Antara tugas aku minggu ini.
Sekolah :
1- Menyelenggara beberapa PC dan Laptop sekolah untuk kegunaan para guru.
2- Membantu cikgu lain menyediakan dan memasang Projektor dan laptop untuk guru media memberi inhouse Training tentang eduwebtv.com iaitu sebuah portal yang dibangunkan oleh kementerian pendidikan malaysia yang mengandungi informasi dan video-video untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekali pandang ia ala-ala youtube.com cuma yang berbezanya ia tidak boleh komen dan upload video sendiri. Kena hubungi webmaster dulu jika hendak upload video yang sesuai. viedo di situ boleh di download.
Murid:
1- Pada minggu ini tidak ada murid yang membuat bising dan bercakap ketika aku mengajar. Sekali sekala mereka bercakap aku terus tegur. Aku pada minggu ini tidak tertumpu kepada teknik latih tubi. Aku ubah sedikit strategi pembelajaran kepada memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal murid seperti membuat aktiviti berkumpulan, kuiz dan sebagainya. Tidak tetumpu kepada slide powerpoint tetapi menggabungkan bahan-bahan BBM berbentuk fizikal.
Guru:
1- ketika mengajar aku meyelitkan unsur-unsur jenaka supaya murid tidak merasa bosan. Aku tidaklah pandai membuat jenaka tetapi pada minggu ini aku cuba membuat jenaka dan ternyata pembelajaran menjadi seronok dan murid aktif mencuba memberi jawapan ketika di soal walaupun jawapan lari dari kehendak soalan. Unsur ini harus ada dalam diri setiap orang yang bergelar guru apatah lagi mengajar di sekolah rendah. Dalam pembelajaran di maktab ialah unsur kecindan.
Laporan Ko-Kurikulum
– Pada minggu ini PK KK menghendaki aku melatih murid-murid untuk hari sukan sekolah 19 april 2009 nanti. Sebagai ketua rumah, aku telah memulakan aktiviti ‘panaskan badan’. Aku meminta murid tahun 6 membuat warming up tetapi seorangpun tidak pandai jadi aku menunjukkan cara melakukan warming up supaya murid tahun 6 dapat melakukannya ketika di suruh nanti. Antara latihan yang dijalankan ialah melatih murid-murid larian baton, larian ke depan dan undur ke belakang dan mengajar murid membuat lontaran peluru. Di samping itu juga kami guru rumah kuning memilih beberapa murid untuk mengambil bahagian dalam pertandingan lontaran peluru.