Monthly Archives: March 2012

Uncategorized

Sony Vaio Y Series 11.6′ vs Lenovo Thinkpad Edge e125 11.6′

Dua bulan lepas salah seorang mahu membeli laptop. Dia pernah pakai Acer, Toshiba sebelum ini. Paling teruk ialah acer yang boleh dikatakan common fault lebih mainboard. Pengalaman aku sebelum ini banyak rungutan dari costumer bahawa produk acer banyak problem terutama laptop. Sekiranya costumer aku nak juga brand Acer, aku beli juga selepas diceritakan masaalah yang selalu berlaku. Bukan aku mendabik dada bahawa brand lain tiada masalah. Laptop Compaq Presario aku sendiri pakaipun  3 kali tukar mainboard kerana cpu AMD Turion 64 x2 ni cepat panas. Kalau tokey kedai yang jujur, dia akan cakap laptop Acer banyak dihantar balik kepada mereka kerana masalah yang sama iaitu mainboard. Pernah juga salah seorang costumer aku baru beli 2 hari laptop, dia kemalangan bersama laptop Acer baru beli tu. Skrin pecah dan DVD ROM pecah. memang tiada warranty bila berlaku macam tu. Aku hantar repair kat Highpoint habis rm2100. Laptop tu harga dekat 3 ribu masa tu.

OK! berbalik pada cerita seperti tajuk di atas, Brand Sony Vaio Y series dan Lenovo ThinkPad E125 ni aku cuba beli untuk beberapa costumer aku.

Sony Vaio Y Series 11.6′ AMD E450 APU

Brand ni aku beli 2 unit. Satu tu ditambah hingga 6gb DDR3 Ram ( asal 2gb RAM) dan ditukarkan windows 7 Starter kepada Windows 7 Ultimate. Sebelum tukar windows, aku masukkan RAM. sistem bios boleh detect 6gb Ram tetapi lembap juga jika gunakan windows 7 Starter. Jadi aku tukarkan kepada windows 7 Ultimate barulah laju. Untuk pengetahuan, Windows 7 Stater hanya support RAM setakat 2bg sahaja. Jika kita tambah jadi 6gb pun, ia tak memberi kesan kepada tahap kelajuan proses loading windows 7. Jadi tak guna jika tak tukar windows 7 Stater tapi tambah RAM.

Jika orang tanya Brand ni OK ke…. Tahan ke… aku tak boleh nak jawab sebab baru 2 kali beli brand ni. Tunggu beberapa tahun lagi tengok boleh tahan ke tak. Ia lebih mahal dari brand Lenovo yang sama kategori. Mungkin mahal kerana ia brand SONY.

Lenovo ThinkPad Edge e125  11.6′ AMD E450 APU

Model ini dari segi spesifikasinya, ia sama dengan model Sony Vaio Y series di atas. Ia tidak didatangkan dengan windows tetapi dengan FreeDos OS (open source). Ia lebih murah berbanding brand Sony Vaio. Satu je aku tak berapa suka dengan brand ni touchpad. Nampak pelik sikit. Nak copy brand asal IBM pun, tak perlulah nak kekalkan touchpad gitu… aku rasa model thinkpad je macam ni. model lain touchpad dah macam brand lain2.

Ramai orang berasa sangsi dengan brand lenovo ni. Mereka cakap tak pernah dengar brand ni. Bila aku cakap kenal tak IBM? Barulah mereka rasa yakin sikit dengan model ni. Seingat aku, pernah juga aku beli brand ni dulu tahun 2007. Bila aku tanya kawan aku yang beli brand ni dulu, sampai sekarang masih elok. Tak pernah tukar lagi hardware nya. cuma windows je berapa kali kena format dan install baru kerana masuk virus. Masa tu brand ni memang dibawah IBM. Support driver pun ambil dari web IBM. itu dulu. Sekarang ia 100% milik company dari China.

Kehidupan

Pagi Sabtu yang Indah

assalamualaikum.

Bangun pagi ambil wudu’ dan bersedia untuk solat subuh. Ini perkara yang pertama kita kena buat sebagai hamba kepada pencipta.

Kedua kita memuji Allah dalam zikir subnallah, alhamdulillah Allahu Akbar dan berdoa jika kita tak nak dilabelkan bongkak dengan pencipta. Ikhlas dalam doa dan tidak jemu meminta kerana kita tidak tahu apa yang telah ditulis di loh mahfuz.

Selesai zikir digalakkan membaca ma’thurat kerana banyak faedah didalamnya. Saya bercerita pun tak guna bagaimana nikmat sekira kita mengamalkannya kerana hanya yang membacanya sahaja tahu nikmat itu.

Sebelum lipat sejadah baca al-quran barang sehelai dua kerana insya allah al-quran akan membantu kita di akhirat kelak. Kalau kita baca dengan betul dan bertajwid, ada kajian mengatakan bacaan panjang dan pendek itu ada unsur terapi pernafasan kerana bacaan bertajwid betepatan dengan panjang pendek helaan nafas kita. jika tak sampai bacaan, sebagai contoh suara kita semput nak habiskan dengung enam harakat, itu tanda suara kita mengalami masaalah. Kan bagus kalau kita tahu sehingga itu?

OK? Semoga kita bertambah bagus dan cemerlang hari ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...