Category Archives: Uncategorized

Bermula sekali lagi

Assalam para pelawat sekalian.

Blog ini sudah agak lama tidak dikemaskini. Masa tuannya banyak dihabiskan di Facebook.

Artikel di blog ini dibenarkan copy paste untuk di terbitkan semula di blog/facebook anda dengan syarat anda kreditkan di akhir artikel seperti ‘kredit to: MohdZamri.com

Artikel dalam blog ini tidak menggambarkan pandangan yang kekal penulis terhadap sesuatu isu. Ia mungkin berubah mengikut ilmu yang ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Anda semua boleh ambil panduan yang diceritakan dalam blog ini tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan situasi anda.

 

Balik kampong 4

Insyallah jika tiada aral melintang, kami sekeluarga akan pulang ke kampong meninggalkan sementara borneo tempat kami mencari rezki.

Ada beberapa barang kiriman yang belum lagi dibeli yang ditambah pada saat-saat akhir. Kalau dah terbang mintak maap le nak order baru. Order tahun bolehlah.

Kepada yang order tikar rotan, kami tak dapat nak penuhi kerana baru semalam kami pergi membeli di serikin. Hari ni tidak sempat lagi nak pergi. Jadi lain kali lah.

Balik kampong kali ini poket sudah hampir kosong. Kena berhati-hati sikit mengawal nafsu makan dan membeli barangan. Kali ini agak lama berada di kampong bermula esok sehingga 26 disember baru pulang ke borneo. lebih sebulan bercuti.

Aku menjangkakan banyak aktiviti yang sedang menunggu di sana. Satu rahmat juga balik kampong kali ini musim hujan dan kereta adik2 tak dapat pinjam kerana musim hujan mereka pakai kereta untuk ke tempat kerja. Jadi dapatlah aku bagi alasan ketidakhadiran ke sesuatu majlis.

isnyallah kali ini aku nak pergi jalan-jalan sekitar bandar kuala terengganu. Ada beberapa kawan lama dan baru disana jika tiada aral, kami ingin menziarahi kampong mereka.

ok lah aku nak berhenti dah sebab takdok idea nak tulih blog kali ini. Tulis panjang2 kang, orang kata syok sendiri lak.

ok wassalam…………….

Seribu Dinar

Berapa banyak orang mengamalkan ayat seribu dinar. Ada yang baca selepas solat wajib, baca pagi dan petang dan macam2.

Yang harunya gantung didinding buat hiasan. Tidak memberi manfaat pada pemilik. Mungkin ada ‘harapan’ pemilik agar mudah rezki dan boleh jadi kaya.

Adakah dengan buat begitu anda rasa berkesan? Berapa lama anda amalkan benda tu tapi masih juga ditakuk lama. Tenggelam dalam kehidupan rat race? Masih lagi bekerja dan masih lagi berada dipangkat yang lama? kena cek balik kalau masih lagi ditakuk lama. apa yang tidak kena…..

Setiap apa yang kita buat mesti bermula dengan niat. Paling dibimbangi ialah takut ia sudah menjadi kebiasaan atau rutin.

Mafhum daripada ayat al-quran ‘tidak Aku jadikan jin dan manusia selain beribadat kepadaku’

Balik Kampong

Hari ini aku sekeluarga akan terbang balik kampong di besut terengganu. Kali pertama balik untuk tahun ini.

Ada banyak kerja yang menanti aku di kampong nanti.

Sudah tentu tidak terlepas dari kenduri sanak saudara sana sini.

Kalau tidak ada aral banyak tempat nak lawat nanti.

Jika anda dah ternampak post ini bermakna saya dah sampai di kampong……..

Kadar OPR di naikkan 25 mata asas – 2nd in 2010

semalam jengok kat business times online untuk melihat perkembangan terbaru tentang kadar BLR / BFR semasa… Boleh rujuk di sini

jengok pula kt maybank2u juga mereka dah semak balik kadar BLR akibat dari kenaikan OPR kepada 25 mata asas.

Maybank to revise deposit and BLR rates

Press Release
14 May 2010

Maybank today announced that it will be revising its deposit and base lending rates effective Tuesday, 18 May 2010, in line with the increase in the Overnight Policy Rate (OPR) by 25 basis points.

Maybank deposit rates will be revised upwards, by up to 25 basis points.

“We are seeing deposit interest rates now higher than the inflationary rate, and this is beneficial to deposit customers as there is a net positive effect on their savings,” said Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, President and CEO of Maybank.

