Cerita Kerja

cikgu xxx dengan gitarnya melakukan aktiviti permainan…mata murid diikat kain… memetik gitarnya sambil menyanyi ‘nenek- nenek tak jadi bongkok! siang mengantuk malam berjaga…

cikgu xxx dengan scrabble dan caturnya sebagai ganti P&P PJK tak dapat PJ kerana hujan.

Ustaz zamri bimbang dan buntu mengajar anak muridnya yang tak dapat mengenal bacaan panjang dan pendek…

Ustaz xxx yang semangat memberi motivasi singkat untuk murid tahun enam yang masih berbulan madu.. tak sedar diri nak UPSR tahun ini!

Ustazah xxx yang bunyi hujung2 je suaranya ketika dia marah…

cikgu-cikgu lain duk sibuk menaip,men scan soalan untuk ujian bulanan kali kedua hujung bulan ni..

Datang pula jogaton, ceriaton, bacaton, macam2 ton memohon derma demi murid-murid.

Tersengih budak-budak bila cikgu ceti jadian datang untuk mengutip yuran tertunggak… bayar 20sen! bayar sikit2 lama-lama jadi bukit. Hah!ni sorang ni bila mau bayar haaa…….. sikda belanja cikgu… Oh kesiannya…

Mana pergi duit KWAPM?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *