Dua bulan lepas salah seorang mahu membeli laptop. Dia pernah pakai Acer, Toshiba sebelum ini. Paling teruk ialah acer yang boleh dikatakan common fault lebih mainboard. Pengalaman aku sebelum ini banyak rungutan dari costumer bahawa produk acer banyak problem terutama laptop. Sekiranya costumer aku nak juga brand Acer, aku beli juga selepas diceritakan masaalah yang selalu berlaku. Bukan aku mendabik dada bahawa brand lain tiada masalah. Laptop Compaq Presario aku sendiri pakaipun 3 kali tukar mainboard kerana cpu AMD Turion 64 x2 ni cepat panas. Kalau tokey kedai yang jujur, dia akan cakap laptop Acer banyak dihantar balik kepada mereka kerana masalah yang sama iaitu mainboard. Pernah juga salah seorang costumer aku baru beli 2 hari laptop, dia kemalangan bersama laptop Acer baru beli tu. Skrin pecah dan DVD ROM pecah. memang tiada warranty bila berlaku macam tu. Aku hantar repair kat Highpoint habis rm2100. Laptop tu harga dekat 3 ribu masa tu.
OK! berbalik pada cerita seperti tajuk di atas, Brand Sony Vaio Y series dan Lenovo ThinkPad E125 ni aku cuba beli untuk beberapa costumer aku.
Sony Vaio Y Series 11.6′ AMD E450 APU
Brand ni aku beli 2 unit. Satu tu ditambah hingga 6gb DDR3 Ram ( asal 2gb RAM) dan ditukarkan windows 7 Starter kepada Windows 7 Ultimate. Sebelum tukar windows, aku masukkan RAM. sistem bios boleh detect 6gb Ram tetapi lembap juga jika gunakan windows 7 Starter. Jadi aku tukarkan kepada windows 7 Ultimate barulah laju. Untuk pengetahuan, Windows 7 Stater hanya support RAM setakat 2bg sahaja. Jika kita tambah jadi 6gb pun, ia tak memberi kesan kepada tahap kelajuan proses loading windows 7. Jadi tak guna jika tak tukar windows 7 Stater tapi tambah RAM.
Jika orang tanya Brand ni OK ke…. Tahan ke… aku tak boleh nak jawab sebab baru 2 kali beli brand ni. Tunggu beberapa tahun lagi tengok boleh tahan ke tak. Ia lebih mahal dari brand Lenovo yang sama kategori. Mungkin mahal kerana ia brand SONY.
Lenovo ThinkPad Edge e125 11.6′ AMD E450 APU
Model ini dari segi spesifikasinya, ia sama dengan model Sony Vaio Y series di atas. Ia tidak didatangkan dengan windows tetapi dengan FreeDos OS (open source). Ia lebih murah berbanding brand Sony Vaio. Satu je aku tak berapa suka dengan brand ni touchpad. Nampak pelik sikit. Nak copy brand asal IBM pun, tak perlulah nak kekalkan touchpad gitu… aku rasa model thinkpad je macam ni. model lain touchpad dah macam brand lain2.
Ramai orang berasa sangsi dengan brand lenovo ni. Mereka cakap tak pernah dengar brand ni. Bila aku cakap kenal tak IBM? Barulah mereka rasa yakin sikit dengan model ni. Seingat aku, pernah juga aku beli brand ni dulu tahun 2007. Bila aku tanya kawan aku yang beli brand ni dulu, sampai sekarang masih elok. Tak pernah tukar lagi hardware nya. cuma windows je berapa kali kena format dan install baru kerana masuk virus. Masa tu brand ni memang dibawah IBM. Support driver pun ambil dari web IBM. itu dulu. Sekarang ia 100% milik company dari China.
One comment