Category Archives: Uncategorized

Kamikah yang bersalah? [baca guru]

Saya sangat sedih melihat bayi yang telah mati dihurungi semut yang di tinggalkan oleh manusia bersifat binatang. Hanya tahu pandai buat dan tak tahu bertanggungjawab. Hati apakah manusia jenis ini????

Saya teringat anak saya dirumah sebaik sahaja melihat gambar di utusan melayu hari ini dan tak sanggup menatap lama-lama gambar arwah bayi itu dalam keadaan sedemikian rupa. aduhai….mengucap panjang saya.

Saya kembali bermuhasabah adakah saya melaksanakan tanggungjawab mendidik di sekolah? Setiap hari jika saya mengajar waktu awal pagi saya bertanya anak murid siapa sembahyang subuh hari ini?? Amat malang tiada seorangpun sembahyang subuh. Saya persoalkan apa guna saya mengajar kamu teori dan amali solat sejak dari kamu tahun 1 sehingga sekarang tahun 5?? Pedulikan ahli keluarga kamu yang tak solat. Sekarang saya dah ajar kamu solat. Bukan tanggungjawab kamu nak ajar orang lain. Kamu dulu belajar bertanggungjawab laksanakan perintah Allah!

Di sekolah saya bertanggungjawab mengajar kamu dan tolong solat di rumah!

Terpulang kepada individu

zaman matlumat ini kita terdedah kepada kepelbagaian pendapat dan pandangan.

Adakala ia bersifat peribadi, kadangkala ia bersifat peribadi tidak mewakili lambang yang dianuti.

Tuan/puan yang dihormati, setiap masalah ada penyelesaian. Setiap pendapat tidak semua boleh dipakai oleh semua individu. Pemahaman yang mendalam kepada masalah amat perlu jika kita hendak menggunakan sesuatu teknik yang tertentu.

Sebagai contoh strategi perancangan kewangan atau matlamat kewangan setiap orang adalah unik dan tidak sama keperluan dan kehendaknya. Tidaklah cukup dengan hanya membaca beberapa buah buku yang mencadangkan perancangan kewangan dan terus laksanakan apa yang telah diajar dalam buku.

Orang kata ‘cash is King’. Adalah tidak bijak kita menabung tetapi dalam masa yang sama kita menggunakan kad kredit tanpa pemantuan dan kemampuan membayar balik. Tidak bijak juga kita ada hutang Ptptn tetapi dah mula buat pelaburan.

Untuk makluman peminjam Ptptn jika membayar rm50 sebulan, tidak cukup! Interest setiap bulan adalah sekitar rm48. (ini berdasarkan kepada 3% servis atas baki berkurang) dengan jumlah hutang 29k.

Bak kata pakdi, simpan dulu bila cukup target, mulalah melabur.

Asas perancangan kewangan ialah SIMPANAN.

Service buat blog – Kini Percuma!

Updated! 14/02/2011

Ok untuk masa terhad ini saya ingin menawarkan kepada anda buat blog berbayar secara percuma!

Ye! Percuma. Macamana tu?

Saya akan membina blog anda menggunakan wordpress.

Saya jamin servis saya percuma!

Apa yang perlu anda sediakan?

Saya beri pilihan kepada anda webhosting. Anda yang pilih!

Netkl.com pakej BASIC

Jomhosting.net pakej mini 100mb beserta dengan domain name.

Apa yang anda perlu buat?

Beli pakej netkl rm60 setahun free domain .com ATAU Beli pakej jomhosting rm45 setahun termasuk domain .com

Anda boleh beli sendiri atau saya tolong belikan untuk anda!

Kos setup blog adalah percuma!

Terbuka kepada newbie yang belum ada blog berbayar sahaja. Kepada yang dah ada blog .com, servis percuma saya tidak sah kerana anda sudah pandai setup sendiri.

Cepat! tawaran terhad kepada 5 orang sahaja!

Sila hubungi saya untuk matlumat lanjut.


Anda tentukan!

Selepas selesai membaca dua buah buku berkaitan dengan hartanah, ada beberapa benda baru yang aku tak tahu dan ada juga aku pernah dengar dari cerita kawan-kawan.

Anda telah graduate dan bekerja sepadan dengan gaji orang keluar U, ada seorang isteri dan dua orang anak. Anda memikirkan gaji anda 2K sebulan dan isteripun 2K.

Anda telah tahu beberapa syarikat takaful telah menyediakan pelan takaful untuk pendidikan anak-anak  di  masa akan datang.  Plan itu bersifat serampang dua mata . Ia sebagai perlindungan dan simpanan. Jika anak dapat 5A dalam upsr, syarikat takaful akan memberi hadiah berbentuk duit. Anda mungkin seorang yang leka tentang perbelanjaan apa kata aku buat potongan takaful untuk dua anak aku sebanyak rm200 sebulan. Jika tidak potong atau bayar secara manual, akan ada terlepas nak bayar. Lagipun kalau tak ambil takaful duit gaji aku akan habis jugak. Ye tak ye jugak kan….? Kita pun buatlah potongan biro angkasa rm200 sebulan. Idea ini memang baik jika ilmu kita belum lagi luas.

Hint: Jika kita mempunyai banyak komitmen bulanan, potongan rm200 sebulan adalah besar untuk masa sehingga 20tahun!

Sebenarnya banyak cara/ tools yang boleh merealisasikan harapan kita untuk pendidikan anak-anak di masa hadapan. Dengan kemampuan kewangan suami isteri 4K sebulan, kita mampu menggunakan teknik ini untuk mengoptimumkan konsep leveraj dan menggunakan duit orang lain untuk mencapai tujuan kita. Saya percaya bangsa peniaga di negara kita sudah lama menggunakan cara ini untuk masa depan pendidikan anak-anak mereka.

Berbekalkan 10% duit deposit untuk membeli rumah, kita ambil contoh pinjaman bank kena bayar rm400 sebulan dan kita dah kaji lokasi rumah yang kita beli itu dapat diberi sewa sebanyak rm600 sebulan. Bermakna kita dapat lebihan rm200(positif cashflow) sebulan. Jadi nampak tak disini kita telah menjadikan instrumen rumah untuk tujuan pendidikan anak 20tahun akan datang. Setiap bulan sudah ada pasif income rm200 sebulan. Kita ambil tempoh dalam 10 tahun insyallah bilangan rumah sewa makin bertambah yang mana memberi positif cashflow kepada kita setiap bulan.

Jadi dengan rumah sewa itu kita dapat menampung anak kita untuk pendidikan tinggi. Terpulanglah untuk terus mengutip sewa atau jual yang mana nilai rumah itu semakin meningkat saban tahun.

itu sahaja untuk perkongsian pada kali ini. sebarang komen amat dihargai.

sumber gambar

SPAM comment

Aku hangin dengan SPAM comment ni!

Tiap-tiap hari ada masuk comment biasa dari rusia…

Langkah bermula

Berbicara tentang kehidupan hari-hari kita tidak terlepas memikirkan tentang penggunaan wang.

Dulu….masa bergaji rm800 sebulan, hidup sehari-hari merasa cukup. Alangkah baiknya aku dapat gaji rm1500 sebulan! Banyak benda akan dibeli. rm800 pun dulu kita merasa bahagia dan tidak pernah putus makanan. Badanpun sihat.

Sekarang… bergaji hampir 2.5k sebulan, hidup hari-hari merasa cukup. Tetapi nafsu terasa besar. Disusuli pula dengan teori -teori kewangan yang baru dipelajari hidup terasa mampu pakai Mercedes!

Tetapi dengan ilmu kewangan yang dipelajari menidakkan dan mengekang hawa nafsu besar untuk memiliki barang-barang mewah. Jika tersilap langkah barangan mewah itu akan melemaskan aku setiap bulan. Alhamdulillah nafsu aku masih terkawal.

So…. ilmu baru tentang pelaburan dan kewangan insyallah akan aku pelajari dari semasa ke semasa. Ia tidak pernah habis.

Dan… sebagaimana tajuk di atas, aku dah bermula dengan portfolio pelaburan aku bukan satu tapi… 2 jenis poftfolio pelaburan.

Insyallah semoga Allah memudahkan urusan aku kelak.

Berapa kali nak berazam daa…

Azam tahun ni? Sambung azam tahun lepas yang belum tercapai…

Apa yang penting tahun ini aku nak perbaharui azam tahun lepas.

Aksen…..buat jer.

Kenapa jadi macam ni?

panas juga isu ini. Saya percaya orang luar dari bidang perguruan tidak mengetahui dengan terperinci beban kerja di sekolah. Penulis telah menjawab balik isu yang telah di jawab oleh KPM. anda boleh dapatkan disini….read more.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua pengunjung blog ini semoga kita dapat berkongsi pelbagai perkara mudah-mudahan ia menjadi panduan kepada kita semua.

Insyallah kami akan balik berhari raya di kampong pada raya ketiga.

p/s: tak dapat balik awal kerana tiket percuma baru dapat. Penerbangan MAS dari 24bh hingga 28hb sudah penuh. Terpaksala kami balik 29hb. Niat kami untuk sertai korban tahun ini tidak terlaksana. Insyallah tahun depan.

Gambar menceritakan segalanya

tayar c200k

Rim sport asal c200k kompresor

c200k

Snapshoot C200k  orang punya  di Kuching.  Banyak kereta mewah berlegar di kuching Sarawak neh… Tiap kali keluar mesti jumpa c200k dan Alphard. Tetapi didominasi oleh kaum Peniaga bangsa Non Bumi. Faham2 sendirilah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...