Cuti Terakhir 2010

Salam sejahtera semua. Apa anda rasa hari ini? Anda yang tentukan.

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2010. Kalau tengok tv, mereka buat liputan program yang dijalankan sepanjng tahun ini sebagai refleksi mereka.

Akhbar perdana juga menyelitkan peristiwa besar yang berlaku sepanjang tahun ini seperti pembunuhan jutawan kosmetik, isu PKFZ, buang bayi dan banyak lagi isu besar yang lain.  sekadar menyebut beberapa isu sahaja.

Ibu bapa juga sibuk menyediakan pelbagai kelengkapan untuk sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi. Jika anak ramai yang bersekolah, sudah tentu perbelanjaan membeli keperluan sekolah mereka juga besar. Tidak cukup dengan bantuan kewangan rm500 bagi pekerja sektor awam.

Salah satu isu besar juga ialah isu subsidi yang dibentangkan oleh pihak berkenaan. Kata mereka, jika subsidi masih dikekalkan, negara kita akan bankrap tahun 2019. Mungkin itu berdasarkan unjuran yang dibuat oleh pihak pegawai yang terlibat. Anehnya kita akan bankrap pada 2019 dan kita akan jadi negara maju pada tahun 2020. Betul-betul pelik bin ajaib! Jadi rentetan daripada itu subsidi dicadangkan akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Setakat ini tidak ada lagi mogok besar-besaran menentang isu kenaikan barang-barang seperti kenaikan minyak. Tetapi apa yang dikesali ialah cubalah bercakap benar. Pihak berkenaan berkata tidak ada lagi kenaikan minyak selepas kenaikan ini tetapi tidak sampai sebulan selepas mengeluarkan kenyataan sedemikian, alih-alih minyak dinaikkan lagi….. Apa kita nak buat? Terpaksa juga kita beli walaupun tak setuju kerana kereta pakai minyak petrol. Bukan pakai air liur.

Azam tahun baru sudah bermula untuk direalisasikan. Pengalaman yang lalu kita jadikan sempadan untuk membina hidup di tahun akan datang.

Menegak menurun dalam hidup itu adalah rahmat untuk kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *