Tag Archives: exora

Uncategorized

Kereta baru

aku nak bercerita sikit tentang kehidupan aku, kawan-kawan sekuliah di maktab satu ketika dahulu. Dulu kami awal bulan je saling bertanya khabar sesama sendiri. Anak sihat ke tidak dan sebagainya. pelbagailah perntanyaan tapi biasanya bermula dengan…. elaun kita bila masuk haaaa? Pokai doh ni… Almaklumlah kami kebanyakannya dah beristeri, bersuami dan beranak-pinak.

Terasa baru semalam suasana itu berlalu tetapi ia sudah berlalu setahun yang lepas. Rasa seronok pun ada, suka pun ada, sedih pun ada. Seronoknya sama-sama datang ke maktab untuk intraksi semasa cuti sekolah. Agak letih tetapi ketawa sakit perut bila kami mengadakan sesi mikroteaching. Macam-macam gaya bakal-bakal cikgu membuat demo mengajar budak tua. Bermacam-macam Bahan bantu mengajar digunakan. Bermula dengan kertas manilakat, benda maujud, alat silap mata dan lain-lain.

Cerita kawan saya pulak…. erm…. dulu naik motorsikal, kereta lama…. sekarang sudah upgrade! Ada beli Alza, exora, saga BLM, Myvi dan tidak kurang juga Honda! Semua tu brand new. Maknanya kereta baru lah tu. Ada yang bijak lagi sudah beli rumah baru ratus ribu. Alhamdullilah suka tengok kawan-kawan sihat ‘maju ke depan’ , selesa dengan kereta baru dan rumah baru….

Itu cerita kawan-kawan. Aku pulak macamana? Nampak ada perkembangan? Alhamdullilah tak sia-sia aku melabur untuk ilmu yang pelbagai. Tidak murah dan mudah untuk kita mencari ilmu. Perlu banyak pengorbanan dari segi duit, masa dan tenaga. Aku tidaklah upgrade kereta baru. Masih dengan kereta lama tu yang masih elok. Bukan tidak mampu tetapi ada benda lain yang lebih penting dari kereta baru. Sebagai gantinya aku beli motor baru yang sesuai dengan keperluan aku untuk ke tempat kerja. Sebelum ini aku tiada motorsikal. Buat masa sekarang tahap kewangan aku jadi nyawa ikan jika upgrade kereta baru yang menelan rm700 sebulan itu. Maklumlah kawan-kawan kami mungkin tiada hutang Ptptn tetapi kami berdua ada hutang Ptptn yang masih belum jelas.

Kami dah buat kira-kira menggunakan excel custom made yang telah dibuat formula untuk melihat kemampuan kewangan kami jika nak beli kereta baru tetapi malangnya ia amat berisiko untuk membuat hutang baru 9 tahun. Jadi kami ambil keputusan untuk ‘tahan hati’ menginginkan kereta baru. Biar kawan-kawan beralza, berlivina, berexora dulu. Kami tidak mampu! Apabila pelaburan kami matang dalam tiga tahun lagi, insyallah akan kami pertimbangkan.

Sudah pasti aku akan menggunakan konsep OPM untuk memiliki kereta idaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...