Tag Archives: Buat Sampai Jadi. MPH Spring

Uncategorized

Bacalah…. Dengan nama Tuhanmu.

Membaca jambatan ilmu. Aku membaca apa sahaja. Sekarang aku membaca topik motivasi. Sebuah buku dibeli di MPH Spring. Tulisan dr. HM Tuah. Aku terpandang di rak. Tajuk buku tu Buat Sampai Jadi. Oh! Teruja aku lantas aku mengambil dan Harganya RM10 sahaja. Buku setebal 317 muka surat! Tahniah Dr. HM Tuah kerana berani meletakkan harga semurah itu.

Sinopsis buku Buat Sampai Jadi.

pendekatan yang agak rilek yang sarat dengan ilmu dan pengajaran yang merupakan kisah benar yang terjadi disekeliling saya(Dr. Tuah). Binalah motivasi anda untuk menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Anda hendaklah melakukan sesuatu itu sampai jadi dengan disiplin dalam pemikiran yang positif. Biar orang lain melihat diri anda hebat dan luar biasa bagus.

Buku ini memberikan anda motivasi supaya bermuhasabah diri agar sentiasa tenang, sabar dan yakin kepada diri sendiri kerana itu adalah sikap orang mukmin yang baik. Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.

Berfikirlah agar anda memperolehi kecemerlangan dan jadilah diri anda sendiri.

Buku Buat Sampai Jadi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...