Latihan dalam perkhidmatan

Pertama kali dalam sejarah aku beri latihan pada orang secara formal dan aku sebagai jurulatih kepada cikgu-cikgu di sekolah tempat aku bertugas. Aku agak gugup sebenarnya tetapi aku ingatkan pada minda aku supaya ‘buat je lah’. Aku takmau fikir dulu apa yang bakal terjadi apabila aku berada di depan. Apa yang aku nak, bercakap je di depan untuk bagi latihan dan berikanlah ilmu yang aku ada untuk manfaat orang lain. Alhamdulillah aku mampu berucap dengan baik walaupun ada kekurangan sana sini.

Banyak perubahan yang berlaku pada diri aku akhir-akhir ini dan aku sangat bersyukur pada Allah kerana sedikit demi sedikit apa yang aku minta dalam solat sudah banyak diberikan. Ada secara direct dan ada juga melalui perantaraan orang lain.

Apa yang pasti aku boleh cakap ialah aku banyak membuat pelaburan pada diri sendiri dengan menghadiri seminar, membuku e-buku, buku dan lain2. Seminar yang terakhir untuk sehari aku telah membayar rm500 untuk sehari kursus dan di situ aku dapat banyak ilmu.

Apa yang penting di sini ialah… jadilah diri sendiri. Bukan jadi seperti idola kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

  • adan
    October 28, 2009 - 1:25 pm | Permalink

    be, takdok fesbuk ka?

    ado… nickname ‘Zamri Zain’

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *