Buku lagi…

Assalamualaikum para penjengok blog ini.

Seminggu sudah sesi persekolahan bermula tapi alhamdulillah pada hari pertama kami semua dapat masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa. Sekolah saya sudah dinaiktaraf dan telah menerima 2 staf bukan akademik dan 4 orang guru baru samada baru pindah dan baru posting. Boleh dikirakan kami dah overstaf. Sebelum ini sekolah kami hanya ada Guru Besar sahaja. Pembantu2nya hanya dilantik secara dalaman sahaja seperti PK 1,PK HEM dan PK KK. Sekarang pembantu2 guru besar sudah dipenuhi dengan PK lantikan hakiki oleh pihak pejabat pelajaran. Terpaksalah kami bersesak2 di bilik guru yang sempit dan sebuah bilik untuk kegunaan pelajar terpaksa dikorbankan untuk ditempatkan meja¬† guru2 yang baru….Namun! Kami tetap ,menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Alhamdulillah!

Jauh aku berceloteh tak masuk lagi tajuk asal berkenaan dengan buku. Aku sekarang alhamdulillah rasa tak selesa kalau tidak membaca dalam sehari. Palibg tidak pun aku baca blog2 orang dalam bidang tertentu seperti perncangan kewangan dan pelaburan. Untuk minggu ini sahaja ada 4 tajuk ebook yang aku beli yang bernilai rm40 setiap satu. Dulu memang aku rasa rugi beli buku mahal2 tapi sekarang tak rugi aku beli kerana ilmu yang diajar tu memudahkan kerja kita dari berjam2 mencari info berkaitan di internet. Jadi jika kita beli ebook yang kita nak, ia menjimatkan masa kita untuk belajar sesuatu secara cepat.

Kalau dulu memanglah apelah beli buku banyak2 sedangkan internet dah ada dihujung jari? Anda ingat orang nak berkongsi semua yang mereka tahu di internet? Kebanyakannya ramai yang tidak sudi berkongsi lebih apa yang mereka tahu. Kalaupun ada, info tu akan bersepah2 di pelbagai web,blog, forum dan lain2.

Antara tajuk ebook aku beli:

Mahir excel – rahman basri

Pasif Income – pie2020

tippenjimatan – razif yusof

tip bidding rumah lelong – Herman noer aka nanas tanjong.

dan pelbagai ebook free lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *