Author Archives: yie

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua pengunjung blog ini semoga kita dapat berkongsi pelbagai perkara mudah-mudahan ia menjadi panduan kepada kita semua.

Insyallah kami akan balik berhari raya di kampong pada raya ketiga.

p/s: tak dapat balik awal kerana tiket percuma baru dapat. Penerbangan MAS dari 24bh hingga 28hb sudah penuh. Terpaksala kami balik 29hb. Niat kami untuk sertai korban tahun ini tidak terlaksana. Insyallah tahun depan.

Lahirnya zuriat kedua

Alhamdulillah isteri aku selamat bersalin anak kedua pada 18/11/2009 di hospital umum kuching. Semua berjalan dengan lancar. Tiada apa-apa yang tidak memuaskan hati aku seperti cerita-cerita yang tidak enak di dengar yang diceritakan oleh kawan tentang tahap profesionalisma warga hospital umum sarawak. Bagi aku mereka bekerja dengan cemerlang hari itu.

Terima Kasih aku ucapkan kepada semua staff yang terlibat menyambut kelahiran anak aku.

Semasa aku menunggu dari 5-11.30 pagi aku sebarkan fikiran positif di setiap ruang di tempat aku berada. Alhamdulillah persekitaran memberi impak positif dan aku mendapat layanan yang mesra,jelas dan tanpa tekanan. Itulah yang aku dapat kongsikan ilmu berkaitan dengan sains minda. Ia memang sangat berkuasa.

Cuma… kepada doktor pelatih, kawallah emosi anda tu. Jangan mengeluh panjang.

Snapshot Sambutan Hari Guru 2009

Aku nak kongsi gambar-gambar yang aku ambil sendiri dengan kamera murah Nikon Coolpix L16 7.1 Megapixel.

Gamba-gambar ni adalah aktiviti sekolah sepanjang tahun 2009. Jadi jurugambar rasmi dan tak rasmi….huhu. Ok saksikan.

DSCN0854

DSCN0860

Buah yang dihias sempena sambutan hari guru 2009

Gambar menceritakan segalanya

tayar c200k

Rim sport asal c200k kompresor

c200k

Snapshoot C200k  orang punya  di Kuching.  Banyak kereta mewah berlegar di kuching Sarawak neh… Tiap kali keluar mesti jumpa c200k dan Alphard. Tetapi didominasi oleh kaum Peniaga bangsa Non Bumi. Faham2 sendirilah

Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate

oleh Zamri Nanyan

Mempromosikan produk affiliate merupakan satu  cara termudah untuk menjana pendapatan pertama  anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan hidap anda mudah.

Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.

Kenapa?

Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.

Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula dengan mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisyen jualan daripada produk tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat wang pertama anda di internet. Selepas
anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda (berdasarkan pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).

Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat di internet. Ini penting kerana anda mungkin perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda
mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program
affiliate.

1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah
pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik
ke laman web yang diiklankan di laman web anda)

Selepas anda kenali jenis program yang anda ingin sertai, barulah anda mula menyusun strategi untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.

Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk anda menggunakan pemasaran email untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan luar negara. Program “Pakar Affiliate” beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan internet Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar
Affiliate” sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran berharga ini.

Laporan PERCUMA "Pakar Affiliate" – cepat download sekarang

Memang saya terpegun bila membaca laporan istimewa
daripada Zamri Nanyan.

Beliau mengeluarkan wang hampir RM10,000 untuk
mengumpul wang membelikan sebuah kereta untuk
ibu bapa beliau.

Tapi ini bukanlah berita yang mengejutkan saya
sebab saya tahu beliau mampu berbuat demikian.

Yang mengagumkan saya ialah bagaimana wang hampir
RM10,000 diperolehi semula melalui SATU (1) program
affiliate sahaja.

Anda sendiri pasti nak baca sendiri cerita beliau.

Download laporan ini cepat (PERCUMA sahaja) sebelum
Zamri tarik balik pemberian laporan percuma ini.

Klik link di bawah:

Klik di sini untuk download percuma!

Menanti Kelahiran Baru

Insyallah jika tiada apa aral melintang makin bertambahlah zuriat aku. Dijangka pertengahan bulan ini akan keluarlah zuriat baru.

Tak kisahla aiman….. Lelaki ke, Perempuan ke, Tuhan nak bagi… aku terima. Alhamdulillah! Mudah mudahan dilahirkan dengan sihat. Insyallah.

Dalam benak aku belum ada apa-apa nama untuk diberikan. Masih kosong.

————————–

Bercerita tentang waran balik kampong cuti sekolah ni. Setakat ini belum ada apa-apa berita tentang waran kapal terbang balik semenanjung. Hujung bulan ni dah cuti sekolah. Waran belum keluar lagi.

Apa punya laaaa…….keje!

Ujian Akhir Tahun

Hari ni bermula ujian akhir tahun sekolah aku. Dah siap tandakan markah jawapan budak-budak.

Apa kena dengan budak-budak ni? Ujian bulanan ramai budak yang dapat markah tinggi. Datang ujian akhir tahun jadi kartun pulak. Ramai yang dapat markah merah!

Apa yang tak kena dengan budak-budak ni… Tak faham aku. Macam selama ni aku syok sendiri mengajar….

Huhu…. amacam dengan murid-murid anda??

Mode ubahsuai

Tiada kerja nak buat dan tak tahu nak ubahsuai themes asal untuk tambah ‘page’ di atas membuatkan aku berubah kepada themes yang mudah untuk costumize mengikut selera aku.

Mudah ke? Tak tahu lagi mudah ke tidak. Aku belum selongkar themes ni. Dalam perhatian aku dan mendatangkan ketidakpuasan hati aku ialah background latar yang warna kelabu yang menjadikan blog ni muram.

Lagi satu ialah fontnya aku ank ubah sikit kepada saiz yang besar sikit.

Latihan dalam perkhidmatan

Pertama kali dalam sejarah aku beri latihan pada orang secara formal dan aku sebagai jurulatih kepada cikgu-cikgu di sekolah tempat aku bertugas. Aku agak gugup sebenarnya tetapi aku ingatkan pada minda aku supaya ‘buat je lah’. Aku takmau fikir dulu apa yang bakal terjadi apabila aku berada di depan. Apa yang aku nak, bercakap je di depan untuk bagi latihan dan berikanlah ilmu yang aku ada untuk manfaat orang lain. Alhamdulillah aku mampu berucap dengan baik walaupun ada kekurangan sana sini.

Banyak perubahan yang berlaku pada diri aku akhir-akhir ini dan aku sangat bersyukur pada Allah kerana sedikit demi sedikit apa yang aku minta dalam solat sudah banyak diberikan. Ada secara direct dan ada juga melalui perantaraan orang lain.

Apa yang pasti aku boleh cakap ialah aku banyak membuat pelaburan pada diri sendiri dengan menghadiri seminar, membuku e-buku, buku dan lain2. Seminar yang terakhir untuk sehari aku telah membayar rm500 untuk sehari kursus dan di situ aku dapat banyak ilmu.

Apa yang penting di sini ialah… jadilah diri sendiri. Bukan jadi seperti idola kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...