Berani Gagal

Semalam aku meronda-ronda bawa anak bini di Spring Mall Kuching untuk riadah dan membeli barang untuk bini. Dah lama tengok bini asyik dengan beg tangan lama yang belum upgrade. Bukan kedekut tetapi tak mampu sebelum ini nak hadiahkan bini beg baru. Ha… itu cerita untuk bini tersayang.

Kedua ialah akupun nak hadiah juga….. Aku beli untuk pelaburan diri sendiri buku Berani Gagal tulisan Billi Lim. Aku cari buku lain sebenarnya tapi buku tu ada dalam rekod tetapi takde di rak. Kene susu’ (dialek klate) kot. Sampai tiga orang staff MPH cari buku tu tak jumpa juga. Kepeutusannya aku beli online je lah buku tu hari ni.

Bercerita tentang buku Berani Gagal ni telah membuka dimensi baru penghayatan tentang kejayaan seseorang yang ternama sekarang. Billi Lim mengambil motivasi dari sudut kegagalan demi kegagalan yang bermula dengan diri penulis sendiri. Tak terkecuali dengan cerita kegagalan Tun Daim Zainudin yang telah aku baca biografinya dulu sebelum berjaya dan terus berjaya. Kebanyakan penulis lain bercerita banyak tentang kejayaan seseorang tapi amat sedikit bercerita tentang cerita di sebalik kejayaan seseorang. Thomes Edison juga pernah aku baca biografinya juga di selitkan cerita tentang kegagalan dalam perjalanan mencipta mentol yang kita guna sekarang.

Dan…. dalam buku Berani Gagal juga diselitkan minda separa sedar yang power dan law of Attraction. Bagaimana menggunakan kuasa minda ketika kita mengalami kegagalan dan mengawalnya supaya kita bangkit semula dengan gagahnya.

Nak cerita lebih lanjut lagi???? Beli la sendiri ye…. Tak rugi melabur untuk diri sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

  • November 8, 2009 - 11:37 am | Permalink

    Salam En Zamri, saya baru berkenalan dengan blog En Zamri… jika ada apa2 yang nak dikongsi… ini YM yusmi_yusof@yahoo.com

    admin:
    wsalam. ok terima kasih en yusmi.

  • Rosse
    November 2, 2012 - 9:02 am | Permalink

    dulu saya ada buku berani gagal ini saya sayang sgt n suka bca buku tersebut tapi ada seorang manusia yang pinjam x pdi bg pulang kat saya semula…sesiapa ada mejual buku ini boleh email saya…saya mahu beli buku tersebut….

    • yie
      March 25, 2013 - 12:29 pm | Permalink

      buku ni ada cetakan terbaru. di MPH ada

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *