Kamikah yang bersalah? [baca guru]

Saya sangat sedih melihat bayi yang telah mati dihurungi semut yang di tinggalkan oleh manusia bersifat binatang. Hanya tahu pandai buat dan tak tahu bertanggungjawab. Hati apakah manusia jenis ini????

Saya teringat anak saya dirumah sebaik sahaja melihat gambar di utusan melayu hari ini dan tak sanggup menatap lama-lama gambar arwah bayi itu dalam keadaan sedemikian rupa. aduhai….mengucap panjang saya.

Saya kembali bermuhasabah adakah saya melaksanakan tanggungjawab mendidik di sekolah? Setiap hari jika saya mengajar waktu awal pagi saya bertanya anak murid siapa sembahyang subuh hari ini?? Amat malang tiada seorangpun sembahyang subuh. Saya persoalkan apa guna saya mengajar kamu teori dan amali solat sejak dari kamu tahun 1 sehingga sekarang tahun 5?? Pedulikan ahli keluarga kamu yang tak solat. Sekarang saya dah ajar kamu solat. Bukan tanggungjawab kamu nak ajar orang lain. Kamu dulu belajar bertanggungjawab laksanakan perintah Allah!

Di sekolah saya bertanggungjawab mengajar kamu dan tolong solat di rumah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *