cikgu xxx dengan gitarnya melakukan aktiviti permainan…mata murid diikat kain… memetik gitarnya sambil menyanyi ‘nenek- nenek tak jadi bongkok! siang mengantuk malam berjaga…
cikgu xxx dengan scrabble dan caturnya sebagai ganti P&P PJK tak dapat PJ kerana hujan.
Ustaz zamri bimbang dan buntu mengajar anak muridnya yang tak dapat mengenal bacaan panjang dan pendek…
Ustaz xxx yang semangat memberi motivasi singkat untuk murid tahun enam yang masih berbulan madu.. tak sedar diri nak UPSR tahun ini!
Ustazah xxx yang bunyi hujung2 je suaranya ketika dia marah…
cikgu-cikgu lain duk sibuk menaip,men scan soalan untuk ujian bulanan kali kedua hujung bulan ni..
Datang pula jogaton, ceriaton, bacaton, macam2 ton memohon derma demi murid-murid.
Tersengih budak-budak bila cikgu ceti jadian datang untuk mengutip yuran tertunggak… bayar 20sen! bayar sikit2 lama-lama jadi bukit. Hah!ni sorang ni bila mau bayar haaa…….. sikda belanja cikgu… Oh kesiannya…
Mana pergi duit KWAPM?
Sinopis buku ini:
Selama ini kita beraggapan bahawa pangkat, kekayaan dan kuasa mampu membuatkan kita berpengaruh. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja biarpun tidak dihalalkan oleh agama atau menyalahi norma masyarakat.
mungkin kita tidak perasan sebenarnya ada beberapa orang di sekeliling kita yang masih berpengaruh secara semulajadi. Maksudnya tanpa jampi dan serapahpun, kita mampu membuatkan semua orang mengatakan YA kepada pendapat kita. Ini yang disebutkan seni mempengaruh.
Ilmu pengaruh : Bukan jampi, Tetapi seni ini harus dimiliki oelah mereka yang bekerja secara berkumpulan, tidak kira di peringkat atasan mahupun pekerja sokongan. Selepas mendalami ilmu pengaruh ini, ayuh lekas mencubanya!
Ingat! Biar kita pengaruh orang. Jangan kita dipengaruhi!
Dapatkan buku tersebut!
alhamdulillah sudah selesai aku membaca buku hasil buah tangan Dr.HM Tuah Iskandar.
Bahasa yang digunakan pada kali agak kurang sedikit menggunakan bahasa percakapan dan saya selesa dengan pengurangannya. Bagi saya jika terlalu banyak penggunaan bahasa percakapan, orang yang tak biasa dengan motivasi gaya Dr. Tuah ni, akan cepat boring. Saya pernah pinjamkan buku pada kawan bertajuk Nak jadi Jadi. Kawan saya baca sekejap je pastu terus pulangkan buku tu pada saya. Saya dah agak tak akan lama dia baca buku tu. Mungkin ia tak biasa dengan gaya penulisan macam tu.
Banyak intipati macamana nak jadikan diri termotivasi sepanjang masa di ceritakan dalam buku ini dan mudah untuk di amalkan seperti apa yang perlu dibuat ketika bangun pagi, cara mandi, penampilan diri dan sebagainya.
Ada juga diceritakan perkaitan warna dengan kehidupan dan teknik mengenali diri melalui bulan kelahiran kita. tidak wajib betul harus salah tetapi ia sebagai panduan sekurang2nya kita tahu kelebihan dan kekurangan kita. Perlebihkan sikit kelebihan itu anda akan jadi cemerlang insyallah.
Jom jadi cemerlang!
Assalamualaikum para penjengok blog ini.
Seminggu sudah sesi persekolahan bermula tapi alhamdulillah pada hari pertama kami semua dapat masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa. Sekolah saya sudah dinaiktaraf dan telah menerima 2 staf bukan akademik dan 4 orang guru baru samada baru pindah dan baru posting. Boleh dikirakan kami dah overstaf. Sebelum ini sekolah kami hanya ada Guru Besar sahaja. Pembantu2nya hanya dilantik secara dalaman sahaja seperti PK 1,PK HEM dan PK KK. Sekarang pembantu2 guru besar sudah dipenuhi dengan PK lantikan hakiki oleh pihak pejabat pelajaran. Terpaksalah kami bersesak2 di bilik guru yang sempit dan sebuah bilik untuk kegunaan pelajar terpaksa dikorbankan untuk ditempatkan meja guru2 yang baru….Namun! Kami tetap ,menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Alhamdulillah!
Jauh aku berceloteh tak masuk lagi tajuk asal berkenaan dengan buku. Aku sekarang alhamdulillah rasa tak selesa kalau tidak membaca dalam sehari. Palibg tidak pun aku baca blog2 orang dalam bidang tertentu seperti perncangan kewangan dan pelaburan. Untuk minggu ini sahaja ada 4 tajuk ebook yang aku beli yang bernilai rm40 setiap satu. Dulu memang aku rasa rugi beli buku mahal2 tapi sekarang tak rugi aku beli kerana ilmu yang diajar tu memudahkan kerja kita dari berjam2 mencari info berkaitan di internet. Jadi jika kita beli ebook yang kita nak, ia menjimatkan masa kita untuk belajar sesuatu secara cepat.
Kalau dulu memanglah apelah beli buku banyak2 sedangkan internet dah ada dihujung jari? Anda ingat orang nak berkongsi semua yang mereka tahu di internet? Kebanyakannya ramai yang tidak sudi berkongsi lebih apa yang mereka tahu. Kalaupun ada, info tu akan bersepah2 di pelbagai web,blog, forum dan lain2.
Antara tajuk ebook aku beli:
Mahir excel – rahman basri
Pasif Income – pie2020
tippenjimatan – razif yusof
tip bidding rumah lelong – Herman noer aka nanas tanjong.
dan pelbagai ebook free lain.
Semalam aku meronda-ronda bawa anak bini di Spring Mall Kuching untuk riadah dan membeli barang untuk bini. Dah lama tengok bini asyik dengan beg tangan lama yang belum upgrade. Bukan kedekut tetapi tak mampu sebelum ini nak hadiahkan bini beg baru. Ha… itu cerita untuk bini tersayang.
Kedua ialah akupun nak hadiah juga….. Aku beli untuk pelaburan diri sendiri buku Berani Gagal tulisan Billi Lim. Aku cari buku lain sebenarnya tapi buku tu ada dalam rekod tetapi takde di rak. Kene susu’ (dialek klate) kot. Sampai tiga orang staff MPH cari buku tu tak jumpa juga. Kepeutusannya aku beli online je lah buku tu hari ni.
Bercerita tentang buku Berani Gagal ni telah membuka dimensi baru penghayatan tentang kejayaan seseorang yang ternama sekarang. Billi Lim mengambil motivasi dari sudut kegagalan demi kegagalan yang bermula dengan diri penulis sendiri. Tak terkecuali dengan cerita kegagalan Tun Daim Zainudin yang telah aku baca biografinya dulu sebelum berjaya dan terus berjaya. Kebanyakan penulis lain bercerita banyak tentang kejayaan seseorang tapi amat sedikit bercerita tentang cerita di sebalik kejayaan seseorang. Thomes Edison juga pernah aku baca biografinya juga di selitkan cerita tentang kegagalan dalam perjalanan mencipta mentol yang kita guna sekarang.
Dan…. dalam buku Berani Gagal juga diselitkan minda separa sedar yang power dan law of Attraction. Bagaimana menggunakan kuasa minda ketika kita mengalami kegagalan dan mengawalnya supaya kita bangkit semula dengan gagahnya.
Nak cerita lebih lanjut lagi???? Beli la sendiri ye…. Tak rugi melabur untuk diri sendiri.
Recent Comments