apa khabar anda hari ini? semua OK luar biasa bagus dan hebat sekali! Mantop gitu.
Sudah seminggu sekolah dibuka apa khabar anak murid sekalian?! Baik cikgu….. Separuh kelas je sahut pertanyaan cikgu. Ape ni pagi2 dah lemah semangat! Saya tanya lagi sekali apa khabar kamu semua? Baik Cikgu!
Haaaaaaa ini baru betul!
Semangat murid dah berkobar nak belajar hari ini. Apatah lagi cikgu sudah sedia untuk mengajar. Ok hari ni kita baca al-quran muka surat 319. Hari ni saya nak murid yang boleh baca sikit-sikit dulu baca dan yang lain ikut.
Kelas jadi senyap tiba2…. Ha….kenapa dengan kamu?? Sebelum cuti kamu dah dapat baca al-quran tapi kenapa hari ini tak dapat baca? Apa yang saya minta kamu buat masa cuti hari tu? Baca quran cikgu. Habis? Kamu baca tak? Geleng2 kepala je. Patutlah 3 minggu cuti dengan al-quran pun cuti jugak.
Saborjelah walaupun dalam hati meruap nak marah.
begitulah situasi disekolah saya sebagai guru merasakan semacam sia-sia je aku mengajar jika budak tak pandai baca al-quran.
Namun saya serahkan pada Allah kerana hanya dia sahaja yang berhak menentukan. Saya hanya berusaha.