Author Archives: yie

Bermula sekali lagi

Assalam para pelawat sekalian.

Blog ini sudah agak lama tidak dikemaskini. Masa tuannya banyak dihabiskan di Facebook.

Artikel di blog ini dibenarkan copy paste untuk di terbitkan semula di blog/facebook anda dengan syarat anda kreditkan di akhir artikel seperti ‘kredit to: MohdZamri.com

Artikel dalam blog ini tidak menggambarkan pandangan yang kekal penulis terhadap sesuatu isu. Ia mungkin berubah mengikut ilmu yang ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Anda semua boleh ambil panduan yang diceritakan dalam blog ini tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan situasi anda.

 

Bulan Puasa

Assalamualaikum semua.

Bulan puasa tiba lagi. alhamdulillah kita dipertemukan lagi bulan yang penuh keberkatan ini. Sedar tidak sedar hari ini hari keenam kita berpuasa. Sedikit demi sedikit ia akan meninggalkan kita. Insyallah kita rebut sebanyak mungkin amalan yang wajib dan sunat mudah-mudahan puasa tahun ini lebih bermakna buat kita semua.

Kita berpuasa adalah kerana kewajipan yang telah ditentukan oelh Allah. Iaitu menahan lapar dan dahaga di siang hari sehingga masuknya maghrib.

Para ustaz memberikan kuliah macam-macam tentang kelebihan berpuasa, puasa yang diterima, berpuasa yang hanya dapat lapar dan dahaga, puasa yang meliputi semua anggota pancaindera dan lain-lain lagi. Mungkin kebanyakan kita dah diperingatkan tetapi sifat manusia selalu lupa, seolah-olah kita baru je mendengar benda baru. lupa pun nikmat juga tu.

Apa yang saya nak kongsikan ialah hikmah berpuasa.

Kenapa apabila kita berpuasa kita seperti buntu memikirkan apa yang boleh menaikkan selera kita ketika bersahur dan berbuka? Pernahkah kita jengok apa yang ada peti ais. Apa bahan mentah yang sudah dibeli. kita masak sahaja apa yang ada. Tetapi ia tidak begitu. Kita memikirkan untuk makan supaya puasa nanti tidak rasa lapar. tidak rasa dahaga. Apakah itu menepati hikmah berpuasa?

Apa kata kita ubah sikit cara berbuka dan bersahur puasa ni. Nak?

Cuba kita buat gini. Tujuan berpuasa ialah supaya kita dapat merasai perit lapar dan dahaga supaya kita dapat memikirkan beginilah rasa orang yang miskin beserta lapar. Terbangkan fikiran kita jauh ke negara miskin seperti Afrika yang kita dapat tengok hanya kulit sahaja membalut tulang mereka seolah-olah kita boleh kira berapa ketul tulangnya.

Jadi kalau kita bersahur sampai kenyang dan berbuka sampai kenyang, tidak ada apa lagi hikmat berpuasa. Silap-silap lepas bersahur, tidur balik dan kesudahannya subuh gajah. Berbuka sampai kenyang silap-silap tidak larat lagi nak berterawikh. Solat maghrib pun dekat nak isya’ kerana melayan kekenyangan. Paling tidak kita semua pernah alami situasi sebegini.

Ada orang berbangga kerana bersahur awal tengah malam tetapi tidak rasa lapar di siang hari. Dia mungkin tidak tahu bukan kira tidak lapar dan tidak bersahur dekat nak masuk subuh tetapi itu sunnah nabi.

Menulis…

semangat menulis tidak ada… terbiar blog seketika. artikel terakhir pada bulan mac 2011.

selamat membaca!

terima kasih

Nak apa lagi?

Assalamualaikum pelawat semua. Setiap hari kita mesti OK! luar biasa bagus dan hebat sekali. Banyak kerja yang kita nak buat setiap hari menuntut tubuh badan kita berada pada tahap yang ‘mantop’ sekali.

Setiap orang normal pasti mahu hidup selesa dan bahagia. Walaupun tiada tindakan atau pekerjaan yang membolehkan seseorang hidup selesa sekurang-kurangnya ia berfikir untuk hidup lebih baik dari sekarang. Nak hidup selesa tetapi melakukan pekerjaan dan rutin yang sama. Susahlah gitu.

Aku ingin menyentuh mutakhir ini bermacam-macam nama program untuk membantu kita hidup selesa, kaya dan bahagia. Berbagai-bagai nama seperti ‘terapi minda’ ‘aura reiki’ ‘hukum tarikan’ ‘rahsia tarikh lahir’ magnet itu ini, evolusi itu ini dan macam-macam lagi rahsia-rahsia yang tidak rahsia pun. Sekadar memanipulasi kekeliruan otak kita dengan kata kunci ‘rahsia’.

Adakah tidak ada pilihan lain selain menghadiri kursus-kursus sedemikian? Bukankah nabi kita berpesan aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya Kitab Allah dan Sunnah Nabinya.

Sebelum anda menghadiri kursus sedemikian tanya dulu diri anda. Adakah anda buat perkara wajib sebagai seorang islam? seperti solat 5 waktu yang cukup dan sempurna? Adakah anda baca al-quran setiap hari dan hayati maknanya? Adakah anda berzikir selepas solat?dan banyak lagi perkara2 yang harus kita lakukan untuk rehatkan dan tenangkan minda kita.

Semuanya dah ada dalam Al-Quran! Bacalah,Carilah,Galilah,Bergurulah, insya allah anda akan jumpa ketenangan dan anda akan jumpa apa yang anda cari selama ini.




 

 

Beli atau Tidak?

aku nak kongsi beberapa perkara hari ini tentang dunia Internet yang mana dikatakan ramai boleh buat duit secara online. Begitu mudah diceritakan oleh Internet Marketer bahawa mereka boleh dapat duit beribu-ribu bahkan berpuluh ribu sebulan. Aku tidak menafikan bahawa tidak mustahil mereka boleh dapat sebanyak mana duit pun.

Lantaran daripada itu muncullah berbagai-bagai produk hiliran yang menyokong perkembangan dunia internet marketing seperti servis penyediaan perkhidmatan pendaftaran domain, hosting, reka web blog, ebook dan sebagainya. Pernahkah anda fikir internet marketing kah atau produk hiliran yang menyokong niche internet marketing yang memberi keuntungan yang besar? Anda boleh tanya penyedia perkhidmatan webhosting dan domain untuk mengesahkan yang mana lebih untung.

Internet Marketing di malaysia telah bermula beberapa tahun yang dahulu yang mana generasi IM yang awal sudah mula membina perniagaan offline yang mana aku berpendapat ia lebih mudah dan konsisten pendapatan mereka dari membina perniagaan online terutama produk digital seperti ebook. Jadi terpulang pada ilmu anda dimanakah anda hendak bermula berniaga sama ada perniagaan offline atau online (produk digital).

Jika anda hendak bermula dengan perniagaan online dalam niche tertentu, sebelum anda hendak membelinya, anda kena tanya diri anda beberapa kali sanggupkah anda melakukan kerja-kerja marketing, sanggupkah anda mengeluarkan kos sampingan untuk memulakan langkah dalam biz online? Adakah anda mendapat sokongan moral yang tinggi dari pihak keluarga ataupun teman hidup anda? Adakah anda buat kerana duit? Adakah anda jenis kurang sabar? Semua itu anda kena tanya diri sendiri dahulu anda sanggup melakukan apa yang mesti  anda lakukan sekiranya anda ingin mendapat duit yang lumayan dari biz online.

Sebelum anda beli ebook, fikirkan dulu perkara-perkara di atas kerana jika anda beli ebook tetapi ia hanya disimpan dalam hard disk anda, ia tidak dapat memberi manfaat/pulangan duit kepada anda. Sebaliknya anda kehilangan duit dari poket anda.

Fikir-fikirkan.

Di takuk lama

pagi ni rasa nak kongsikan sesuatu. log-in blog ni dan bersedia memerah otak.

Bagaimana dengan anda hari ini? Ok…. OK.. OK. OK! Ye gitulah hendaknya. Hidup kita mesti OK kerana tiap-tiap semangat kita naik turun. Orang sentiasa mencanak2 semangat setiap hari tu mungkin ada.

Bagaimana kehidupan anda sekarang? Adakah sudah dapat kerja bagus? Gaji lumayan? Alhamdulillah anda memang berkembang dari dulu.

Tetapi adakah anda berpuashati dengan gaji sekarang? [ saya nak tiru gaya orang MLM closing prospek ]. Lima tahun dulu gaji anda tidak selebat gaji anda sekarang. betul? Bayangkan 5 tahun akan datang komitmen anda sudah pasti bertambah. Dapat anak baru, dapat Bini baru, upgrade kereta baru, renovate rumah dan sebagainya! Betul…gaji anda akan bertambah setiap tahun tapi adakah cukup untuk menampung kehidupan anda 5 tahun akan datang? Apa kata tuan pertimbangkan bisnes yang akan saya kongsikan pada tuan! Ok dah cukup la tu nanti orang MLM marah kat saya pulak. Kita kan kawan….

Ok berbalik pada topik kita di atas. Gaji anda semakin besar tetapi nafsu anda jika tidak dikawal, akan menjadi besar juga. Nafsu seringkali dapat dipenuhi dengan memiliki barang-barang yang ‘selesa’, ‘ermmm tak banyak ni tambah duit’ dulu rm500 sebulan kalau aku upgrade kereta baru tambah sikit lagi jadi rm800 sebulan. Mampu lagi tu nak pakai kereta ni. Apa kata Yang, kita tukar kereta ni nak? Maka tukarlah kita kereta yang baru. Kereta lama masih ada sikit lagi 1tahun lagi bayar habis le…. Kereta baru ni loan paling panjang 9 tahun! Ok kita congak mudah kereta lama rm300 sebulan. kereta baru rm800 sebulan. Komitmen/liabiliti kita bertambah dari rm300 sebulan menjadi rm1100 sebulan. Nampak tak disini poket kita sudah bocor. Kereta itu liabiliti dan susut nilai. Itu baru bab kereta. Yang lain-lain yang bila keluar kedai je dah susut nilai.

Apakah saya kata itu salah? Saya tak kata kan.. Saya cuba cari punca kenapa setiap bulan gaji kita cukup-cukup makan walaupun gaji sudah beribu-ribu sebulan. Kalau jumpa orang MLM mungkin anda akan join kerana dijanjikan pulangan sekian-sekian sekiranya kita buat seperti dia buat.

Tak cukup dengan satu punca yang saya kongsikan? Ok saya kongsi lagi. Kawan saya pernah kata begini: Yie! kalau mu masih ada ibu dan ayah, jagalah mereka baik-baik. Berbaktilah kepada mereka sebelum mereka pergi mengadap ilahi. Insyallah yie, mu tak akan miskin! Sebelum bercerita lebih lanjut, dia tekankan bukan dia nak menunjuk diri nya baik dan cakna pada ibu nya tetapi sebagai pengajaran untuk dikongsikan. Setiap kali dia balik, dia akan hulurkan duit pada mak dia. Duit yang dimasukkan tiap-tiap bulan, itu kira lain. Dia dah tukar rumah mak dia dengan rumah baru.

Mungkin anda silap di situ yang menyebabkan duit sentiasa tidak cukup?

wallahu a’lam saya tak tahu.

10% kita, 10% orang

apa khabar anda hari ini?

Saya? Luar biasa bagus dan hebat sekali! Ok sangat2.

Kemana program anda hari minggu ni?

Rutin minggu macam biasa kena kemas rumah dan basuh baju yang 2 hari lepas dikumpul2.

Hidup kita tidak dapat tidak memerlukan kehadiran orang lain untuk membantu kita. Kita tak mampu nak buat semua perkara yang kita perlukan sebagai asas untuk hidup. Apatah lagi barangan mewah yang juga memerlukan kepakaran orang lain untuk memenuhi kehendak mewah kita. Terfikir juga kita company yang buat barangan mewah ni untuk jangkamasa yang lama boleh hidup ke mereka?

Tetapi ternyata company tu boleh bertahan dengan barangan mewah yang dikeluarkan. Maksudnya pembeli sentiasa ada di dunia ni. Sudah semakin kaya manusia ni dari sudut kemewahan dunia.

Sebagai orang islam kita tidak menolak kemewahan. Kita juga teringin beralih angin memiliki barangan mewah seperti kereta berjenama. Nak kata keperluan tu, tidaklah sangat tetapi seringkali ditipu oleh ‘keselesaan’. Untuk membeli keselesaan kadang2 kita membuat kiraan mudah berapa lagi tinggal duit kita selepas ditolak perbelanjaan semasa. Katalah ada lebih RM1500 sebulan. Mulalah kita fikir nak tukar kereta yang ‘selesa’ sikit. Tak pandang dah kereta jenama proton. Mula intai brand toyota. setakat rm1200 sebulan tu, lepas….! gaji berbaki rm300 lagi! banyak tu…. konon nye lah!

persoalannya ialah adakah kita menerima konsep ‘pay yourself’ dalam agenda kewangan anda? Adakah anda menerima bahawa rezki yang diberi Allah itu sebenarnya pinjaman? Adakah anda menerima rezki yang kita dapat tu sebenarnya ada Hak orang lain?

Jika anda menerima konsep sedemikian, anda seharusnya bertindak! Tidak cukup merenunginya tanpa berbuat apa2. Tidak perlu lagi ‘berkalau2’ kerana ia tidak mengubah apa-apa untuk menjadikan dunia ini lebih baik.

Dalam agenda bajet bulanan kita, elemen 10% pay yourself first dan 10% sebagai pemberian dengan niat yang ikhlas, seharusnya wajib ada! **

sekian.

** admin tidak bertanggugjawab atas apa2 kerosakan sekiranya anda mengikut nasihat ini. dapatkan nasihat kewangan profesional yang bertauliah pilihan anda.

Cuti Terakhir 2010

Salam sejahtera semua. Apa anda rasa hari ini? Anda yang tentukan.

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2010. Kalau tengok tv, mereka buat liputan program yang dijalankan sepanjng tahun ini sebagai refleksi mereka.

Akhbar perdana juga menyelitkan peristiwa besar yang berlaku sepanjang tahun ini seperti pembunuhan jutawan kosmetik, isu PKFZ, buang bayi dan banyak lagi isu besar yang lain.  sekadar menyebut beberapa isu sahaja.

Ibu bapa juga sibuk menyediakan pelbagai kelengkapan untuk sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi. Jika anak ramai yang bersekolah, sudah tentu perbelanjaan membeli keperluan sekolah mereka juga besar. Tidak cukup dengan bantuan kewangan rm500 bagi pekerja sektor awam.

Salah satu isu besar juga ialah isu subsidi yang dibentangkan oleh pihak berkenaan. Kata mereka, jika subsidi masih dikekalkan, negara kita akan bankrap tahun 2019. Mungkin itu berdasarkan unjuran yang dibuat oleh pihak pegawai yang terlibat. Anehnya kita akan bankrap pada 2019 dan kita akan jadi negara maju pada tahun 2020. Betul-betul pelik bin ajaib! Jadi rentetan daripada itu subsidi dicadangkan akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Setakat ini tidak ada lagi mogok besar-besaran menentang isu kenaikan barang-barang seperti kenaikan minyak. Tetapi apa yang dikesali ialah cubalah bercakap benar. Pihak berkenaan berkata tidak ada lagi kenaikan minyak selepas kenaikan ini tetapi tidak sampai sebulan selepas mengeluarkan kenyataan sedemikian, alih-alih minyak dinaikkan lagi….. Apa kita nak buat? Terpaksa juga kita beli walaupun tak setuju kerana kereta pakai minyak petrol. Bukan pakai air liur.

Azam tahun baru sudah bermula untuk direalisasikan. Pengalaman yang lalu kita jadikan sempadan untuk membina hidup di tahun akan datang.

Menegak menurun dalam hidup itu adalah rahmat untuk kita.

rezki datang dan pergi

Rezki hak milik mutlak Allah subhanahu wataala. Kita hanya diberi pinjam supaya diuruskan dengan sebaik mungkin.

Bila diberi rezki, dianjurkan kita bersedekah ke jalan Allah. Ada lebih beri lebih. Ada sedikit beri sedikit. Tidak betul setiap hari berdoa supaya kita menjadi kaya dan jutawan. Ubah sedikit paradigma doa supaya kita dapat memberi lebih banyak sedekah pada jalan Allah. Kalau minta kaya sahaja ditakuti dan dibimbangi kita akan terpesona dengan nikmat dunia sehingga terlupa melabur dalam nikmat akhirat yang kekal abadi. Kemana lagi kita jikalau tidak ke akhirat nanti. Sesuatu yang pasti berlaku.

Cerita dua tiga hari ni di kampong banyak berlaku kecurian di kejiranan. Rezki yang makin bertambah tiba-tiba hilang sekelip mata. Satu malam sahaja. Siapa sangka siapa menduga semua itu? Alangkah ruginya jika masa rezki yang bertambah tetapi kita menangguhkan pemberian sedekah masa itu. Bila sudah tiada rezki, tidak perlu kita ber’kalau’2 lagi kerana rezki itu sudah ditarik.

Tidak perlu lagi kita mengharapkan rezki yang ditarik akibat kecurian itu. Yang penting kita tumpukan apa yang akan terjadi akan datang dengan melakukan tindakan untuk menghindarkan harta kita dari dicuri sekian kalinya. itu yang lebih baik.

Insyallah ada hikmahnya nanti mungkin rezki yang akan datang ditambah dengan berlipat kali ganda.

Apa yang penting…… Alhamdulillah.

Bertambah dan Berkurang

Banyak benda ia bertambah dan berkurang dalam diri kita.

Salah satunya Iman. Pasang surut itu adat iman kita didada.

Kita bukan maksum. Kita selalu buat dosa. Pagi macam ulamak. Petang macam Ulam mamak.

Pagi beriman. Petang Kafir.

Tiap hari kita kena pastikan yang kita beriman. Kena buat apa yang disuruh. Kena tinggal apa yang dilarang. Mudah cakap tapi bukan mudah untuk dilaksanakan. Tidak terkecuali aku sendiri.

Tiap hari kita bertambah tanggungjawab. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab. Kita kena bertangunggjawab supaya kita mendapat teman yang bertanggungjawab. itu resamnya.

Kita nak anak kita berjurus kerana dulu kita adakala tidak berjurus kepada mak bapak kita. Kita kena usahakan tambah ilmu untuk jadikan anak kita berjurus kerana kita takut anak kita buat macam kita buat pada mak bapak kita.

Minta ampun dan maaf ya Allah.

Maafkan hambamu ini…….

?????? ???? ??????.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...