The base lending rate (BLR) of Maybank will be revised upwards by 25 basis points from 5.80% p.a. to 6.05% p.a. while the base financing rate (BFR) of Maybank Islamic Berhad will similarly be increased by 25 basis points to 6.05%.

The last revision in Maybank’s BLR and Maybank Islamic’s BFR was on 9 March 2010 when they were revised from 5.55% p.a. to 5.8% p.a.

Membina aset

aku nak cerita sikit tentang membina aset.

Ada orang kata rumah adalah liabiliti kerana mengeringkan poket kita setiap bulan.

Ada orang kata rumah itu adalah aset kerana ia adalah milik kita. Nama rumah tu pun nama kita.

Ada orang kata rumah besar pun tak guna sebab semua tu bukan boleh bawa lubang kubur pun.

Ada orang kata takpolah macamanapun rumah tu beli dari mana atau buat sendiri pun nak duduk hanya tunggu mati jer.

Apapun asal bahagia.

Apa aku anggap rumah itu? Setelah bertungkus lumus membaca tentang rumah dan setelah dibuat kira-kira dan berbincang dengan orang rumah dan akauntan yang dilantik… aku mengambil keputusan untuk membeli rumah. Ia bukan sekadar menumpang tidur sementara menunggu mati. Ia bukan sekadar keindahan dunia yang kata orang ‘tidak boleh bawa kubur pun’ tetapi ia lebih daripada itu. Sekarang masanya untuk aku mempraktikkan apa yang aku baca dan belajar tentang hartanah. Sekarang sudah mampu bertindak dari segi kemampuan ilmu, kemampuan kewangan.

Situasi aku sekarang aku percaya rumah aku beli tu adalah aset untuk masa 3 tahun dari sekarang. Ia tentang bagaimana menggunakan kemampuan kewangan yang terhad ini untuk membina aset.

Rumah adalah satu tool untuk aku membina aset. ada benda lain lagi yang boleh kita bina aset melaluinya.

APAPUN…..apa ayng anda fikirkan, ANDA MEMANG BETUL.

Nak dengar tak cerita aku?

ok.

Aku nak cerita tentang buku pulak dalam artikel aku kali ini. Pernah tak anda baca berulang kali buku yang dibeli selain dari buku berbentuk akademik?

Baca kali pertama macamana rasa? Faham tak apa yang dibaca? Sapa kata baca sekali je tak faham…. Boleh faham jika anda pengamal teknik speed reading tony buzan. Main ‘scan’  ‘capture’ je masa bacaan cepat. Tangkap point penting je.

Saya ulang sekali lagi faham tak apa yang dibaca sehingga 80%? Dapat 80% ? wah…hebat! luar biasa!

Tetapi realitinya tidak begitu. mungkin ada yang dapat 80% baca kali pertama. Apa kata kita baca kali kedua buku yang dibeli tu? Apa yang kita dapat?

Saya akan dapat ‘sesuatu’ bila baca kali kedua. Kali ketiga baca saya dapat lagi ‘sesuatu’ yang baru dalam buku yang sama.

Makin faham. Jadi….. jika tak beli buku baru tu… belek-belek lah buku-buku lama yang anda beli itu.

Insyallah anda akan dapat ‘benda baru’ dalam buku itu.

Pinjam kata prof.izuddin.

Renung2kan! selamat beramal!

Cerita Sedekah

pernah tak anda sedang makan, datang peminta sedekah bagi salam….

Anda toleh padanya : Dalam hati oh kesiannyer…. matanya tak nampak dan dipimpin oleh orang lain. Anda bagilah seringgit dua mudah-mudahan dia dapat makan malam itu.

Situasi lain… anda tengah makan datang orang minta duit anda toleh padanya… ya allah segar bugar… tiada cacat anggota!  jawab salam takpelah kak lain kali lah. Dalam hati tubuh sihat macam tu pun nak minta duit ke? Jika anda bagi juga duit, anda memang baik hati!

Kereta baru

aku nak bercerita sikit tentang kehidupan aku, kawan-kawan sekuliah di maktab satu ketika dahulu. Dulu kami awal bulan je saling bertanya khabar sesama sendiri. Anak sihat ke tidak dan sebagainya. pelbagailah perntanyaan tapi biasanya bermula dengan…. elaun kita bila masuk haaaa? Pokai doh ni… Almaklumlah kami kebanyakannya dah beristeri, bersuami dan beranak-pinak.

