Berbicara tentang kehidupan hari-hari kita tidak terlepas memikirkan tentang penggunaan wang.
Dulu….masa bergaji rm800 sebulan, hidup sehari-hari merasa cukup. Alangkah baiknya aku dapat gaji rm1500 sebulan! Banyak benda akan dibeli. rm800 pun dulu kita merasa bahagia dan tidak pernah putus makanan. Badanpun sihat.
Sekarang… bergaji hampir 2.5k sebulan, hidup hari-hari merasa cukup. Tetapi nafsu terasa besar. Disusuli pula dengan teori -teori kewangan yang baru dipelajari hidup terasa mampu pakai Mercedes!
Tetapi dengan ilmu kewangan yang dipelajari menidakkan dan mengekang hawa nafsu besar untuk memiliki barang-barang mewah. Jika tersilap langkah barangan mewah itu akan melemaskan aku setiap bulan. Alhamdulillah nafsu aku masih terkawal.
So…. ilmu baru tentang pelaburan dan kewangan insyallah akan aku pelajari dari semasa ke semasa. Ia tidak pernah habis.
Dan… sebagaimana tajuk di atas, aku dah bermula dengan portfolio pelaburan aku bukan satu tapi… 2 jenis poftfolio pelaburan.
Insyallah semoga Allah memudahkan urusan aku kelak.