~ Amaran : HANYA UNTUK YANG BERLAPANG DADA! ~
Tidaklah aku menghina makhluk Allah ini
Tidaklah pula aku tahu kenapa ia di jadikan
Sifatnya suka mengigit
Sifat menggigit ini ada pada manusia
Manusia yang tidak senang dengan kesenangan orang lain
Manusia ini lagi tidak senang apabila sang juara berusaha untuk berubah
Bagi mereka… ‘hiduplah sesenang mereka!’
Tabahlah wahai sang juara. Larilah sekuat hatimu. berdikitlah langkahmu dengan konsistensi.
Berundur bukan bermakna mengalah. Berundur bermakna membina strategi.
Impianmu sudah jelas! Tergambar jelas dan terlukis di kertas.
Ayuh! Di ufuk timur, sinar impian sedang menanti……..
Sudah berhari-hari aku fikir dan cari ada tak software yang free dan yang boleh mendapatkan balik data dalam hard disk yang telah didelete atau hilang dan sebagainya.
Aku search tanya pakcik google kalau-kalau ada software yang aku kehendaki. Sebelum ini agak susah dan teknikal sikit cara nak dapatkan data yang hilang seperti membuka harddisk dan menukar sparepart.
Kini tidak lagi dengan adanya software seperti Recover My Files keluaran GetData yang hanya perlu install sahaja software ini dan penggunaannya tersangat mudah. Tidak terlalu kompleks.
Software ini boleh di dapati secara online dan ada versi Free tapi tidak boleh save. Kena beli baru boleh pakai.
Ada juga pirated di luar sana tapi saya tidak akan kongsikan disini linknya. Pandai pandailah anda cari sendiri yer!
Untuk kali ketiga tahun ini kadar OPR telah dinaikkan…
Monetary Policy Statement
At the Monetary Policy Committee (MPC) meeting today, Bank Negara Malaysia decided to raise the Overnight Policy Rate (OPR) by 25 basis points to 2.75 percent. The floor and ceiling rates of the corridor for the OPR are correspondingly raised to 2.50 percent and 3.00 percent respectively. - Bank Negara Malaysia
Maybank antara yang terawal menaikkan BLR dari 6.05% p.a kepada 6.30% p.a berkuatkuasa 13 julai 2010.
rujuk link di sini
Dalam era teknologi matlumat terlalu banyak nasihat yang free yang tidak kurang bagusnya dan berkesan.
Tapi…… adakah ia berkesan untuk seseorang itu melakukan tindakan ke atas nasihat yang mereka dapat secara Free tu? Jangan tanya aku. Tanya diri sendiri. Suka hati sendiri lah nak menyedapkan betapa kita sudah buat. Nak tambah ke, Nak kurang ke… terpulang.
Ada orang suka sembang seolah-olah dia tahu semua perkara. Alihlah topik apa sekalipun memang dia tahu. Sampaikan orang gelar dia ‘ si anu serba tahu’. Ulasannya meyakinkan. Susah nak mengaku kalah.
Akhirnya orang lain diam dan mengiyakan apa yang dia cakap. Angguk jelah. Senyum jelah. Bukan tanda kita setuju dengan pandangan yang dilontarkan tapi mudah-mudahan dia ‘lega’ dengan cara begitu. Puas terpancar di matanya.
Anda mahu nasihat free? memang banyak. carilah kat mana-mana topik pilihan anda akan jumpa. Tapi percayalah buang masa sahaja cari benda yang anda perlu tapi ia free.
Titik terakhirnya ialah idea tu berhabuk dalam harddisk.
apa khabar anda hari ini? semua OK luar biasa bagus dan hebat sekali! Mantop gitu.
Sudah seminggu sekolah dibuka apa khabar anak murid sekalian?! Baik cikgu….. Separuh kelas je sahut pertanyaan cikgu. Ape ni pagi2 dah lemah semangat! Saya tanya lagi sekali apa khabar kamu semua? Baik Cikgu!
Haaaaaaa ini baru betul!
Semangat murid dah berkobar nak belajar hari ini. Apatah lagi cikgu sudah sedia untuk mengajar. Ok hari ni kita baca al-quran muka surat 319. Hari ni saya nak murid yang boleh baca sikit-sikit dulu baca dan yang lain ikut.
Kelas jadi senyap tiba2…. Ha….kenapa dengan kamu?? Sebelum cuti kamu dah dapat baca al-quran tapi kenapa hari ini tak dapat baca? Apa yang saya minta kamu buat masa cuti hari tu? Baca quran cikgu. Habis? Kamu baca tak? Geleng2 kepala je. Patutlah 3 minggu cuti dengan al-quran pun cuti jugak.
Saborjelah walaupun dalam hati meruap nak marah.
begitulah situasi disekolah saya sebagai guru merasakan semacam sia-sia je aku mengajar jika budak tak pandai baca al-quran.
Namun saya serahkan pada Allah kerana hanya dia sahaja yang berhak menentukan. Saya hanya berusaha.
Recent Comments