri-seri serta dengan doa.
Hanya dengan mempamerkan muka yang berseri-seri kepada kaum keluarga kita sudah dianggap menyambung silaturrahim. Dan yang paling mudah ialah kita berdoa supaya kaum keluarga kita sejahtera di dunia dan di akhirat. Insyallah.