Author Archives: yie

Speed Reading

Telah lama aku tidak membelek ebook yang telah dibeli. Dalam tahun ini agak banyak juga ebook yang aku beli dari pelbagai kategori.

Sambil mengemaskini ruangan harddisk yang makin sempit dek kerana banyak bahan yang didownload dan disimpan dan juga simpanan ebook yang bergiga2 bytes masih dalam simpanan. Kebanyakan sudah dibaca paling tidak sekali.

kebanyakan yang tidak terbaca yang masih dalam simpanan ialah ebook free atau bonus yang aku kira tidak perlu dibaca buat masa sekarang. Jadi kepada penjual ebook tu kalau boleh kurangkanlah bahan-bahan free ni kerana tidak terbacakan oleh pembeli macam aku ni.

Ada satu ebook yang aku baca entah keberapa kali baca tetapi belum ada kesempatan untuk berlatih teknik yang diperkatakan dalam ebook tu. Ada sahaja halangan-halangan yang terjadi dikala hendak menekuni apa yang disarankan oleh ebook tu. penerangannya sudah cukup jelas cuma ia perlukan latihan. latihan. latihan.

Syabas saya ucapkan kepada penerbit ebook tu saudara auzan.

Balik kampong 4

Insyallah jika tiada aral melintang, kami sekeluarga akan pulang ke kampong meninggalkan sementara borneo tempat kami mencari rezki.

Ada beberapa barang kiriman yang belum lagi dibeli yang ditambah pada saat-saat akhir. Kalau dah terbang mintak maap le nak order baru. Order tahun bolehlah.

Kepada yang order tikar rotan, kami tak dapat nak penuhi kerana baru semalam kami pergi membeli di serikin. Hari ni tidak sempat lagi nak pergi. Jadi lain kali lah.

Balik kampong kali ini poket sudah hampir kosong. Kena berhati-hati sikit mengawal nafsu makan dan membeli barangan. Kali ini agak lama berada di kampong bermula esok sehingga 26 disember baru pulang ke borneo. lebih sebulan bercuti.

Aku menjangkakan banyak aktiviti yang sedang menunggu di sana. Satu rahmat juga balik kampong kali ini musim hujan dan kereta adik2 tak dapat pinjam kerana musim hujan mereka pakai kereta untuk ke tempat kerja. Jadi dapatlah aku bagi alasan ketidakhadiran ke sesuatu majlis.

isnyallah kali ini aku nak pergi jalan-jalan sekitar bandar kuala terengganu. Ada beberapa kawan lama dan baru disana jika tiada aral, kami ingin menziarahi kampong mereka.

ok lah aku nak berhenti dah sebab takdok idea nak tulih blog kali ini. Tulis panjang2 kang, orang kata syok sendiri lak.

ok wassalam…………….

Apa yang kita nak jadi?

Setiap orang ada cita-cita. Dari sebesar cita-cita hingga sekecil cita-cita. Jangan jadi orang kalau hidup tiada cita-cita.

Ada buku bercerita pentingnya cita-cita ditanamkan dulu sebelum berusaha untuk mencapai cita-cita itu. Ibarat anda bawa kereta. Anda bawa kereta kerana anda ada tujuan nak ke satu-satu tempat. Jika anda hanya pandang/ingat tempat yang dituju tu jauh sangat, anda akan rasa letih. Bila la nak sampai ni…… dah 8jam bawa kereta tak sampai lagi. kalau tak nak bagi letih, borak2 atas kereta, ingat lepas ni kampong apa, lepas kampong ni kampong seterusnya. maksudnya disini apabila kita melihat sedikit demi sedikit dari kilometer ke kilometer, kita rasa ia cepat sampai dan rasa lebih bertenaga.

Begitu juga dalam mengejar cita-cita. Apatah lagi kalau cita-cita itu nak di capai 10 tahun lagi. Mesti ada semangat turun naik, tertonggeng jeng koil dek kerana betapa hebatnya cabaran.

Jadi jika cita-cita kita menakluk rangkaian perusahaan yang luas, kita tidak boleh bersendirian. Kita kena ada networking. Support menyapport. Timbal balik. Joint Venture dan sebagainya.

Mulai sekarang, cari ilmu sebanyak mungkin kerana cita-cita memerlukan disiplin ilmu yang tersendiri. Dengan ada ilmu, kita dapat mengelak dari tersadung kaki ditempat yang sama seperti yang telah dilalui oleh orang yang mempunyai cita-cita yang sama dengan kita.

Bila cita-cita itu jitu dan bertulis di kertas, bersedialah untuk menghadapi cabaran itu.

Jangan jadi orang kalau takut dengan cabaran. Selagi ada hidup, disitulah ada cabarannya.

Blog yang terbiar seketika

Pesanan Nabi sentiasa betul. Salah satunya ia. Rebutlah Lima perkara sebelum lima perkara.

Aku tidak mahu sentuh kelima-lima perkara itu pagi ini.

Satu saja nak sentuh. “ketika lapang sebelum datangnya sibuk’

Dulu aku banyak masa untuk berblogging tetapi sekarang masa agak terhad. Kita dikurniakan 24jam sehari. Tidak ada yang dapat 25jam sehari. Tetapi kenapa kita semakin sibuk sekarang? Soalan ini perlu dijawab masing-masing. Tahap kesibukan tidak serupa dengan setiap orang. Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza.

Berperang dengan diri sendiripun juga adalah satu masalah. Nak buat ke taknak buat. Kalau buat dapat pahala. Kalau tak buat tak dapat pahala. Dapat dosa kerana melengah-lengahkan masa lapang dan kita buat sudah tentu kerja kita akan selesai.

Jadi dimanakah kita sekarang? Kalau masih bujang, masa lapang masih banyak yang tidak di isi dengan aktiviti yang bermanfaat. Minum dikedai jumpa kawan berjam-jam tu susah nak dikira bermanfaat kerana banyak berbual kosong.

Kalau dah kahwin, jika belum ada anak, ada juga masa lapang tetapi kena dibahagikan untuk isteri juga. BerFB, FB juga. isteri duk menunggu kat depan untuk makan bersama. Jadi takboleh la ber FB kuat-kuat, merajuk orang sebelah nanti. Ah! masing-masing dah pandai… pandai-pandailah bahagikan masa.

Bagi yang dah anak anak, masa lapang makin terhakis dan inilah yang terjadi pada aku sekarang. ini baru dua orang anak. bukan sedozen lagi nih. Ni pun dah sibuk. Anak pertama nak mandi, anak kedua nak susu cap botol, dah siap semua tu mereka bermain dan di kakak pulak berkelahi degan adik, dah…. nak kena leraikan dulu… pastu dah lama main, nak tidur pulak…. sebelum tidur mengamok dulu yang kadang-kadang tak faham kenapa masih mengamok padahal susu dah habis. Rupanya nak berdukung dulu… baru tidur atas dukung dan alihkan ke tempat tidur…

gitulah sedikit sebanyak coretan kali ini. alhamdulillah.

Transformasi Pendidikan 2011

Sebagai guru aku juga tidak terlepas dari mengikuti perkembangan pendidikan di malaysia.

Sekarang cikgu cikgi sibuk menghadiri kursus Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) sebagai persediaan persekolahan tahun depan yang akan dimulakan pada tahun depan 2011

Bermula 1hb lepas, beberapa orang cikgu di kehendaki menghadiri kursus persediaan yang dianjurkan oleh pejabat pelajaran daerah dan negeri di PPD.

Dalam masa yang sama juga sekolah sedang sibuk dengan ujian akhir tahun, majlis penyampaian hadiah, majlis makan malam hujung tahun yang setiap tahun diadakan.

Tidak terlepas juga meeting staf sebagai persediaan awal tahun depan dan juga refleksi berbentuk laporan setiap panitia dan laporan sasaran kerja tahunan setiap cikgu termasuk jawatan yang dipengang sepanjang tahun untuk melihat sejauh mana program yang telah dirancang itu dapat dijayakan atau tidak.

Aku jugak tidak terlepas membuat laporan kepada tuan GB dalam bentuk bertulis setiap tugasan yang telah diamanahkan.

Seribu Dinar

Berapa banyak orang mengamalkan ayat seribu dinar. Ada yang baca selepas solat wajib, baca pagi dan petang dan macam2.

Yang harunya gantung didinding buat hiasan. Tidak memberi manfaat pada pemilik. Mungkin ada ‘harapan’ pemilik agar mudah rezki dan boleh jadi kaya.

Adakah dengan buat begitu anda rasa berkesan? Berapa lama anda amalkan benda tu tapi masih juga ditakuk lama. Tenggelam dalam kehidupan rat race? Masih lagi bekerja dan masih lagi berada dipangkat yang lama? kena cek balik kalau masih lagi ditakuk lama. apa yang tidak kena…..

Setiap apa yang kita buat mesti bermula dengan niat. Paling dibimbangi ialah takut ia sudah menjadi kebiasaan atau rutin.

Mafhum daripada ayat al-quran ‘tidak Aku jadikan jin dan manusia selain beribadat kepadaku’

Raya sebulan

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam tua muda miskin kaya.

Pengalaman hidup kita membuatkan kita lebih matang. Ada sedikit kerugian jika kita membesar di tempat yang sama, bersekolah rendah ditempat yang sama, masuk universiti di negeri yang sama….dan berkahwin dengan negeri yang sama dan bekerja di negeri yang sama!  Pengalaman berada atau diperantauan adalah amat berharga sekali untuk dinikmati bukan untuk disedihkan, bukan untuk dikesalkan. Bahkan ia adalah anugerah Allah kepada kita supaya kita melata dibuminya mencari rezeki dan mengutip pengalaman sebanyak mungkin. Usahlah merungut kerana kita ditentukan bekerja dinegeri orang. Insyallah lambat laun kita akan dapat bekerja di negeri kemahuan kita sendiri akan datang.

bercerita tentang beraya di bumi kenyalang agak berbeza sedikit kerana beraya disini disambut dengan meriah sekali. Di sini orang tempatan beraya dengan memakai baju melayu lengkap sehingga hari raya ketujuh. Apabila waktu malam, lampu neon dipasang diluar rumah yang bewarna-warni. Malam bulan syawal akan nampak meriah kerana apabila kita nak pergi beraya, kita kena lihat dulu adakah lampu neon sudah menyala atau belum? Jika sudah menyala tu maksudnya tuan rumah sudah sedia menyambut tetamu.

Menu wajib yang selalunya ada dimeja ialah kek lapis sarawak yang bermacam rasa dan warna. Boleh dikatakan disini nak jumpa air teh o tu…. agak susah kerana air minuman biasanya dihidangkan air bergas. coke ke, pepsi ke, F&N ke dan macam-macam air bergas. Kadang-kadang tak tahan saya minum air gas ni yang memang manis dan tidak baik untuk kesihatan. Kalau sehari 5 buah, 5 kali le jawapnya minum air gas.

——-

Jadikan ia Idola

salam ramadhan dan salam sejahtera. Kita mesti OK! Luar biasa bagus dan hebat sekali. Usah jemu menyebut macam tu kerana anda sahaja yang tahu. Pandai-pandailah anda nak menyebut bila dan kat mana. Cover jangan bagi orang tengok hatta pasanganpun! Apo kono laki aku ni buang tebiat ke pagi-pagi nih?!!

Terus kepada tajuk entry kali ini. Kali ini aku nak bercerita tentang benda alah ni. hidup kita mesti ada Idola. Nak masuk syurga Allah kena ikut idola yang telah Allah turunkan. Ia dikalangan manusia juga. Bukan ikut jin dan syaitan.

Idola 1 – Konvensional bisnes.

Satu ketika ketika berada dikampong halaman, seseorang telah bersembang yang boleh dikira hati ke hati berkata. Buatlah ia Bos sementara ia masih hidup. Bagi aku ia memang betul. Walaupun kita banyak membaca buku berkaitan dengan bidang yang kita ceburi, ia masih tidak cukup. Buku hanya bercerita ‘cara’. Tetapi idola bercerita ‘cara’ yang telah teruji keberkesanannya. Yang paling penting ia bercerita dulu cerita kejayaan yang disusuli dengan pahit getir, jatuh bangun, orang dibelakangnya. jadi jangan pulak kita lalui jalan pahit yang telah dilalui oleh idola kita. Ia memakan masa dan juga kos.

Satu cerita yang paling melekat di hati aku ialah jangan cuba memasuki bidang terutamanya bisnes yang kita hanya dengar cerita kejayaan. Dengan kata lain jangan terjun kodok jika kita hanya tahu sedikit tentang bisnes yang kita ingin ceburi. Orang hanya suka melihat kita jatuh berbanding kejayaan kita.

Antara intipati percakapannya: Kisah bermula ketika mendengar benda ini boleh buat duit. harga yang boleh tahan. Masa itu modal ada banyak. Tanpa ada rujukan dan hanya dengar cakap-cakap orang, terus buat. Bila dah siap, tak juga jadi. Ubah disitu, ubah disni, tak jadi. Mula mencari guru… berguru tok guru ajar pulak cara yang dah outdated. Tak jadi jugak. Belajar lagi…lagi… mula mengkaji sendiri… cuba teknik tertentu… bolehla tahan sikit. lepas tu alatan kena curi pulak… Beli lagi. Kos ubahsuai melambung tinggi. Hampir mustahil nak berjaya tetapi sentiasa mencari jalan untuk berguru dengan cina. Dapatlah ilmu yang telah teruji dan bisnes itu sekarang makin berjaya dan berjaya. Daripada satu kawasan, hingga ke kawasan yang berlainan yang ia telah miliki. Sudah ada 7 cawangan yang beroperasi yang 2 tempat lagi sedang dibina yang menelan jutaan ringgit. Sekarang ini kepakaran sudah ada. Komitmen sahaja yang diperlukan.

Sudah panjang aku menulis kali ini. Entry yang akan datang, idola dalam bidang lain pulak. Bercanggah dengan bidang bisnes konvensional.

Insyallah akan aku tulis dilain waktu.

Berpuasakah Kita?

salam ramadhan pada semua pelawat sekalian.

Alhamdulillah bertemu kita di bulan ramadhan. Bulan yang penuh berkat dan bulan yang penuh dengan peristiwa besar dalam sejarah perkembangan agama islam.

Entry ini saya akan laporkan antara inipati hasil dari mendengar kuliah mingguan semalam.

Niat puasa hendaklah berulang-ulang dan sebelum subuh untuk puasa ramadhan. Niat Puasa sunat sebelum zuhur. Solat 5 waktu sehari semalam sudah tentu ada niat setiap kali dan ia perlu disebut berulang-ulang. Tidak boleh ‘sahaja aku sembahyang zohor sebulan pada bulan ramadhan kerana Allah Taala.’ Niat begini tidak sah. Sama juga kebiasaan yang diamalkan kita niat puasa untuk sebulan pada bulan ramadhan. Niat sebegini tidak sah bagi mazhab shafie. Sah bagi yang mengikut mazhab Maliki.

Batal Puasa:

Puasa menjadi batal sekiranya air masuk kedalam liang yang terbuka. ( telinga, hidung, dubur dan qubul, mulut) Kelopak mata tidak termasuk di dalam istilah ini. Telinga yang dimasuki air tetapi apabila kita mengiringkan dan air itu boleh keluar, puasa masih sah. Tetapi apabila air masuk kedalam dan sampai terbaut telingapun tak keluar, maka puasa terbatal. Ia terbatal (air masuk telinga) sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Soal jawab:

Untuk penyakit kronik seperti sakit jantung, asma berterusan, gastrik berterusan dan apa2 penyakit yang kena makan ubat mengikut waktu yang ditetapkan. Kalau tidak ikut, boleh membawa kemudaratan atau kematian.

Jantung: Mereka tetap kena puasa. Ubat mesti makan mengikut jam yang ditetapkan walaupun dalam bulan puasa. Bila selesai makan ubat, dia kena sambung puasa sampai waktu berbuka. Sesetengah pesakit jantung, sebelum makan ubat, kena makan sesuatu untuk mengalas perut, maka kena makan sekadarnya. Kalau makan nasi sampai kenyang tu, bukan lagi sekadarnya dah. Ini trik yang membatalkan puasa. Begitu juga dengan penyakit kronik yang lain yang memerlukan pesakit memakan ubat mengikut jadual. Lepas makan ubat, puasa ramadhan wajib diteruskan.

Tetapi pesakit kronik ini kena membayar fidyah sama ada beras atau wang ringgit. Adakah mereka kena ganti puasa ramadhan? Mereka tidak perlu ganti sehinggalah disahkan oleh doktor dan Allah menyembuhkan sepenuhnya dari penyakit itu. Maka dikala itu, puasa ramadhan wajib diganti.

Bab Tarawikh.

Buat 8 atau 20 rakaat?

Zaman nabi solat tarawikh 8 rakaat. Zaman sahabat di buat 20 rakaat. Tarawikh boleh dibuat sebanyak manapun boleh. walaupun zaman nabi buat 8, tetapi nabi menyambungnya di rumah yang kita tidak tahu berapa jumlahnya. Dikatakan nabi tarawikh sampai menjelang subuh. Wallua’lam. Ustaz yang bagi kuliah tu bercerita pernah satu ketika dia pernah solat tarawikh 8 rakaat tetapi habis pukul 12. Walaupun imam itu tua dan memakai tongkat, tetapi boleh berdiri sebegitu lama ketika menjadi imam sampai makmum tidak tahan.

Bab witir – Witir bermaksud ganjil.

Tidak boleh sembahyang witir 2 rakaat di masjid dan sambung 1 rakaat lagi di rumah. Kena sudahkan witir itu di satu tempat. Kalau di masjid, sudahkan di masjid, Kalau di rumah, sudahkan di rumah.

Lailatul Qadar: dikatakan 10 malam yang terkakhir akan berlaku malam lailatul qadar.

Sesiapa yang tertinggal solat tarawikh, ia tidak boleh qada. contohnya malam ini nak buat 16 rakaat untuk qada semalam yang tertidur. Siapa yang tertinggal solat tarawikh satu malam pun, maka tidak ada peluang baginya mendapat malam lailatul qadar.

wallahu’alam.

Nukilan Kerengga

~ Amaran : HANYA UNTUK YANG BERLAPANG DADA! ~

Tidaklah aku menghina makhluk Allah ini

Tidaklah pula aku tahu kenapa ia di jadikan

Sifatnya suka mengigit

Sifat menggigit ini ada pada manusia

Manusia yang tidak senang dengan kesenangan orang lain

Manusia ini lagi tidak senang apabila sang juara berusaha untuk berubah

Bagi mereka… ‘hiduplah sesenang mereka!’

Tabahlah wahai sang juara. Larilah sekuat hatimu. berdikitlah langkahmu dengan konsistensi.

Berundur bukan bermakna mengalah. Berundur bermakna membina strategi.

Impianmu sudah jelas! Tergambar jelas dan terlukis di kertas.

Ayuh! Di ufuk timur, sinar impian sedang menanti……..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...