Tag Archives: K-Meleon

Produk

Super Pantas Web Browser

Minggu lepas Aku naik hangin dengan data ssqs. Setiap kali aku key in data ada sahaja error mysql database mereka. Gejala ini biasanya disebabkan oleh trafik yang tinggi di server pada satu-satu masa dan ada juga kemungkinan yang lain. Data ini mungkin ada kaitan fenomena index KRA, KPI, 1malaysia yang dicanangkan saban hari. Tujuan data kemungkinan untuk mengukur prestasi ICT di sekolah berapa bintang kamar boleh dapat. Schoolnet bagi sekolah kecik ni usah cakaplah jarang-jarang sekolah boleh pakai. Slow…..ciput.

Apa yang aku hangin sangat kerana aku sudah berusaha key in data tu bayangkan 5jam mengadap internet, satu sahaja dapat key in dengan jayanya. Siapa yang tak Hangin haa…..!!! error line 20 msql memanjang je. Aku call BTP mengadu kenapa lembap sangat dengan storan data di web ssqs tu? Lepas aku pot pet pot pet pada operator BTP, Diaorang kata boleh tak suruh PKG tolong key in kan? Aik…. PKG pun suruh kami di sekolah key in. Apa plak nanti pandang pada kami di sekolah?

Akhirnya aku meng google browser yang laju untuk di install. Jumpa macam-macam browser enigma, adobe air, maxthon, opera, realnetwork dan K-Meleon. Banyak lagi web browser di luar sana. Aku test setiap satu tetapi bagi aku K-Meleon paling laju dan stabil. pantos dan mantop gitu. Siap juga data ssqs sekolah aku dengan bantuan Celcom Broadband sendiri mpun dan K-Meleon. Tu pun memakan masa dua minggu untuk menyiapkan 40 data survey.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...