Author Archives: yie

Khas untuk pengguna celcom, maxis dan Pengguna telco lain

Khas Buat Pengguna CELCOM, MAXIS & Pengguna Telco lain

Anda nak tak?
Bila orang top up rm5 anda dapat RM 0.65
Bila orang top up rm10 anda dapat RM 1.30
Bila orang top up rm30 anda dapat RM 3.90
Bila orang top up rm50 anda dapat RM 6.50
Ini bukan jual top up, tapi cara nak jadikan handphone anda sumber pendapatan anda.
Berminat?
Komen ” PM” dibawah saya akan PM anda

jana pendapatan melalui telefon
jana pendapatan melalui telefon

Apa itu Tone WOW Unlimited Data?

updated ! 27/20/2023

 

TOne WOW sudah ada Unlimited Data dan Calls pada harga RM55.00 – wasap saya sekarang untuk join 011 2020 9989

 

Tone excel ialah program rujukan komuniti yang menggunakan simkad prepaid telah bekerjasama dengan Digi yang menawarkan pelbagaikan kelebihan antaranya:-

1- Menawarkan cash rebate 3 % setiap kali diri sendiri topup kredit

2- Menawarkan komisen topup kumpulan sehingga 26% setiap kali ahli-ahli dalam kumpulan topup kredit. ingat tu… SETIAP KALI MEREKA TOPUP.

4- Unlimited Data

5- Menawarkan hadiah cabutan bertuah sepanjang tahun berupa duit tunai.

untuk matlumat lanjut bagaimana kita nak jadikan telefon bimbit kita menjana pendapatan sampingan yang LUMAYAN tanpa mengganggu kerja kita sekarang, mohon tuan/puan masukkan nama dan email di bawah.

Klik DI SINI Sekarang!

Saya akan ajar teknik yang terhebat di dunia hanya menggunakan telefon bimbit sahaja!

Cari Ilmu

apa khabar para pelawat sekalian. harap anda sihat sejahtera.

amat mudah ilmu dapat di cari sekarang ini. pelbagai medium boleh di akses dengan pantas.

bagi yang sukakan live streaming, banyak juga sekarang admin web kongsikan secara live ceramah,tazkirah,cerita politik dan macam2 ragam.

bagi yang sukakan youtube, di sana juga terdapat banyak sangat ilmu dari para ustaz tersohor seperti ustaz azhar idrus, ustaz kazim alias, ustaz don dan ramai lagi. luangkan masa anda untuk melekat pada chanel kuliah di sana. Dengar banyak lagu yang melalaikan hati akan makin keras kerana makanan rohani tidak boleh dihidangkan dengan ilmu lain selain ilmu agama.

kebanyakan orang sekarang mempunyai akaun facebook. di sana juga banyak dikongsikan ilmu agama. carilah di sana. jangan hanya menulis di status….

boring eh…. taktahu nak buat apa eh… dan banyak lagi status mempaparkan tuan punya FB membiarkan rohani dalam diri kelaparan yang menakutkan. Kadang bukan tak tahu tapi asakan syaitan itu lebih menguasai diri yang sedia lemah.

di tv juga tidak kurang hebatnya bagi orang yang nak mencari ilmu. dengan munculnya siaran tv berbentuk agama seperti tv al hijrah banyak menjemput ustaz-ustaz hebat dari ilmu asas hinggalah ilmu yang tinggi seperti slot cinta ilmu yang menghuraikan kitab Hikam dimana kitab itu tidak boleh dibaca sendirian. mesti berguru supaya tidak sesat.

so…… apa lagi alasan kita untuk tidak mencari ilmu????? semua medium ada di hujung jari.

JANGAN PERBESARKAN SIFAT MALAS.

Beraya puasa 2012

assalam tahun ini aku sekeluarga akan beraya di kuching sahaja.

ada banyak sebab kenapa beraya di sini sahaja.

1- seminggu sebelum puasa dah balik sekejap untuk berjumpa mata dengan mertua kerana beliau akan ke Mekah.

2- Cuti hujung tahun tak lama lagi tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Kami akan balik cuti hujung tahun ini.

3- jika balik pun, mertua tidak ada di kampong. Dia beraya di Mekah.

4- Kad kredit hampir limit jadi tak berani dah berhutang lagi.

5- Duit cash tidak berapa ada untuk beli tiket hampir 9 ribu pergi balik itu.

6- Nak beraya dengan rumah baru di sini……..

7- tidak ada lagi.

Menguruskan Badan Secara HOLISTIK!

Apabila seseorang menghadapi masalah berat badan, perkara pertama yang selalu dilakukan ialah..

1- Deit!

2- Bersenam

3- Mendapatkan dan menggunapakai produk pelansingan

4- Mendapatkan rawatan di pusat-pusat pelansingan.

Semua teknik ini tidak salah, malah ada sesetengah darinya memang diakui berkesan dan dapat membantu anda menguruskan badan. Namun begitu, satu persoalan yang timbul, sampai bilakah anda perlu melakukan perkara ini? Adakah anda perlu menahan diri untuk makan makanan yang enak selamanya? Adakah anda perlu mengambil makanan kesihatan itu sehingga ke akhir hayat anda? Adakah setiap bulan anda perlu ke pusat pelangsingan untuk mendapatkan rawatan sehingga tua? Semua itu melibatkan kos perbelanjaan yang sangat tinggi… maklumlah, kaedah ubat-ubatan serta perawatan ini, selalunya, hanya memberikan kesan yang sementara sahaja. Apabila anda berhenti mengambilnya, tubuh anda akan mula membesar semula.

APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA?

Untuk menyelesaikan masalah “kurus sementara” ini atau “yo-yo effect” atau dikenali juga dengan nama”kembang-kempis” ini, satu kaedah rawatan secara “alami / semulajadi / natural” perlulah diguna pakai. Dimana, menerusi kaedah ini, KESANNYA ADALAH BERPANJANGAN, dan apa yang lebih penting! Ianya TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG KOS!.… saya namakan kaedah rawatan ini sebagai RAWATAN HOLISTIK!

Ianya adalah menggunakan sepenuhnya KUASA MINDA!

Dapatkan produk di sini 

Free VPN dan Berbayar VPN

Assalam.

Sejak kebelakangan ini bila timbul Broadband 1 malaysia yang disediakan oleh Celcom dan Maxis, Benda alah VPN ni laku macam goreng pisang panas.

Amende VPN atau Virtual Private Network ni? Sila tanya pakcik google.

Aku berpendapat VPN ni bukan untuk melajukan internet tetapi lebih berfungsi sebagai ‘nak jimatkan bandwith’ yang ditetapkan oleh ISP seperti celcom dan maxis.

Ia juga berfungsi lebih kepada bypass atau dapat mengelakkan daripada web-web yang di sekat oleh ISP. Maksudnya kita boleh buka web yang telah disekat apabila kita menggunakan VPN ini.

VPN ni ada yang free dan ada yang berbayar.

Antaranya yang terbaik seperti Free VPN dari US  .

Yang berbayar dari luar negara memang banyak. tanya je lebai google.

Yang berbayar dari Malaysia pun ada juga

LayanVpn

ServerFreak VPN 

Supervpn 

Hiburan mendidik jiwa

Islam tidak melarang hiburan asalkan tidak lari dari tujuannya. Jika hiburan menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah, ia sudah jauh menyimpang. Mutakhir ini aku tengok ada juga penyanyi yang berzikir menggunakan petikan gitar. Setahu aku dengan ilmu bab ini yang tidak diupgrade sejak dari tahun 1996 hingga sekarang, sebagaimana para ustaz di sekolah dulu mengatakan alat muzik yang bertali seperti gitar tidak boleh digunakan dengan alasan ia akan menyebabkan kita hanyut dalam menikmati alunan/petikan gitar itu. Wallu a’lam.

Berbalik pada tajuk, hiburan mendidik jiwa yang menjadi Tagline radio IKIM malaysia. Dari dulu sejak mula bersiaran, aku tak suka sangat dengar radio ini kerana pengisiannya hanya bersembang dan memutarkan lagu dimana kadang2 lagu yang dimainkan sama saja dengan radio popular lain. Ada rentak pop. Itu dulu zaman 99-2002 gitu. Sekarang, aku ucapkan SYABAS! kepada radio IKIM kerana banyak siaran dan bahan yang berbentuk ilmiah seperti slot dr. muhaya, ustaz zaharudin, dr. mohamad al bakri dan lain-lain.

Semalam (28.5.2012) semasa aku memandu ke Saberkas, aku mendengar slot Y.Bhg. Ustaz Pahrol Mohd. Juoi membicarakan tentang takdir. Amat menarik untuk diulang dengar tika kita dilanda musibah, ujian dari Allah.

Banyak antara kata-katanya yang menyebabkan aku bergenang airmata sebab betapa betul kata-kata itu.

 

Jom sama-sama kita audit tahap penerimaan kita terhadap takdir.

Audio yang boleh di download di web IKIM di sini.

Download Now

Pc Fair 2012 kuching 6-8 april.

Kali kedua tahun ini ia telah diadakan di Borneo konvensyen center di kuching.

Kali pertama menjejak kaki ke sana terasa tempat itu sangat sesuai, selesa dan dewan yang luas. Tempat parking pun banyak. Tahniah diucapkan kepada penganjur kali ini. Kalau buat di Permata dulu seingat aku sekali sahaja aku pergi dan tempat itu agak lemas dengan sempit dewan dan tempat parking yang terhad.

Apa yang menarik kali ini?

Bagi aku yang terbiasa dengan pc/laptop/sparepart ni rasanya tidak ada sangat benda baru. Ia lebih kepada free gift yang banyak. Dari segi harga barang-barang, ada yang murah dan ada yang harga biasa-biasa tengok di wisma saberkas.

Hari tu aku 2 kali pergi untuk beli pc desktop. Memula survey harga dulu sebelah pagi. Sebelah petang pergi dekat wisma Saberkas tengok spec yang sama dengan booth pc fair. ada sesetengah barang lebih murah di wisma saberkas tetapi stok tidak ada. Stok banyak di pc fair. jadi aku dengan costumer mengambil keputusan membeli di wisma saberkas sahaja di beberapa kedai kerana part yang dikehendaki tidak ada kedai itu. jadi terpaksa beli beberapa part di kedai lain.

 

Sebelum membeli kami dah tanya di pc fair jika beli pc desktop ada gift tak? mereka tidak ada free gift untuk pc. hanya netbook, notebook sahaja ada free sampai 20 item. baucer pakson pun ada!

 

Sony Vaio Y Series 11.6′ vs Lenovo Thinkpad Edge e125 11.6′

Dua bulan lepas salah seorang mahu membeli laptop. Dia pernah pakai Acer, Toshiba sebelum ini. Paling teruk ialah acer yang boleh dikatakan common fault lebih mainboard. Pengalaman aku sebelum ini banyak rungutan dari costumer bahawa produk acer banyak problem terutama laptop. Sekiranya costumer aku nak juga brand Acer, aku beli juga selepas diceritakan masaalah yang selalu berlaku. Bukan aku mendabik dada bahawa brand lain tiada masalah. Laptop Compaq Presario aku sendiri pakaipun  3 kali tukar mainboard kerana cpu AMD Turion 64 x2 ni cepat panas. Kalau tokey kedai yang jujur, dia akan cakap laptop Acer banyak dihantar balik kepada mereka kerana masalah yang sama iaitu mainboard. Pernah juga salah seorang costumer aku baru beli 2 hari laptop, dia kemalangan bersama laptop Acer baru beli tu. Skrin pecah dan DVD ROM pecah. memang tiada warranty bila berlaku macam tu. Aku hantar repair kat Highpoint habis rm2100. Laptop tu harga dekat 3 ribu masa tu.

OK! berbalik pada cerita seperti tajuk di atas, Brand Sony Vaio Y series dan Lenovo ThinkPad E125 ni aku cuba beli untuk beberapa costumer aku.

Sony Vaio Y Series 11.6′ AMD E450 APU

Brand ni aku beli 2 unit. Satu tu ditambah hingga 6gb DDR3 Ram ( asal 2gb RAM) dan ditukarkan windows 7 Starter kepada Windows 7 Ultimate. Sebelum tukar windows, aku masukkan RAM. sistem bios boleh detect 6gb Ram tetapi lembap juga jika gunakan windows 7 Starter. Jadi aku tukarkan kepada windows 7 Ultimate barulah laju. Untuk pengetahuan, Windows 7 Stater hanya support RAM setakat 2bg sahaja. Jika kita tambah jadi 6gb pun, ia tak memberi kesan kepada tahap kelajuan proses loading windows 7. Jadi tak guna jika tak tukar windows 7 Stater tapi tambah RAM.

Jika orang tanya Brand ni OK ke…. Tahan ke… aku tak boleh nak jawab sebab baru 2 kali beli brand ni. Tunggu beberapa tahun lagi tengok boleh tahan ke tak. Ia lebih mahal dari brand Lenovo yang sama kategori. Mungkin mahal kerana ia brand SONY.

Lenovo ThinkPad Edge e125  11.6′ AMD E450 APU

Model ini dari segi spesifikasinya, ia sama dengan model Sony Vaio Y series di atas. Ia tidak didatangkan dengan windows tetapi dengan FreeDos OS (open source). Ia lebih murah berbanding brand Sony Vaio. Satu je aku tak berapa suka dengan brand ni touchpad. Nampak pelik sikit. Nak copy brand asal IBM pun, tak perlulah nak kekalkan touchpad gitu… aku rasa model thinkpad je macam ni. model lain touchpad dah macam brand lain2.

Ramai orang berasa sangsi dengan brand lenovo ni. Mereka cakap tak pernah dengar brand ni. Bila aku cakap kenal tak IBM? Barulah mereka rasa yakin sikit dengan model ni. Seingat aku, pernah juga aku beli brand ni dulu tahun 2007. Bila aku tanya kawan aku yang beli brand ni dulu, sampai sekarang masih elok. Tak pernah tukar lagi hardware nya. cuma windows je berapa kali kena format dan install baru kerana masuk virus. Masa tu brand ni memang dibawah IBM. Support driver pun ambil dari web IBM. itu dulu. Sekarang ia 100% milik company dari China.

Pagi Sabtu yang Indah

assalamualaikum.

Bangun pagi ambil wudu’ dan bersedia untuk solat subuh. Ini perkara yang pertama kita kena buat sebagai hamba kepada pencipta.

Kedua kita memuji Allah dalam zikir subnallah, alhamdulillah Allahu Akbar dan berdoa jika kita tak nak dilabelkan bongkak dengan pencipta. Ikhlas dalam doa dan tidak jemu meminta kerana kita tidak tahu apa yang telah ditulis di loh mahfuz.

Selesai zikir digalakkan membaca ma’thurat kerana banyak faedah didalamnya. Saya bercerita pun tak guna bagaimana nikmat sekira kita mengamalkannya kerana hanya yang membacanya sahaja tahu nikmat itu.

Sebelum lipat sejadah baca al-quran barang sehelai dua kerana insya allah al-quran akan membantu kita di akhirat kelak. Kalau kita baca dengan betul dan bertajwid, ada kajian mengatakan bacaan panjang dan pendek itu ada unsur terapi pernafasan kerana bacaan bertajwid betepatan dengan panjang pendek helaan nafas kita. jika tak sampai bacaan, sebagai contoh suara kita semput nak habiskan dengung enam harakat, itu tanda suara kita mengalami masaalah. Kan bagus kalau kita tahu sehingga itu?

OK? Semoga kita bertambah bagus dan cemerlang hari ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...