Monthly Archives: August 2011

Kehidupan

Bulan Puasa

Assalamualaikum semua.

Bulan puasa tiba lagi. alhamdulillah kita dipertemukan lagi bulan yang penuh keberkatan ini. Sedar tidak sedar hari ini hari keenam kita berpuasa. Sedikit demi sedikit ia akan meninggalkan kita. Insyallah kita rebut sebanyak mungkin amalan yang wajib dan sunat mudah-mudahan puasa tahun ini lebih bermakna buat kita semua.

Kita berpuasa adalah kerana kewajipan yang telah ditentukan oelh Allah. Iaitu menahan lapar dan dahaga di siang hari sehingga masuknya maghrib.

Para ustaz memberikan kuliah macam-macam tentang kelebihan berpuasa, puasa yang diterima, berpuasa yang hanya dapat lapar dan dahaga, puasa yang meliputi semua anggota pancaindera dan lain-lain lagi. Mungkin kebanyakan kita dah diperingatkan tetapi sifat manusia selalu lupa, seolah-olah kita baru je mendengar benda baru. lupa pun nikmat juga tu.

Apa yang saya nak kongsikan ialah hikmah berpuasa.

Kenapa apabila kita berpuasa kita seperti buntu memikirkan apa yang boleh menaikkan selera kita ketika bersahur dan berbuka? Pernahkah kita jengok apa yang ada peti ais. Apa bahan mentah yang sudah dibeli. kita masak sahaja apa yang ada. Tetapi ia tidak begitu. Kita memikirkan untuk makan supaya puasa nanti tidak rasa lapar. tidak rasa dahaga. Apakah itu menepati hikmah berpuasa?

Apa kata kita ubah sikit cara berbuka dan bersahur puasa ni. Nak?

Cuba kita buat gini. Tujuan berpuasa ialah supaya kita dapat merasai perit lapar dan dahaga supaya kita dapat memikirkan beginilah rasa orang yang miskin beserta lapar. Terbangkan fikiran kita jauh ke negara miskin seperti Afrika yang kita dapat tengok hanya kulit sahaja membalut tulang mereka seolah-olah kita boleh kira berapa ketul tulangnya.

Jadi kalau kita bersahur sampai kenyang dan berbuka sampai kenyang, tidak ada apa lagi hikmat berpuasa. Silap-silap lepas bersahur, tidur balik dan kesudahannya subuh gajah. Berbuka sampai kenyang silap-silap tidak larat lagi nak berterawikh. Solat maghrib pun dekat nak isya’ kerana melayan kekenyangan. Paling tidak kita semua pernah alami situasi sebegini.

Ada orang berbangga kerana bersahur awal tengah malam tetapi tidak rasa lapar di siang hari. Dia mungkin tidak tahu bukan kira tidak lapar dan tidak bersahur dekat nak masuk subuh tetapi itu sunnah nabi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...