Terasa baru semalam suasana itu berlalu tetapi ia sudah berlalu setahun yang lepas. Rasa seronok pun ada, suka pun ada, sedih pun ada. Seronoknya sama-sama datang ke maktab untuk intraksi semasa cuti sekolah. Agak letih tetapi ketawa sakit perut bila kami mengadakan sesi mikroteaching. Macam-macam gaya bakal-bakal cikgu membuat demo mengajar budak tua. Bermacam-macam Bahan bantu mengajar digunakan. Bermula dengan kertas manilakat, benda maujud, alat silap mata dan lain-lain.

Cerita kawan saya pulak…. erm…. dulu naik motorsikal, kereta lama…. sekarang sudah upgrade! Ada beli Alza, exora, saga BLM, Myvi dan tidak kurang juga Honda! Semua tu brand new. Maknanya kereta baru lah tu. Ada yang bijak lagi sudah beli rumah baru ratus ribu. Alhamdullilah suka tengok kawan-kawan sihat ‘maju ke depan’ , selesa dengan kereta baru dan rumah baru….

Itu cerita kawan-kawan. Aku pulak macamana? Nampak ada perkembangan? Alhamdullilah tak sia-sia aku melabur untuk ilmu yang pelbagai. Tidak murah dan mudah untuk kita mencari ilmu. Perlu banyak pengorbanan dari segi duit, masa dan tenaga. Aku tidaklah upgrade kereta baru. Masih dengan kereta lama tu yang masih elok. Bukan tidak mampu tetapi ada benda lain yang lebih penting dari kereta baru. Sebagai gantinya aku beli motor baru yang sesuai dengan keperluan aku untuk ke tempat kerja. Sebelum ini aku tiada motorsikal. Buat masa sekarang tahap kewangan aku jadi nyawa ikan jika upgrade kereta baru yang menelan rm700 sebulan itu. Maklumlah kawan-kawan kami mungkin tiada hutang Ptptn tetapi kami berdua ada hutang Ptptn yang masih belum jelas.

Kami dah buat kira-kira menggunakan excel custom made yang telah dibuat formula untuk melihat kemampuan kewangan kami jika nak beli kereta baru tetapi malangnya ia amat berisiko untuk membuat hutang baru 9 tahun. Jadi kami ambil keputusan untuk ‘tahan hati’ menginginkan kereta baru. Biar kawan-kawan beralza, berlivina, berexora dulu. Kami tidak mampu! Apabila pelaburan kami matang dalam tiga tahun lagi, insyallah akan kami pertimbangkan.

Sudah pasti aku akan menggunakan konsep OPM untuk memiliki kereta idaman.

Apa yang perlu diketahui oleh Forex Trader

Semakin ramai manusia malaysia menerjun kodok ke dalam forex trader dek kerana terkesan dengan keuntungan lumayan dalam masa yang singkat.

Saya ada banyak juga real case study berjumpa secara besemuka dengan forex trader yang juga kawan- kawan saya. Kenapa trading forex? Kerana tak perlu keluar rumah, trading depan pc/laptop je dan untung besar! Dia mula bersemangat bercakap tentang keuntungan. Bayankan dalam masa 6 bulan 1k prinsipal, boleh dapat 4K! Saya tidak pelik sebenarnya dan trader boleh dapat sebanyak tu.

Selang beberapa bulan dalam bulan keenam saya jumpa dia balik. Bukan saya datang nak sembang pasal forex tapi nak ziarah. Dia bercerita aku malam tadi tak dapat nak tidur la yie… Kenapa pulak? Saya tidur sampai subuh boleh jaer.. hehe. Aku ‘loss’ [rugi dalam forex] malam tadi semua habis dalam 1 minit termasuk modal! Berapa nilai 1 lot masuk? Aku masuk 1 lot 30usd. Mak ai….. ini bukan lagi terjun kodok. ini kamikaze!

Moral of the story…. forex tidaklah senang. Amat sedikit yang berjaya dapat profit yang berterusan tapi banyak yang Loss! rugi la tu.

Saya tidaklah nak bercerita panjang tentang forex ni tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah forex itu tentang hukumnya, kesan kepada ekonomi dan negara.

saya tidak akan menyamakan forex dlam mana-mana kotegoripun tetapi saya menyeru kepada forex player terutama melalui internet, Buka minda anda… baca artikel terbaru ustaz zaharudin mengenai forex. Jangan kritik saya ye…. Saya hanya menyampai apa yang baik dan boleh diikuti. Terpulang kepada anda nak pakai atau tidak..

Baca artikel di sini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...