Strategi Pelancaran Semula Produk/Servis Sebagai Pemangkin Jualan

Oleh: Zamri Nanyan

Selepas beberapa ketika, produk anda mungkin akan mengalami tahap tepu di mana anda mungkin boleh melihat bahawa produk anda telahpun
dipasarkan di mana-mana sahaja di Internet, atau pun di sebaliknya, di
mana produk anda tidak dapat dijual langsung kerana terdapat persaingan yang hebat.

Dalam erti kata lain, produk anda telahpun melalui zaman kegemilangannya dan sekarang ianya menuju ke zaman kejatuhan. Perkara ini tidak mustahil walaupun produk anda merupakan produk yang berkualiti tinggi dan mempunyai permintaan yang tinggi suatu masa dahulu.

Hendak dibuang daripada pasaran, terasa sayang. Hendak diteruskan jualan, jualan pula tidak memberansangkan. Rakan JV atau affiliate anda yang dahulunya gah mempromosikan produk anda ini sekarang tidak lagi mempromosikannya.

Jadi, anda tentu perlukan cara baru untuk membangkitkan semula minat
orang ramai terhadap produk anda.

Disebabkan telah hampir habis strategi pemasaran dilakukan oleh anda
semasa mempromosikan produk anda tersebut, maka ianya logikal untuk
anda mencuba cara yang lain.

Di dalam contoh ini, salah satu cara yang berkesan ialah dengan melancarkan semula produk anda tersebut.

“Pelancaran Semula” produk bukanlah perkara yang asing lagi di dalam
strategi pemasaran. Di antara cara yang dilakukan oleh peniaga ialah
dengan melakukan satu atau perkara yang berikut:

1. menukar label atau penampilan produk

Jika produk anda ialah sebuah ebook, mungkin anda akan menukarkan ebook cover, banner atau keseluruhan laman web jualan. Menukarkan produk digital ke produk fizikal juga adalah salah satu daripadanya.

2. menulis semula surat jualan

Walaupun produk yang dijual adalah sama tetapi cara penyampaian di dalam surat jualan dilakukan dengan cara berlainan untuk menarik minat pasaran yang berlainan ataupun mensasarkan lagi pasaran yang sedia ada.

3. merombak kembali struktur komisyen

Sekiranya anda mempunyai komisyen jualan affiliate, pada masa inilah
penstrukturan semula komisyen boleh dilakukan. Mungkin sebelum ini
komisyen sebanyak 30% daripada hasil jualan tidak menarik minat ramai
pemasar atau rakan niaga anda, tetapi jika anda naikkan kominsyen
sehingga 60%, besar kemungkinan ianya akan membangkitkan semula
semangat mereka untuk mempromosikan produk anda.

4. menambah isi kandungan produk

Kebanyakan pembeli akan berasa lebih gembira sekiranya isi kandungan
produk yang anda jual bertambah lebih banyak daripada produk sebelumnya. Jika ebook yang anda jual dahulu cuma 100 mukasurat dan sekarang anda menjualnya dengan tambahan 75 mukasurat, mereka akan berasa bahawa anda telah menambah nilai produk tersebut walaupun apa yang anda lakukan mungkin cuma menambah beberapa bahagian yang perlukan penghuraian yang lebih terperinci daripada dahulu.

5. menilai semula harga produk

Memberikan lebih banyak kandungan produk anda dengan mengekalkan
harga sekarang (atau menurunkan harga) dapat juga menarik minat bakal pembeli terdahulu yang ingin mendapatkan produk anda tetapi masih ragu-ragu tentang harga dan kandungan produk anda. Dengan mengatasi masalah ini, anda mungkin memenangi semula hati bakal pembeli terdahulu.

Dari sini, anda boleh lihat bahawa pelbagai cara boleh dilakukan untuk
memulakan semula proses pelancaran semula produk anda yang sedia ada sekarang.

Proses pelancaran yang biasanya anda lakukan sebelum ini bolehlah
diaplikasikan semula seolah-olah produk yang anda akan lancarkan semula ini adalah produk baru.

Di antaranya ialah mengadakan peraduan jualan terbanyak bagi agen jualan anda, mencari rakan niaga yang baru, membeli iklan di laman web tertentu, melakukan joint-venture dan proses pra-pelancaran dan sebagainya.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet.

Lawati laman web beliau di sini
untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

  • August 28, 2009 - 10:04 pm | Permalink

    bagus tips ni…ambo pun ado produk yang dah tepu jualannya…mungkin kena buat cara ni le untuk mendapat jualan 🙂

    admin: ye memang bagus teknik ni. kita tengok buku2 fizikal pun ada gak pengulangan matlumat yang sama dari penulis. teknik pengulangan matlumat dari buku lama dan ditulis sedikit didalam buku baru juga membuatkan pembaca ingin mencari buku2 lama dan ini dapat meningkatkan jualan. huhu… kawe tengah cari buku dare to fail kat kuching rata kedai buku kawe jajak takdok stok le. nk order mau kos tambahan rm15 dan buku rm37. order dari MPH Spring.

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *